Isnin, 4 Mac 2013

KOKONG, DUKUNG DAN RAMBIANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sudah menjadi tanggungjawab masa dulu abang atau kakak kena mengasuh adik2. Mak mungkin ke sawah atau membuat kerja rumah. Selain tangguk buaian supaya tidur aktiviti di atas mesti dilakukan. Kokong ialah dengan cara meletak adik di belakang. Kedua tangan adik akan memaut tengkok. dan kaki mengepit pinggang . So arak la ke sana sini bawa adik.. Dukung ialah meletak punggung adik di tangan kanan  dan kaki diluruskan. Rambiang aktiviti meletak adik di pinggang. Selalunya melenkok sikitlah masa itu. Ada lagi ka generasi hari ini yang buat aktiviti gitu. Sebab tu hubungan adik beradik dulu-dulu jadi rapat.

Tiada ulasan: