Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bunyi kumbang yang meresik dengan bunyi kepak yang dikibas2 memang mengasyikkan. Port mendapatkan
kumbang yang popular ialah kat galang geta lantai rumah mak njang Mah. Berbekal botol, penutup botol dan sebilah kayu. Cara menangkap kumbang ini ialah meletakkan mulut botol kat lubang di mana dijangka kumbang ni berada. Kayu diketuk kat galang geta lantai rumah. Kumbang akan keluar dan jatuh dalam botol. Tutup mulut botol. Cari lagi seberapa banyak yang boleh. Lepas tu baru proses peringkat kedua, Cari tin,getah dan perca kain nipis. Botol berisi kumbang ditunggang untuk diperangkap dalam kain perca. Kain perca akan dilekap ke bahagian atas tin dan getah diletak untuk mengetatkan kain pada tin.Maka mulalah berbunyi kumbang-kumbang tu. Bila nampak dia diam, ketuk tin lagi, sambunglah lagi bunyinya. Anak-anak sekarang mungkin tak pernah dengar mainan macam tu.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Sabtu, 16 Julai 2011
Sabtu, 9 Julai 2011
Rokok daun
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu orang kampung buat sendiri saja rokok daun. Sekarang tinggal beberapa orang saja yang buat termasuk chu ariff. Pucuk daun nipah dipotong kemudian ditakok berselang-selang untuk dapatkan batang daun, Menggunakan gigi selaput kulit daun pucuk nipah. Daun pucuk nipah dijemur beberapa hari hingga ia bergulung,
Selepas tu barulah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Memang menjadi adat daun rokok dan tembakau diedarkan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Rabu, 6 Julai 2011
MAJLIS BERKHATAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu berkhatan buat di rumah. Aku berkhatan 3 orang termasuk sepupu aku dan adik aku. Kami buat di rumah tok wan. Sebelum berkhatan macam2 ceritalah orang tua-tua buat nak mengusik kita. Naik seram. Tiba harinya tok mudim pun datang. Mulalah timbullah rasa cuak. Kami diarak untuk mandi lama-lama kat sungai supaya badan sejuk taklah sakit nanti. Seminggu sebelum tu pun kami dinasihatkan supaya jangan buas sangat nanti banyak turun darah. Tiba saatnya kami disuruh duduk atas batang pisang. Bermulalah acara yang menyeramkan. Selepas selesai semua kenduri dihidangkan. Bermulalah pantang larang untuk kami. Kami tak boleh makan benda goreng. Hanya makan ikan kering tanpa kuah. Bila tidur orang tua2 jaga, takut tidur buas. Ada juga yang buat pasung dengan batang nipah diikat kaki supaya tidur tidak buas. Saat yang menyakitkan ialah bila nak buka balutan luka berkhatan yang dibalut dengan kertas layang-layang. Perit..Kumudian dituamkan dengan air daun inai dan lain2 ramuan. Selang beberapa hari baru dibenar bergerak bebas. Mulalah berjalan dengan memegang tengah-tengah kain ke hadapan. Nakalnya budak-budak lain ialah mengipaskan hidung dan buat muka busuk. Perlilah kononnya tu. Ada pantang lagi, Tak boleh langkah kulit kerang. Heran juga aku. Tapi masa dulu orang suka buang kulit kerang ke tanah supaya tidak lecah.

UM here i come
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku dapat tawaran sebagai guru pendidikan jasmani sekolah menengah di maktab perguruan Temengong Ibrahim, Johor Bharu. Aku pergi seorang diri dengan keretapi. Sebulan lepas tu aku dapat tawaran Universiti Malaya. Bermulalah hidup aku sebagai mahasiswa. Aku tak punyai motor. Untuk ke kuliah aku kena jalan kakilah.. Kadang2 sehari 3@4 kali berulang aliksebab masa kuliah tak menentu. Hidup aku sebagai mahasiswa sangat indah sebab aku sentiasa sibukkkan diriku dengan sukan universiti dan persatuan. Tak sempat nak rasa boring. Penah satu malam aku duduk tepi tasik universiti dengan Yusuf kawan sejak sekolah rendah. kami merenung balik nasib kami. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah kami berdua saja berjaya lanjut pelajaran ke universiti malaya masa tu. Yusuf budak pandai, sedangkan aku dari sekolah rendah hingga menengah hanya pelajar sederhana. Tambahan pula masa aku banyak dihabiskan dengan sukan sepanjang tahun. Bertuah sungguh nasib baik aku kira diri aku ni..
Isnin, 4 Julai 2011
LUMBA KUDA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu kat Alor Merah dekat mentaloon ada padang lumba kuda.Setahun sekali semua kuda dari tempat2 lain dibawa untuk berlumba. Aku rasa lumba ni ada kaitan dengan judi ekor masa tu.. Aku selalu bonceng basikal tok wan aku . Bawa payung kerana panas. Sukalah tengak kuda berlumba masa tu.. Penah sekali kerana penat bonceng kaki aku terapit kat spork basikal.. Marahlah tok wan aku...parutnya masih ada kat tumit. Sebab tu masa sekolah rendah pergi sekolah pakai seliper saja. Bila sekolah menengah susahlah nak cari kasut. Tumitsebelah tu jadi besar. Lama gak baru boleh sesuai diri.
Langgan:
Catatan (Atom)