Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bertujuan untuk mengasingkan padi yang berisi dengan hampa padi dan daun2 padi ya bercampur dengan padi. Alat bulat yang dijalin dengan buluh diikan dengan tiga tali dan berpasi kepada tiga batang buluh atau kayu. Memerlukan 2 orang untuk menjalankan aktiviti ini. Seorang akan menceduk padi dengan tin minyak tanah dan dituang dalam alatan ini. Seorang lagi akan mengoyang alat itu supaya padi akan jatuh melalui lubang alat itu. Aktiviti ini memerlukan bantuan angin. Selalunya dibuat di tanah lapang atau di tengah bendang. Bila angin tak ada berhenti sekejab. Bila angin datang sambung kerja. Hampa akan berterbangan jauh dan tinggal padi yang bersih yang akan diisi dalam guni dan dibawa ke jelapang padi.Aktiviti yang dilakukan selepas menuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan