Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Majalah hiburan popular masa dulu ialah URTV. Keluar 2 kali sebulan. Macam2 cerita artis ada kat situ. Ada satu ruangan yang menarik minat ramai remaja masa itu. Aku lupa tajuk column tu. Tapi cerita cinta bersiri. Tak salah aku heronya Amir dan heroinya Asmidar. Salah satu cerita yang aku masih ingat ialah Amir bawa Asmidar ke klinik kerana demam. Dia bersandar kat bahu Amir. Seorang mak cik tu bertanya Asmidar. " anak ni dah berapa bulan". Terus Asmidar duduk tegak. Kalau aku tak beli URTV, aku akan ke rumah pak long drani. Kak Som tak penah miss membelinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan