Selasa, 27 Mac 2012

BUAIAN BULUH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dua batang buluh dipotong. Dibelah di tengah2 separuhnya. Di bawah dikorek buat lubang dan dimasukkan kayu sebagai alang antara dua bahagian tu. Di bahagian atas juga dikorek lubang dan dimasukkan tali atau dawai untuk diikat di dahan pokok. Letak dua keping papan di alang tu untuk tempat duduk. Bolehlah duk rehat sambil hayun pelan2 sambil borak.

Isnin, 26 Mac 2012

SUKA TAHUNAN SEKOLAH RENDAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Acara sukan dulu lebih banyak bersifat kumpulan. Sekarang banyak individu. Banyak2 pun 4 orang. Acara dulu ada yang antara 8 hingga 12 orang satu kumpulan. Acara individu ada lari 50 meter untuk darjah 1-3. Lari 75 meter untuk darjah 4-6. Acara kumpulan ada lari galah panjang, Lari dalam guni berganti-ganti, Baling bola dalam timba. Lari kaki gergasi, Berjalan dengan buluh sigai atau kayu yag dipaku pelapeknya. Kemuncaknya lawan tarik tali la.

Sabtu, 24 Mac 2012

BALAI KENDURI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang sekarang dah tak buat balai untuk orang makan masa kenduri. Dulu, seminggu sebelum kenduri orang dah sibuk buat balai. Potong pokok kelapa buat pelapek atau batang pinang buat tiang. Ada yang cari buluh untuk buat tempat sandar di keliling balai, Batang ibus ditumbuk dibuat tali sebagai ikatan buluh2 tu.Ada tangga. Lantai disusun papan. Masa budak2 seronok lari atas balai sebab berbunyi. Nanti dengarlah orang tua2 marah. Malam kumpul ramai2 tidur atas balai. Cari pokok kelapa mana yang sesuai untuk panjat dan ikat loud speaker macam serombong tu.Hari kenduri bersiang daging atas balai. Pekena pulut ikan kering lepas tu. Tetamu datang bersila atas balai. Makanan dihidang dalam talam. Lepas kenduri balai akan dibiar sehingga seminggu baru akan diruntuhkan.

Rabu, 21 Mac 2012

SUASANA PANGGUNG EMPIRE

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Di sini tempat tayangan filem2 hindustan. Kadang2 satu filem boleh bertahan di panggung ni sampai 2 bulan. Sambutan hebat. Ada orang tengak sesuatu filem 3 @ 4 kali. Suasana hari sabtu cukup happening. Ramai orang beratur dan merebut2 nak beli tiket. Ular Air iaitu penjual tiket secara gelap pun berkeliaran. Di sebelah kanan panggung ada Laman penjual ubat berbangsa Siam. Antara dialog dia" Cacing lambu(rambu) tak kira sapa. Tunku Laman (merujuk Tuanku Abdul Rahaman PM masa tu) pun dia kolek (korek). Ke tengah sikit ada Ba Cina ni jual air batu macam2 perisa yang dibubuh dengan ice dalam flask air. Ke kiri ada mamak Bersin jual mee tonggek. Tak der meja. Order makan, pandai2lah bertenggek makan. Dipanggil mamak Bersin kerana setiap kali dia goreng mesti orang bersin. Mungkin bau cabai yang digunakan tu. Di depannya kedai seberang ada jual Laksa dan bihun sup. Tumpang kedai Cina. Sebelah tu pekan Rabu tempat kunjungan orang luar yang datang ke Alor Star untuk dapatkan dodol dan Kueh Karas dan kueh2 tradisional.

Isnin, 19 Mac 2012

KUGIRAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kugiran memang hiburan hebat masa tu. Kenduri kat kampung aku ada sekali tu panggil kugiran main. Kenduri rumah Harun posmen. Kumpulan tu nama Express 5. Muzik intro dia bunyi keretapi. Gamatlah kampung malam tu. Tu lah kali pertama dan terakhir kenduri main kugiran. entah mengapa. Mungkin orang-orang tua kampung tak boleh terima masa tu

Isnin, 12 Mac 2012

PEKAN SIMPANG KUALA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Simpang trafic light sekarang ni menghala ke Alor Mengkudu di situ ada deretan kedai berbumbung atap senurop. Di situ ada orang jual ikan dan sayur-sayuran waktu pagi. Agak sibuk juga. Sebelah petang ada jual mee roda tiga. Tak salah aku mamak tu nama Ghani atau pembantu dia tu yang nama Ghani. Satu kerusi panjang diletakkan untuk duduk sambil order makan. Memang laku betul mee dia. Pembantu dia tu masih kecil . Tak salah aku di peringkat awal sekolah menengah. Memang lama aku tengak dia kerja dengan sabar. walaupun aku nampak kadang2 dia kena marah dengan tokeh dia. Tak menjawab pun. Tak lama dulu aku nampak pembantu dia ni. Dah jual sendiri mee tu. Tentu dia dapat resepi dari tokeh dia tu. Itulah berkat sabar.

Ahad, 11 Mac 2012

BAS NOMBOR..... 516

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Perkhidmatan bas dulu dikendalikan syarikat tertentu. Alor Star- Butterworth (kiata orang utara panggil Bagan) oleh UTC,  Alor Star - Changloon oleh Kubang Pasu Transport. Alor Star -Kuala kedah oleh Kuala Kedah Transport.. Ke Sungai Tiang oleh MARA. Alor Star- Kuala Nerang oleh langgar transport.  Kemudia barulah ada Bas bandaran yang beroperasi sekitar bandar.Dari kampung aku kami guna UTC transport. Bas UTC kami kenal dengan nombor2 tertera. Ada yang aku dah lupa nombor atau mungkin aku silap sebutkan nanti. No 516 Alor Star - Bagan yang hanya berhenti di stesen2 besar saja. 517 Bagan - Bukit Mertajam. Sg Petani- Alor Star bas no 2 background warna biru. Gurun alor star no 3 warna hijau. Simpang empat- alor star no 4 background warna putih. Tokai- Alor star no 8, Pendang- Alor Star no 6. Tunggulah bas kat simpang jalan sambil gawang tangan. Kalau penuh driver akan golek tangan. Budaya masa tu. Tunggulah basa lain pula.

Jumaat, 9 Mac 2012

HANKYU JAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Supermarket pertama yang hebat kat Alor Star. Adalah dalam 4 tingkat kot. Supermarket pertama yang pakai lift. Peraq abislah orang nak naik lift.Seronok juga tengak orang tua2 naik lift kali pertama. Macam2 ragam. Budak pompuan pun kalau boleh keja kat hankyu jaya hebatlah rasa dengan uniform seragam.. Sini pulak orang berpusu-pusu naik tutun lift. Geng remaja bukan nak beli apa pun. Suka naik lift saja.

HARI SABTU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari Sabtu hari yang ditunggu remaja dulu-dulu. Hari untuk keluar ke pekan Alo Star. Hari buat date. Hari tengak wayang. Hari membeli belah. Kenderaan masa tu bas sajalah. Tak banyak motor lagi. Tunggulah bas tepi jalan. Datang satu penuh. Tunggu lagi. Tempat tumpuan atau lepak ialah stesen bas. Pusing ronda keliling bandar. Hari satu juga time tengak gambar hindustan kat panggung Empire. Ular Air atau penjual tiket black market pun banyak. Alang2 yang keluar jauh2 mesti beli juga. Kata panggung Royal ada cheap mantenee iaitu tayangan murah. selalunya gambar2 lama. Tu pun kena beli tiket kat Ular Air. Hari Sabtu sesak bandar. dengan orang mundar mandir. Time nak mengorat pun masa ni juga.Ramai juga yang dapat pasangan dan terus kawin.

Khamis, 8 Mac 2012

HALAU NYAMUK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Nyamuk akan keluar waktu senja hingga ka awal pagi. Sabut atau longgokan sampah akan dibakar di bawah rumah supaya asap naik sampai ke atas rumah. Dulu-dulu rumah bertiang dan jarang rumah lantai simen. Mungkin kerana kerap banjir.  Satu cara lagi ialah dibakar jamong yang dibuat dari daun kelapa, Daun kelapa kering diberkas dengan kemas dan dibakar ujungnya. Abah selalu bakar jamong dibawa keliling rumah. Bukan setakat nyamuk, seisi rumah pun lari keluar rumah kerana bau asapnya. Malam tu tidur nyenyak tanpa degungan nyanyian nyamuk di telinga.

Isnin, 5 Mac 2012

KASUT TEMPURUNG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kasut yang digunakan dari tempurung dipilih dari tempurung jantan. Tempurung jantan ialah sebelah dari tempurung ada lubang atau mata. Tali dimasukkan di lubang tu agak paras dada. Bahagian bawah diikat kayu supaya ia tidak terkeluar. Nak berjalan kenalah tanpa pakai kasut kerana kita kena gunakan ibu jari kaki untuk mengepit tali dan terus melangkah. Kalau masa tanah becak masa sesuai guna kasut tempurung. Sekolah masa dulu pernah ada cara ini pada hari sukan sekolah.

KAKI BULUH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Berjalan guna kaki buluh memang menyeronokkan. Apa yang perlu ialah dua batang buluh. Buluh sebesar  pergelanggan tangan dari jenis buluh duri sangat sesuai. Buluh akan dipotong lebih kurang 8 kaki atau lebih. Ranting akan dibuang kecuali sekaki di bahagian bawah yang dikenali sebagai sigai yang digunakan sebagai tempat letak kaki. Cara main ialah satu kaki akan diletak atas sigai dan diikuti kaki satu lagi.Kadang2 kami guna perdu kelapa untuk mula naik. Lepas dah naik kita perlu melangkah dengan hati2 dan perlu pandai imbang badan supaya tidak jatuh. Langkah lebih besar boleh dilakukan apabila kita sudah mahir gunakannya.