Isnin, 12 Mac 2012

PEKAN SIMPANG KUALA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Simpang trafic light sekarang ni menghala ke Alor Mengkudu di situ ada deretan kedai berbumbung atap senurop. Di situ ada orang jual ikan dan sayur-sayuran waktu pagi. Agak sibuk juga. Sebelah petang ada jual mee roda tiga. Tak salah aku mamak tu nama Ghani atau pembantu dia tu yang nama Ghani. Satu kerusi panjang diletakkan untuk duduk sambil order makan. Memang laku betul mee dia. Pembantu dia tu masih kecil . Tak salah aku di peringkat awal sekolah menengah. Memang lama aku tengak dia kerja dengan sabar. walaupun aku nampak kadang2 dia kena marah dengan tokeh dia. Tak menjawab pun. Tak lama dulu aku nampak pembantu dia ni. Dah jual sendiri mee tu. Tentu dia dapat resepi dari tokeh dia tu. Itulah berkat sabar.

1 ulasan:

awangsulungmerahmenyala berkata...

Salam,aku saja-saja melilau taip ada sapa-sapa lagi ka yang tau pasai panggung deluxe simpang kola,skrg dah jumpa geng.blog hang karan lah ramai yg tak tau,skrg aku dah tau,mmg byk nostalgia yg terbangkit.perghhhh!