Khamis, 1 November 2012

EMPING

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Padi pulut akan diketam tangkainya. dikumpul dalam bakul. Berkumpul ramai2 malamnya dibangsal untuk tumbuk dengan alu atau pakai lesong kaki. Dua atau tiga orang akan tumbuk denga alu. Satu pegang alu satu tangan lagi pegang buluh untuk alih2 padi yang ditumbuk. Kerja ni ada seninya kalau tidak akan berlaga alu dengan buluh tu. Emping yang siap boleh makan gitu saja. Nak sedap lagi goreng dengan cabai masuk udang kering atau ikan haruan kering atau ikan talang tumbuk sekali.. Boleh juga makan dengan misan nira yang digaul dengan kelapa. Tentu kau orang tak dapat merasai hebatnya. sebab sekarang dah tak ada macam tu....

Tiada ulasan: