Selasa, 16 Oktober 2012

HARI CUTI DAH TIBA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari jumaat dan sabtu cuti yang cukup bermakna masa sekolah rendah dulu. Bangun pagi mandi dan sarapan. Bersiap dengan seluar pendek dan singlet atau T shirt. Kalung lastik kat leher. Dalam poket seluar ada batu kecil sebelah dan sebelah lagi isi dengan mainan musim tu. Guli ka, getah ka, tiket bas ke, kotak rokok ka. Cari geng mula la main. Pukul 11 ramai2 pergi tepi pengkalan sungai tunggu air pasang. Mandi dan berenang sepuas2nya. Balik makan tengah hari. Keluar rumah lagi. Sambung main lagi. Petang sikit kumpul ramai2 lagi main ganas sikit macam main toi kandang atau orang panggil juga polis sentery. Petang lagi main bola. Dekat maghraib baru balik. Mandi dan pergi madrasah. Tengak pula apa main yang sesuai. main sembunyi2 ka. Balik terus tidor tak sedar diri.

Tiada ulasan: