Isnin, 30 April 2012

TERBEY

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lastik tu kita budak kampung panggil terbey, Kita buat sendiri dengan batang jambu yang ada shape Y tu,  Pelapiknya sama ada pelidah kasut kulit atau kulit bola yang dah rosak  Getah dari tayar dalam basikal.Banyak guna lastik masa tu. Tentulah yang pentingnya untuk lastik burung. Lainnya untuk lastik buah-buah seperti setol,pauh, mempelam yang tinggi-tinggi. Ada juga untuk lawan lastik tin susu. Hebatnya lastik akan digantung di leher keliling kampung. Dalam poket berat dengan batu2 yang nak dijadikan peluru.

Tiada ulasan: