Selasa, 28 Ogos 2012

WAYANG MUSIM RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lepas saja hari raya mula berpusu2 ke panggung wayang. Budaya raya masa tu mesti tengak wayang. Cerita2 melayu  baru merebut2 masuk pawagam musim raya. Kadang2 laku hingga berminggu2 ditayangkan. Ramailah seluruh penduduk dari sekitar Kedah datang ke alor Star, Panggung wayang banyak di alor Star. Datang dengan macam2 fesyen baju raya. Kadang2 kelakar juga tengak perangai remaja yang datang entah dari mana ramainya. Penjual tiket pasar gelap pun berlambak. Mana2 yang datang dari jauh sanggup beli tiket walaupun ianya mahal. Bandar Alor star jadi sibuk orang mundar-mandir termasuklah yang nak cuba cari pasangan kekasih. Lucu juga ada yang tak dapat balik ke kampung kerana bas penuh. Kena tidurlah di kaki lima stesen bas lama tu.

Isnin, 27 Ogos 2012

OPEN HOUSE RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari raya kira rumah terbuka sakan. Lepas sembahyang turun saja dari madrasah pakat ramai2 serang sesuatu rumah. Penuh sesak dan riuh rendahlah rumah tu. Kelam kabutlah tuan rumah sediakan makanan. Kalau ada siap bihun sup atau laksa dihidangkan dengan kueh dan ketupat. Lepas tu giliran rumah lain pula. Samapai semua dah kenyang tamatlah acara hari tu. Balik dan tidur kekenyangan. Trend baru hari raya buat kenduri makan nasi. Lepas sembahyang buat pengumuman jemput kenduri. Bergerak semua ke rumah tu. Makan dan kenyang. Hilanglah budaya bergerak dari rumah ke rumah. Cuma dulu lepas raya bertandang sana-sini sehari dua. Lepas tu semua jadi normal. Tak adalah nak masak hebat2 jemput orang. Makan saja apa yang ada. Hari ni lepas raya banyak sangat jemputan hari terbuka. Tak pergi nanti serba salah. Aturlah time dari satu rumah ke satu rumah. Berat badan pun menjadi2lah lepas raya.

Sabtu, 18 Ogos 2012

BILA DEKAT RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak bezanya dekat nak raya dulu dan sekarang
Bapak mula kumpul anak lelaki bawa ke kedai gunting. Mesti gunting rambut bila nak sambut raya, Budak hari ni bila suruh gunting rambut bagi alasan nak simpan untuk bergaya di hari raya. Pompuan pula tak miss untuk kerinting rambut macam sarang tebuan konon ikut fesyen pelakon filem.Siangnya puas kejar ayam untuk hidangan istimewa hari raya. Sabut mula dikumpul untuk bakar bahulu, Bakar dalam rumah asap penuh rumah. Puas tenyeh mata sampai merah. Kanak2 riuh rendah berlari bermain dan masa ni bebas jalan malam.  Bapak pun sibuk bayar zakat fitrah Mak pula masih tak pasti nak buat ketupat ka tidak lagi. Tunggu pengumum raya. Kalau umum jadi raya malam tu kelam kabutla buat dan rebus ketupat. Siapla tengah malam baru nak siap. Kanak2 kalau ditanya baju raya. Mesti lari balik rumah bawa tunjuk. Ini sajalah masa dapat baju baru. 

Ahad, 12 Ogos 2012

MALAM DI BULAN PUASA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ustaz kata bulau puasa  hantu setan semua kena tambat. Seronok bukan main. Tak rasa takut. Bergerak sana sini dengan kawan2. Bawa pelita jalan sana sini. Jenguk-jenguk orang main meriam buluh. Tambah2 dekat nak raya lagilah rancak berkunjung sana sini dengan riuh rendah. Selang seli bunyi mercun dan percikan bunga api. Mak bapak pun tak kisah sangat masa ni. Masing sibuk dengan buat kueh raya seperti bahulu yang dibakar pakai sabut di atas tudung periuk. Kueh semperit kira kueh moden. Mak cik2 pula tak lupa pi karan rambut. Silap2 jadi sarang tebuanlah pada hari raya tu.

Isnin, 6 Ogos 2012

KERJA RUMAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejena
Satu daripada kerja rumah masa lalu ialah menulis Berita Harian dalan Bahasa Malaysia dan Bahasa inggeris. Guna buku separuh atasnya kosong bawahnya ada garis. Tugasnya tulislah apa yang telah anda lakukan atau nampak hari itu. Bahagian atas lukus dan warna. Bagus juga mengasah bakat menulis karangan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kenapa amalan yang baik ini tidak diteruskan lagi di sekolah ya?