Isnin, 30 April 2012

TITI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sungai merentasi kampung aku. Ada 4  titi utama. Dulu semua kayu atau buluh. kini dah ditkar kepada titi batu. Titi tok mat bilal, titi dekat rumah aku, titi jasin dan titi pak lang md khir. Masa mula nak buat titi macam2 cerita. Orang tua2 menakutkan budak-budak supaya jangan melilau sorang tengah hari nanti cina kerat kepala untuk ditanam bawa titi tu. Apa lagi tak merentikla budak2 kat tempat buat titi tu. Kat titi dekat rumah aku tu ada bangsal tempat pak long tuhid tinggal. Dia jadi macam jaga lah pada barang2 kontraktor. Kami rajin juga melangut kat bangsal dia. Dengar dia bercerita sebab dia duduk sorang diri saja.

TERBEY

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lastik tu kita budak kampung panggil terbey, Kita buat sendiri dengan batang jambu yang ada shape Y tu,  Pelapiknya sama ada pelidah kasut kulit atau kulit bola yang dah rosak  Getah dari tayar dalam basikal.Banyak guna lastik masa tu. Tentulah yang pentingnya untuk lastik burung. Lainnya untuk lastik buah-buah seperti setol,pauh, mempelam yang tinggi-tinggi. Ada juga untuk lawan lastik tin susu. Hebatnya lastik akan digantung di leher keliling kampung. Dalam poket berat dengan batu2 yang nak dijadikan peluru.

HALAU BURUNG TIAK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim padi masak setahun sekali telah tiba. Petani sudah berkira-kira untung yang bakal diperolehi hasil padi. Burung tiak, punai dan chok padi mula la banyak menyerang tanaman padi. Tok aku akan pasang tin2 kosong minyak tanah dan minyak kelapa di tengah bendang dan disambung dengan tali hingga ka pelantaq rumah. Orang-orang dengan baju kurung lusuh pun banyak dipasang. Kami akan duduk di pelantaq dan sesekali menarik tali. Bisinglah bunyi tin tu dan burung2 pun terbang lari bercempera.

Khamis, 26 April 2012

STADIUM TOK MAT SEMBILAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kali ini aku nak cerita tempat wajib kami berkumpul waktu petang untuk bermain bola. Sebidang tanah yang tak sama. Beralun tinggi rendah. Di tengah2 ada pokok Kote Mamak yang besar. Ada juga beberapa kubang bekas kerbau berkubang. Padang tu tak ikut ukuran sebenar padang bola pun. Bagi menggelak rumah Pak Long Choh Tongkang dan rumah Pak Ngah Kadir, tiang gol dipacak mengiring. Dekat rumah pak ngah kadir ada pokok Halban, Garisan padang pun tak ada. Bola keluar pakai sama2 setuju saja, Tak penah ada pengadil. Masa main sesekali bola tertendang tinggi kenalah buah kote mamak, jatuh dan kutip makan. Sesekali bola tertendang kena para dapur pak long choh. Berderang bunyi benda jatuh. Mulalah ingat2kan supaya lebih hati2 sepak bola. Sabar betul pak long choh tak pernah tinggi suara atau tunjuk muka marah pun.Suasana main riuh rendah tak kira umor. Tua muda join sekali. Tak penah nak gaduh atau masam muka. 

Rabu, 18 April 2012

JOM PI KL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Selain keretapi, bas ekspresslah transport.Naik kapal terbang tak bau la masa tu.. Ada 3 saja syarikat yang sedia servis bas ke KL.MARA EKSPRESS, berpusat di stesen bas mara. KOTA EKSPRESS berpusat di Kota Sarang Semut dan ambik penumpang dekat stesen Bas Mara. TUNJANG EKSPRESS berpusat di Jitra dan ambik penumpang di Alor Star. Kalau musim raya berebutlah booking tiket. Kalau tak dapat alamat balik KL tumpang Lori Surat khabar utusan atau lori sayur atau berdiri naik keretapi. Rasa2 dah tak ada bas ekspress kota dengan tunjang ekspress ni.

ALOR STAR ERA 80 AN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Di upload oleh Creeman dalam facebooknya. Dikongsi untuk kenangan dulu-dulu.Kelihatan masjid Zaher dan valai Besar, Beberapa tempat yang pernah ditulis dalam catatanku dulu. Stesen basa Kubang Pasu, Gunung dan Langgar transport. Stesen keretapi Tanjung Bendahara Alor Star, Tempat darai dan pondon berkumpul waktu malam menanti customer, Hotel Samila yang kira hebat masa tu dan banyak tempat lain di era tu. 

Isnin, 9 April 2012

POSMEN KARAT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Surat yang dikirim ambik masa 3 hari untuk sampai kepada penerima dan mungkin terpaksa tunggu 3 hari atau lebih untuk terima balasan. Bila dah hantar surat mulalah intai posmen singgah kedai pak long pie kot2 ada surat ditinggal posmen kat situ. Mana ada sms atau email masa tu. Suratlah penghubung. Maka timbullah satu istilah baru iaitu posmen karat. Maksudnya penyampai surat secara terus samada melalui kawan atau adik beradik penerima surat. Dia jugalah yang akan menghantar surat balasan ini. Jadi dia ni simpan banyak rahsia antara kedua orang ni. Kena buat baik jaga hati la. Kalau perlu belanjalah apa2 pun. Nak bagi surat sendiri malu dan takut. Takut ada famili dan kawan2 nampak. Tentu kena kutuk ngan kawan2 kalau nampak.