Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Perkhidmatan bas dulu dikendalikan syarikat tertentu. Alor Star- Butterworth (kiata orang utara panggil Bagan) oleh UTC, Alor Star - Changloon oleh Kubang Pasu Transport. Alor Star -Kuala kedah oleh Kuala Kedah Transport.. Ke Sungai Tiang oleh MARA. Alor Star- Kuala Nerang oleh langgar transport. Kemudia barulah ada Bas bandaran yang beroperasi sekitar bandar.Dari kampung aku kami guna UTC transport. Bas UTC kami kenal dengan nombor2 tertera. Ada yang aku dah lupa nombor atau mungkin aku silap sebutkan nanti. No 516 Alor Star - Bagan yang hanya berhenti di stesen2 besar saja. 517 Bagan - Bukit Mertajam. Sg Petani- Alor Star bas no 2 background warna biru. Gurun alor star no 3 warna hijau. Simpang empat- alor star no 4 background warna putih. Tokai- Alor star no 8, Pendang- Alor Star no 6. Tunggulah bas kat simpang jalan sambil gawang tangan. Kalau penuh driver akan golek tangan. Budaya masa tu. Tunggulah basa lain pula.
1 ulasan:
Tahniah!
Blog saudara superbest sangat! Saya suka! Sesiapa yang mempunyai kenangan indah seperti saudara dan membaca perkongsian saudara ini pasti tersenyum sendirian :) Toink! terkena kat dahi sendiri. Tersengih2 di depan skrin komputer :)
Kampung tok saya pun di Batu 2 dan ramai saudara di Kg Keriang Pulau.
Harap saudara terus menulis.
Catat Ulasan