Sabtu, 25 Jun 2011

MURID NAKAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak\
Mungkin kerana aku budak aktif. Suka berlari dan sebagainya aku dianggpa murid nakal.
Entahlah, mungkin aku betul-betul nakal. Di belakang sekolah aku ada bukit dan  ada pokok pisang. Pernah sekali akumain baling2 buah pisang muda. Habis bajuku kena getah pisang. Balik aku kena marah abis.
Pernah juga diadakan silap mata oleh Ali Bakar. Berkumpullah kami di kantin. Abah aku selalu datng ke padang bola sekolah aku untuk latihan atau persiapan padang untuk perlawanan. Aku akan lari keluar kelas untuk bersama abah aku di padang. Apabila abah aku memilih untuk pencen awal, kad 001 diisi untuk diserahkan pada sekolah baru aku. Di bahagian kelakuan tertera  NAKAL dengan warna merah. Sampai hati cikgu tu tulis macam tukat aku. Bila bertukar ke sekolah Kebangsaan Tandop, abah aku mengistiharkan kad 001 aku tak sempat ambik. Tentulah abah aku malu nak tunjuk. Kalaulah dapat semula kad itu akan ku framekan sebagai kenangan indah aku.

Tiada ulasan: