Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Selasa, 30 Oktober 2012
KUATNYA MEROKOK ....
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu tanda seseorang itu kuat merokok ialah bilangan susunan kotak2 rokok di alang atau celah2 kayu atas pintu. Kotak2 rokok disusun macam susun bata. Banyaknya kotak yang disusun tanda memang kuatlah dia merokok. Bayangkan perokok dulu sanggup kumpul dan susun kotak2 rokok di dinding rumah sebagai lambang kehebatan merokok masa tu. Kotak tak dibuang sana-sini tapi dikumpul untuk dipamerkan. Kalau perokok tu kaki rokok tembak maka berbarislah kotak rokok tembak tu. Orang kata rokok tembak ni kurang bagus. Akan batuk2bila hisapnya. Betul kot. Rokok Gold Leaf atau 555 kira hebatlah masa tu.
Rabu, 24 Oktober 2012
PIE DADIH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pie jual dadih. Naik basikal dengan tong. Dadih dari susu kerbau. Uniknya bila jual dadih ada juga pulut panggang. Orang mesti beli dadih dan pulut panggang. Tak faham juga napa begitu. Pie akan kayuh basikal sampai ke tanjung bendahara. mesti ada pelanggan yang tunggu. Dadih dijual waktu malam sahaja. Tak faham juga napa begitu. Bila kerbau dah kurang bisnes ni pun lupus pelan2.Isterinya mak su sekarang popular dengan kuih Bunga Pudak. kalau musim kenduri atau raya sibuk la terima tempahan.

GUNTING RAMBUT RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak kira raya puasa ka raya haji ka. Sama saja. Mesti mau gunting rambut. Dah biasa. Masa dulu kedai gunting depan sek men sin min jadi pilihan. Kalau ramai sangat pi kedai Regal dekat panggung de luxe. Kedai gunting india2 veteran. Ada tiga orang tukang gunting. tu pun memang tak menang tangan. Kena beratur sampai kat luar tunggu giliran. Mereka memang becok bercakap sambil tangan terus gunting. Sesekali dengar kata AMA tanda menyetujui cakap kawannya. Radio dibuka dengan kuat lagu2 Tamil. Walaupun pelanggan semua melayu. Ada depa kisah. Tapi depa tak ikut menyanyi. Tumpuan pada tugas. Di sini juga tempat baca majalah hiburan sambil menunggu giliran. Aku pi tadi senang dan cepat saja sebab tak de orang.

Selasa, 23 Oktober 2012
RUMAH KAPAL TERBANG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Seingat aku rumah ini dah lama dibina. Tapi tak penah siap2. Rumah dekat Simpang kuala ni sejak tahun 70an dibina2 bertingkat2. 3 @4 tingkat. Time pi sekolah menengah memang lalu depan rumah ni. Macam ada sayap kiri kanannya. Bahagian bawahnya kecil macam badan kapal terbang.Tu kami panggil rumah kapal terbang. Sekali kami nampak dibina hampir siap. Mungkin tak puas hati kot. direbankan pulak. Bina lain. Lepas tu reban lagi. Sampai hari ni aku tengak rumah kapal terbang tu masih macam tu. tak siap2. Macam baru reban dan bina lain. Tak besar pun rumah tu, tapi macam bersayap.

Jumaat, 19 Oktober 2012
PADI DAN HAMPA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Selain dari menguroi ada beberapa cara lagi nak asingkan hampa dengan padi. Satu mengguna alat seperti kotak yang besar. Di atasnya ada corong untuk dituang padi. . Dalam alat ini ada bilah2 kipas kayu yang akan dipising dengan tangan. Memerlukan lebih dari seorang untuk operasinya. Bila kipas dipusing hampa keluar dari lubang sebelah depan. Satu alat lagi bila dah moden sikit guna kipas yang besar seperti kipas siling.Alat ni lebih mudah kerana ia dikayuh seperti basikal..

Selasa, 16 Oktober 2012
PISAU DARI PAKU
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini kerja bahaya. Tidak digalak buatnya. Masa tu tau time keretapi barang lalu. kira2 pukul 10 pagi. Ramai2 bergerak ke tepi landasan Kg Tok Seron. Bawa paku atau besi. Letak atas rel keretapi. Tunggu keretapi lalu. Lepas tu pun kutip paku yang sudah
leper. Balik asah dan buat hulu. Jadilah pisau mainan.

HARI CUTI DAH TIBA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari jumaat dan sabtu cuti yang cukup bermakna masa sekolah rendah dulu. Bangun pagi mandi dan sarapan. Bersiap dengan seluar pendek dan singlet atau T shirt. Kalung lastik kat leher. Dalam poket seluar ada batu kecil sebelah dan sebelah lagi isi dengan mainan musim tu. Guli ka, getah ka, tiket bas ke, kotak rokok ka. Cari geng mula la main. Pukul 11 ramai2 pergi tepi pengkalan sungai tunggu air pasang. Mandi dan berenang sepuas2nya. Balik makan tengah hari. Keluar rumah lagi. Sambung main lagi. Petang sikit kumpul ramai2 lagi main ganas sikit macam main toi kandang atau orang panggil juga polis sentery. Petang lagi main bola. Dekat maghraib baru balik. Mandi dan pergi madrasah. Tengak pula apa main yang sesuai. main sembunyi2 ka. Balik terus tidor tak sedar diri.

Sabtu, 13 Oktober 2012
KAPAL SABUT
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menuai sudah habis. Air penuh ditakung sementara menunggu musim padi. Angin petang menghembus dan riak air berkocak indah. Mula bina kapal sabut dengan layar dibuat dari upeh pinang. Belakang kapal letak kayu nipis sebagai kemudi. Lumba kapal sabut dengan kawan2. Cari juga seludang kelapa untuk dilayarkan tapi tak boleh nak buat layar. Tak sama dengan kapal sabut yang bvergerak laju ditiup angin

Ahad, 7 Oktober 2012
MENGUROI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bertujuan untuk mengasingkan padi yang berisi dengan hampa padi dan daun2 padi ya bercampur dengan padi. Alat bulat yang dijalin dengan buluh diikan dengan tiga tali dan berpasi kepada tiga batang buluh atau kayu. Memerlukan 2 orang untuk menjalankan aktiviti ini. Seorang akan menceduk padi dengan tin minyak tanah dan dituang dalam alatan ini. Seorang lagi akan mengoyang alat itu supaya padi akan jatuh melalui lubang alat itu. Aktiviti ini memerlukan bantuan angin. Selalunya dibuat di tanah lapang atau di tengah bendang. Bila angin tak ada berhenti sekejab. Bila angin datang sambung kerja. Hampa akan berterbangan jauh dan tinggal padi yang bersih yang akan diisi dalam guni dan dibawa ke jelapang padi.Aktiviti yang dilakukan selepas menuai.

Langgan:
Catatan (Atom)