Isnin, 30 April 2012

HALAU BURUNG TIAK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim padi masak setahun sekali telah tiba. Petani sudah berkira-kira untung yang bakal diperolehi hasil padi. Burung tiak, punai dan chok padi mula la banyak menyerang tanaman padi. Tok aku akan pasang tin2 kosong minyak tanah dan minyak kelapa di tengah bendang dan disambung dengan tali hingga ka pelantaq rumah. Orang-orang dengan baju kurung lusuh pun banyak dipasang. Kami akan duduk di pelantaq dan sesekali menarik tali. Bisinglah bunyi tin tu dan burung2 pun terbang lari bercempera.

Tiada ulasan: