Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan budak-budak dulu lebih kreatif dari budak sekarang. Mainan lebih kepada fizikal, mental dan emosi. Maini membentuk budaya bersosial dan berdasarkan pada bahan kitar semula atau alam semula jadi. Mainan sekarang lebih kepada individualistik.
1. Mainan kong basikal. Alatannya kong basikal dan sebatang kayu diletak di tengah2 rim kong basikal dan digolek ke sana -sini.
2. Mainan kereta tin 1. Alatannya buluh dan tin susu. Buluh di belah separuh dan tin diletak di tengah2 menjadi roda kereta ditolak ke sana sini.
3. Mainan kereta tin 2, Alatannya kayu atau buluh, tali dan 2 tin susu. Buluh diletak di tengah2 lubung tin susu. Tali diikat di hujung kiri kanan ting menjadi stering untuk belok kanan atau kiri.
4. Mainan anak patung. Buat dari sapu tangan dan kalau nak besar buat dengan kain batik.
5. Mainan guli dari buah gorah.
6. Mainan guli kaca. Buat bulatan pakat sorang berapa biji. Kemudian tuju kalau keluar jadi milik kita, kalau sangkut kira "bom". abis giliran. Ada juga main tuju guli ular. lukis garisan dan tentukan mana kepalanya. Atur guli atas garisan. Tuju kira kena di mana-mana guli boleh ambil hingga ekornya. Kalau kena kepala, dapat banyak lah
7. Mainan sampan dari sabut kelapa atau seludang kelapa. Hanyut kat sungai atau bendang.
8.Mainan helikopter dari biji getah. Guna bilah ais cream untuk buat kipas
9. Mainan tudung minet. Ketuk bagi leper. lepas tu tebuk 2 lubang dan letak tali gasing. Tarik laju2 letak kat tangan kawan. Kena marahlah pas tu.
10. Mainan tiket bas. Kutip tiket bas dan main sin kong
11.Mainan tauk urat. Satu garis panjang dibuat. Cari objek yang kita panggil "gunung". selalunya pecahan tembikar atau perewel basikal. Itu ada yang sampai bersarang kat kepala kalau tak berhati-hati. Pemenang dikira siapa dekat dengan urat. lebih dari urat dikiran "bom". Terkeluar dari mainan. Taruhan boleh jadi tiket, tudung minet, tiket, getah, guli.
12. Mainan tuju tin. Tin disusuun macam piramid dan dituju denga bola serolat.
13.Mainan kereta dari kulit limau. Cucuk lidi dan buat tayar dari buah limau juga
14. Main tuju para. Dua bilah ranting kayu direggangkan dengan getah. Letak getah atasnya dan pemain ambil giliran lastik dengan "ibu". Bila getah jatuh dari para kira miliknya. Main sampai habis getah jatuh ke tanah.
Banyak lagilah mainan budak kampung dulu. Tentu budak laa gelak kalau kita tunjuk kat depa mainan camtu. Mesti depa kata tak tamadun.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Ahad, 30 Oktober 2011
LATAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Latah sudah menjadi budaya melayu. Nak dikatak satu penyakit rasanya bukan. Mungkin satu fenomena kebiasaan. Latah di kalangan perempuan terutamanya terjadi pada golongan tua. Namun golongan muda pun ada juga. Latah memnjadi satu hiburan tak langsung masyarakat kampung. Kalau ada majlis seprtri kenduri dengarlah sana-sini orang latah. Kaki mengusik pun ramai. Selalunya orang latah akan mengulang perkataan yang dikatakan kepadanya atau menjawab apa sajaa ditanya orang dalam keadaan terkejut. lebih parah kalau latah sampai lupa diri. Benda-benda tajam kena letak jauh-jauh nanti dia lupa terus dibelasahnya. Mak Njang Mah, Tok Halus pak ya gusi,, Tok Chik, Mak Ngah Esah pak ngah kadir dan beberpa lagi memang kaki latah. Kadang2 perkataan mencarut pun keluar juga. Kalau mula latah kadang2 sampai naik penat diusik kawan2.

Sabtu, 29 Oktober 2011
BELAJAR NAIK BASIKAL
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kanak-kanak dulu mana ada basikal mini atau basikal kecik pada peringkat awal belajar naik basikal. Nak naik basikal kena belajar naik basikal orang dewasa. Selalunya basikal yang ada galang besi di tengah-tengah. Masa tu kalau ada basikal Releigh kira hebal laa. Paling banyak basikal tua iaitu yang digunakan kebanyakkan orang kampung untuk mengangkut padi.. Bayangkanlah galang tengah adalah penghalang. Mula belajar mestilah kepit tangan kanan kat galang dan tangan kiri memegang handle. Mana nak boleh terus naik atas sit basikal. Tak sampai kaki. Mula belajar mestilah ada orang ajar. Tolong pegang kat belakang. Kadang-kadang mula dari atas titi. lajulah turun. Silap2 langgar abis pagar duri. Bab luka kat lutut atau siku dah jadi biasa masa tu.Dah cekap baru naik sendiri. kalau dah mula naik tu kira hebatlah. Gila round satu kampung bangga dah boleh naik basikal.

Khamis, 27 Oktober 2011
ATUR SEMAI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menanam dah tiba.. Air sudah penuh di sawah.. Sehari sebelum menanam, Anak semai yang ditanam di petak khas akan dicabut. Samai yang dicabut akan disepak2 dengan kaki supaya tanggal selutnya dan seterusnya akan diikat dengan tali kulit daun bemban. Semai akan diangkut dengan cara dikandar atau dimuatkan dalam anok. Aku ikut juga naik anok. Tok Wan aku tuntun kerbau dan aku akan letaklah 2 ketul satu tempat untuk ditanam esoknya. Esok masa menanamnya beberapa orang yang kurang cekap menanam akan ambil bahagian atur semai.Aku tak lepas peluang ini sebab boleh main2 di sawah tanpa kena marah dengan abah aku kerana tolong tok wan aku atur semai.. Tugas kami ialah bertanggungjawab kepada bebarapa orang yang menanam padi ni antara 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Tugas kami hulur semai bila penanam tu dah habis semai yang dihulurkan. Bila habis semai ditangan tu yang seronok tu berlari untuk dapat anak semai yang diatur. Nak dengar gossip memang la banyak. kita budak2 dengar saja tak leh nak campur la. Ada beberapa lelaki pun terra menanam ni. Macam Abang Jan maliah Non. Penanam padi lak macam kak siah bang man, kak azizah, chu lat, kak maliah. toh pandak ariff,, Kak doyah bang cha. Kadang ramai sungguh. Ada cara upah dan cara berderau.

Isnin, 24 Oktober 2011
JERAMI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jerami padi kini terus dibakar selepas musim padi. Orang yang buat sawah dulu mesti ada kerbau untuk bantu di sawah. Ada yang lebih dari 2 ekor. Jerami jadi makanan kerbau. selepas musim padi. Diangkut jerami dengan anok untuk disimpan sebagai bekalan makanan kerbau. Selalunya ada satu bangsal khas untuk simpan jerami. Jerami akan disimpan sampai ke aras bumbung bangsal. Itu stok makanan kerbau untuk setahun. Kena hati-hati ambil jerami yang disimpan dibangsal. Ular sendok pun suka duduk tempat macam ni.

KEMARAU PANJANG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pernah sekali dulu, masa padi ditanam setahun sekali terjadi kemarau panjang. Tanah habis merekah. kalau silap jalan dibendang boleh terperosok kaki dalam rekahan lubang2 tanah tu. Orang kampung mula beriktiar. Setiap petang berkumpul di satu kawasan lapang kat bawah pokok pauh dekat bendang tok hussien. Bersahut-sahutan la buayi tetuang atau serombong dari tanduk kerbau. Ramailah orang berkumpul untuk berdoa dan sembahyang hajat supaya turun hujan supaya padi boleh diusahakan. Bertih juga disediakan untuk alas mulut. Begitulah usahanya sehingga hujan dirahmati semula.

BATU TIMBUL DI KAMPUNG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu kampung ku heboh pasal batu timbul. Ada hamba allah ni bawa balik batu timbul ke kampung. jadi benda pelik la. Ramai orang luar datang berkunjung kerana percaya baru tu ada azimatnya. Jalan masuk ke kampung aku yang kecil tu jadi sesak kereta keluar masuk. Orang kampung aku tak kisah pun nak pergi, orang luar yang banyak datang. Dikorek telaga lagi untuk letak batu dalamnya. Ceduk la air yang kononnya tu ada azimat. Berpeluang la orang kampung nak berniaga, buka parking kereta. Dari duit derma orang ramai yang datang tu sampai pemilik batu tu dapat pergi kat mekah.

GURAU CARA DULU
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Det pak yob memeng penakut. Tau sangat kalau dia balik sembahyang dari surau dia akan menyanyi kuat-kuat. Nak maklum kat orang dia tak takut la atau nak berani kan diri. Satu malam adik aku rahim berselimut putih kat pokok nangka kat pondok aku tunggu dia balik dari surau. macam biasa la dia akan menyanyi kuat-kuat. Sampai saja dekat terus saja adik aku goyang pokok nangka. Apa lagi menjerit lari lintang pukang la.Esoknya dia demam. Kesian dia. Lama2 kami ceritalah kisah sbenarnya. Apa lagi berjela la maki dia. Ha hahahhahaha.
Jumaat, 21 Oktober 2011
IKAN TEMBERAIS, ULAT BULUH DAN ANAK-ANAK
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Blog cikgu Li mehat ada menceritakan tentang ikan temberais ni. Saja nak kongsi cerita. Kami mengail kat alor pak long pie. Caranya mungkin sama saja. Tali batang pisang yang halus digunakan. Kena ada seni nak dapat tali yang halus tu. Umpannya ialah ulat buluh. Anak buluh yang mati dan mulai reput akan ada ulat halus warna kuning dalamnya. Ulat tu akan digentel hingga mati dan diikat dihujung tali. Batang kail guna lidi atau anak-anak buluh. Mengail ikan ni tak boleh kasar kerana dia akan gigit ulat yang menjadi umpan. Kalau lelaki akan guna baju yang dikembangkan dengan tangan kiri kerana tangan kanan untuk kail ikan. Bagi perempuan pulak dikembangkan kain batik untuk kumpul ikan yang dikail. Ikan ini sedap digoreng dengan kunyit. Lain pada tu ada juga kita sauk anak-anak ikan haruan guna kain nipis kat bendang-bandang. Buat goreng sedap.

SENAPANG BULUH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Senapang buluh atau dipanggil juga senapang pok kami guna main perang-perang. Bahan yang diperlukan cuma buluh sebesar ibu jari kaki, kertas atau buah cenerai sebagai peluru. Buluh dipotong dan dibuat satu alu untuk menembak peluru. Kalau ada buah cenerai guna dia. Kalau kena memang pedih. Mail chu Lat sampai cemey mata kena peluru cenerai. Kalau tidak pun guna kertas surat khabar yang direndam, ketuk masuk lubang dan tolong dengan pantas dengan alunya. Bunyi boleh tahan dan sakit pun boleh tahan kalau kena.

MAIN ACI SEMBUNYI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan budak dulu masa-masa cuti. Undia dijalankan sapa yang kena jadi pencarinya. Mengadap muka yang dicekup selalunya di pokok nyior dan bilang satu sampai sepuluh. Kalau yang bersembunyi tak siap lagi jawab tak aci. Sambung bilang lagi. Giliran mencari dijalankan dengan menyebut nama orang yang dijumpai. Kalau tak sempat sebut nama disergah dengan perkataan "pah" dan disentuh dengan tangan maka kenalah jadi sekali lagi. Seronoknya kalau yang jadi tu gagap bila disergah tak boleh sebut nama rakan yang dijumpainya maka keraplah dia kena "pah' tu. Tugas pencari ni ialah untuk cari semua pemain sehingga semuanya jumpa. Nakalnya ada yang bermain tu balik rumah makan nasi dan duduk diam-diam. puaslah mencarinya.

Isnin, 3 Oktober 2011
WAU BULAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Permainan wau selalunya dimainkan selepas musim padi. Tak ramai pakar buat wau di kampung aku. Pak Cik Not, Chu Ariff, Wan dan Derani, bang Cha, Md. Din, Shahid antara yang boleh buat wau dengan baik.
Wau akan dibuat dengung sama ada dari daun mengkuang atau daun ibus. Seingat aku kepala wau bulan akan dikepal tanah liat di situ sebelum dinaikkan. Apabila dinaikkan ia akan akan dibiar di udara berhari-hari. Pada waktu malam bunyi alat dengung tu sangat merdu.
PANGGILAN IKUT PASANGAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lazimnya nama seseorang dipanggil dan diikuti nama bapa. Di kampung-kampung lazimnya nama dipanggil diikuti nama suami atau isteri. Antara yang dipanggil ikut nama suami ialah Kak siah bang man, jah md din, chah man nondoi, kak dah bang mail, Kak aa pak yob, saodah md noor, tok su jasin, mak long timah paklong saad, doyah harun, doyah cha, siah pak ali, siah md poek, faridah bahadur, nab ya itik. Kalau yang ikut nama isteri tak ramai sangat seperti Saad Gon, man kak siah, man chut. Panggilan ini mungkin lebih mudah kerana ramai yang punyai nama yang hampir sama. Jadi sebut nama ikut suami atau isteri jadi lebih jelas. Logik juga untuk tunjuk rasa kepunyaan masing-masing. Semua nama disebut tadi kekal setia dengan isteri atau suami yang satu itu. Mungkin itu hikmahnya.

Sabtu, 1 Oktober 2011
MARHABAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kami budak-budak juga diajar marhaban. Kadang2 tumpang sekaki juga m,marhaban dengan genga2 lama ni.
Marhaban oleh penduduk kampung ni selalu diadakan pada majlis kenduri atau di suarau waktu malam selepa solat isya. Marhaban yang dilagukan sangat unik. Suara yang nyaring dan keunikkan suara masing-masing di peragakan. Setiap suara lain saja bunyinya .Dari yang kasar, halus dan suara dari dalam perut.
Ada suara chu ariff. pak cik dahlan, bahadur, man kak siah. Brahim man kak siah, Pak ngah Ismail, Tok Cik Saad,ustaz nayan, pak yob,Bakar hj shariff, Omar kak aa dan ramai lagi.Kami budak-budak juga diajar marhaban. Kadang2 tumpang sekaki juga m,marhaban dengan genga2 lama ni.
Langgan:
Catatan (Atom)