Ahad, 26 Jun 2011

TENAGA UPAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tenaga upah masa itu ada berbagai cara, Cara upah wang, Berderau dan ambil tenaga luar. Tenaga luar dari Pattani, Kelantan atau Perak. Tok Wan aku memang mempunyai sawah yang banyak, jadi dia upah tenaga dari kelantan dan Pattani. Kumpulan ini datang dalam kumpulan 4 hingga 10 orang. Mereka akan tinggal bersama tuan rumah. Makan minum ditanggung oleh tuan rumah. Habis tugas mereka akan dibayar upah.

SERUNAI BATANG PADI.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pada musim padi dipotong, batang padi akan dipotong untuk dibuat serunai. Batang dari perdu yang besar-besar dipilih. Batang padi dipenyek hingga pecah kepada beberapa bahagian, Temucut boleh digunakan untuk keluarkan selaput puteh dalam batang padi. Jadilah serunai. Daun kelapa hijau digunakan untuk membuat serombang. Seamakin panjang serobong semakin sedap bunyinya.

Laga temucut

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu permainan tanpa modal budak-budak zaman dulu. Kalau pakai seluar panjang siaplah sangkut kat seluar. Cara nak keluarkan guna pisau untuk lurutkn. Sakit juga hati masa aktif sukan dulu. Stokin panjang aku kena temucut. Seharian buangnya.Baagi laga ini  setiap pemain memilih temucut dan dilagakan. Seorang pusing kanan seorang pusing kiri. Temucut sapa putus dikira kalah. Laga biji getah satu lagi. Pakat ramai-ramai masuk kebun getah kat depan batas. Cari sebanyak biji getah untuk dilagakan. Cari yang tulang tunjol keluar. Kecik pun tak pa. Seharianlah tak balik rumaah cari gu laga biji getah.

ANAK-ANAK KITA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jaga anak-anak kita

Sabtu, 25 Jun 2011

MEMILIH HALUAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
     Aku menyambung tingkatan 6 di  Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Di sinilah kecelaruan dalam memilih kerjaya.. Ramai kawanku memilih keITM masa tu. Tapi aku nekad mahu jadi anak pertama kampungku menjejak kaki ke Universiti. Sambil itu aku dapat tawaran kerja sebagai kerni Lembaga padi.Aku tolak. Cabaran hebatku ialah bila aku dapat temuduga Inspektor polis. Aku memang minat kerana sejak di form 2 aku adalah anggota polis kadet yang aktif. Aku nekad juga nak ke Universiti. Kawan-kawanku yang pergi temuduga semuanya dapat.Dan aku sudah tidak ada  pilhan selain memenuhi impianku.

MURID NAKAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak\
Mungkin kerana aku budak aktif. Suka berlari dan sebagainya aku dianggpa murid nakal.
Entahlah, mungkin aku betul-betul nakal. Di belakang sekolah aku ada bukit dan  ada pokok pisang. Pernah sekali akumain baling2 buah pisang muda. Habis bajuku kena getah pisang. Balik aku kena marah abis.
Pernah juga diadakan silap mata oleh Ali Bakar. Berkumpullah kami di kantin. Abah aku selalu datng ke padang bola sekolah aku untuk latihan atau persiapan padang untuk perlawanan. Aku akan lari keluar kelas untuk bersama abah aku di padang. Apabila abah aku memilih untuk pencen awal, kad 001 diisi untuk diserahkan pada sekolah baru aku. Di bahagian kelakuan tertera  NAKAL dengan warna merah. Sampai hati cikgu tu tulis macam tukat aku. Bila bertukar ke sekolah Kebangsaan Tandop, abah aku mengistiharkan kad 001 aku tak sempat ambik. Tentulah abah aku malu nak tunjuk. Kalaulah dapat semula kad itu akan ku framekan sebagai kenangan indah aku.

SEKOLAH PERTAMAKU ...

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sekolah pertamaku ialah Sek.Kebangsaan Umum Batu Gajah,Perak Abah aku seorang tentera masa tu,Aku masih ingat sekolah aku dekat pejabat pos. Aku sampai berpindah di Kg. Bukit Bendera mlam itu dan esoknya aku didaftar di sekolah baru itu. Bila waktu balik sekolah aku, lama sangat aku tunggu abah, aku mula buka langkah. Aku ikut sorang budak india dari belakang. Aku ingat lalu bawah pokok asam besar, kuil hindu.. Budak india itu sampai rumahnya. Aku terus saja berjalan. Aku nampak rel keretapi. Aku dah dapat clue. Aku ikut rel keretapi. Clue seterusnya rumah aku dekat masjid. Akhirnya aku sampai ke rumah. Mak aku terkejut. Abah aku dah ke sekolah untuk jemput aku. Aku makan nasi selamba saja masa abah aku balik. Panik tak terkata apa abah aku. Lalu dia berpesan lain kali tunggu sampai dia datang.Aku angguk.Manalah aku tahu masa tu aku baru 6 tahun lebih.

KAWAN KARIB KE SEKOLAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku bersekolah menengah di Mergong, Alor Star. Kira-kira 10 km dari rumah. Kenderaan masa itu hanyalah basikal. Aku dapat kawan karib namanya Khalid. Setiap hari dialah lebih awql menunggu aku atas titi dekat kampongku.Dia tinggal di Tandop. Begitulah pergi-balik kami berdua. Sepanjang perjalanan kami bercerita.Lebih banyak Khalid suka main drum. So dia pukullah handle basikal dias ambil memyanyi. Masa form 3 Khalid kandas LCE.  Sebab dia aktif sukan dia diterima menggulang form 3.Aku masih ada kawan. Aku dah di form 4.Dia gagal juga LCE. Masa form 5, aku terpaksa berkayuh seorang. Sunyi rasanya.

Jumaat, 3 Jun 2011

BUAH KERIANG DOT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lama sudah aku tak menulis. Aku tak sihat. Hari tu adik ku bawa buah keriang dot. Pokok pak long pie berbuah lebat. Nikmatnya dapat makan. Anak2 aku pun suka