Isnin, 9 April 2012

POSMEN KARAT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Surat yang dikirim ambik masa 3 hari untuk sampai kepada penerima dan mungkin terpaksa tunggu 3 hari atau lebih untuk terima balasan. Bila dah hantar surat mulalah intai posmen singgah kedai pak long pie kot2 ada surat ditinggal posmen kat situ. Mana ada sms atau email masa tu. Suratlah penghubung. Maka timbullah satu istilah baru iaitu posmen karat. Maksudnya penyampai surat secara terus samada melalui kawan atau adik beradik penerima surat. Dia jugalah yang akan menghantar surat balasan ini. Jadi dia ni simpan banyak rahsia antara kedua orang ni. Kena buat baik jaga hati la. Kalau perlu belanjalah apa2 pun. Nak bagi surat sendiri malu dan takut. Takut ada famili dan kawan2 nampak. Tentu kena kutuk ngan kawan2 kalau nampak.

Tiada ulasan: