Jumaat, 10 Mei 2013

DAUN NIPAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Daun nipah diguna untuk buat atap. Dulu daun nipah dibawa dengan tongkang. Dua pelepah nipah dipacak jarak 1 hingga dua kaki. Beberapa batang nipah dijadikan pelapik. Daun nipah dirintis dan diletak dicelah2 batang yang dipacak tadi. Bila dan dapat sebesar pemelok dianya diikat dengan tali yang dibuat dari kulit batang nipah juga.

Rabu, 24 April 2013

SPIRIT OF THE COINS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan yang perlu lebih dari 2  orang. Alatan yang diperlukan ialah kertas lukisan ditulis abc disekeliling. Angka 0 hingga 9. Ditengah ada kotak yes dan no dan home. Duit syiling 20 sen atau 50 sen. kalau ada cermin jernih diletak atas kertas lukisan. Mainan ini menyeru roh orang mati dibunuh. Selalu seru roh Mahsuri. Minta petunjuk. Nakal juga tanya bakal isteri nanti nama apa. Sambil seru jarii letak atas syiling. dan syiling akan bergerak ke huruf yang mengeja sesuatu. Entah betul entah tidak. Entah2 kawan tolak. Ada kita kisah masa tu. jJanji itu satu mainan.

Khamis, 21 Mac 2013

UMPAN CACING, KATAK DAN SOROK-SOROK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Memancing atau tahan taut memang perlukan umpan. Cacing umpan yang mudah didapat. bawa cangkul kat perdu pisang, cangkul mesti dapat cacing. Tak tau nak geli pun masa tu. Letak kat taut tahan waktu petang untuk angkat paginya.atau tahan waktu pagi. Katak cari kat tepi batas2 bendang, Boleh juga untuk tahan taut. Tapi selalau diguna untuk merelau ikan haruan kat tepi2sungau. Sorok2 dikorek di bawah2 tempurung yang melekat kat tanah. Semua jenis ika suka sorok2. Tapi sekarang susah  dah nak dapat cacing kat perdupisang, katak tepi bendang dan sorok2 bawah tempurung. Agak2 ke mana depa hilang......

Khamis, 14 Mac 2013

KALAU KITA BUDAK KAMPUNG .....

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kalau kita budak kampung apa yang ada dalam klip ini mungkin mengamit kenangan.

Ahad, 10 Mac 2013

MAIN TAUK URAT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sejenis permainan kanak2 dulu. Bahan taruhan ialah getah, tiket bas, kotak rokok, guli.Bahan yang digunakan dipanggil Gunung, sama ada perewen basikal, pecahan tembikar  dari pasu atau tempayan pecah atau cebisan besi. Satu garisan melintang antara 4 hingga 6 kaki. Dihujung 2 garisan menegak lebih kurang satu kaki. Satu garisan lagi lebih kurang 6 hingga 10 kaki dari garisan tadi. Bermula dari garisan berbentuk I gunung dibaling. Siapa dekat di garisan dia baling dulu. Lebim dari garisan dikira Bom. Baling akhir selepas orang lain. . Bermula dari garisan yang di tengah akan baling ke garisan I. Siapa yang paling hampir dikira menang.

Isnin, 4 Mac 2013

KOKONG, DUKUNG DAN RAMBIANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sudah menjadi tanggungjawab masa dulu abang atau kakak kena mengasuh adik2. Mak mungkin ke sawah atau membuat kerja rumah. Selain tangguk buaian supaya tidur aktiviti di atas mesti dilakukan. Kokong ialah dengan cara meletak adik di belakang. Kedua tangan adik akan memaut tengkok. dan kaki mengepit pinggang . So arak la ke sana sini bawa adik.. Dukung ialah meletak punggung adik di tangan kanan  dan kaki diluruskan. Rambiang aktiviti meletak adik di pinggang. Selalunya melenkok sikitlah masa itu. Ada lagi ka generasi hari ini yang buat aktiviti gitu. Sebab tu hubungan adik beradik dulu-dulu jadi rapat.

Khamis, 21 Februari 2013

TUJU PARA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sejenis permainan berasaskan getah. Dua batang kayu kecil dipacak lebih kurang 6-8 inci.
Di tengah akan direntangkan getah. Beberapa orang pemain akan bersetuju tentang jumlah getah yang akan dipertaruhkan. Getah disusun atas getah yang dijadikan para. Pemain akan mengambil giliran untuk tuju getah yang dikenali sebagai ibu ke arah para. Kalau jatuh semua kira dia menang. kalau jatuh sikit giliran pemain lain. Sekiranya getah terkena tanah dan tidak terus jatuh dikira tak menang. Letak semula dan gilran pemain lain tuju. Ibu getah selalunya dari getah jenis besar. Ada juga guna getah yang telah dijalin dijadikan ibu. Kena ikut setuju pemain nak guna ibu jenis mana. Boleh  seharian leka bermain.