Isnin, 30 April 2012

TITI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sungai merentasi kampung aku. Ada 4  titi utama. Dulu semua kayu atau buluh. kini dah ditkar kepada titi batu. Titi tok mat bilal, titi dekat rumah aku, titi jasin dan titi pak lang md khir. Masa mula nak buat titi macam2 cerita. Orang tua2 menakutkan budak-budak supaya jangan melilau sorang tengah hari nanti cina kerat kepala untuk ditanam bawa titi tu. Apa lagi tak merentikla budak2 kat tempat buat titi tu. Kat titi dekat rumah aku tu ada bangsal tempat pak long tuhid tinggal. Dia jadi macam jaga lah pada barang2 kontraktor. Kami rajin juga melangut kat bangsal dia. Dengar dia bercerita sebab dia duduk sorang diri saja.

Tiada ulasan: