Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Radio telah mengalami evolusi yang pantas. Dulu mulanya radio pakai beteri ketul besar sebesar kotak kasut. Pakai plug cucuk ke bateri. Bila dah nak abis bawalah jemur kat panas matahari. Bolehlah pakai lagi. Masa ni dipanggil radio Malaya kerana singapura masih dalam malaya. Antara rancangan menarik satu rancangan oleh Radio singapura. Lupa rancangan tu tapi ingat di host oleh Jah lelawati. Lainnya rancangan langsung ulasan bola sepak. Khusuk semua pasang telinga. mana ada tv masa tu. Kadang2 curi dengar siaran propaganda Parti Komunis Malaya. Lepas tu baru datang bateri lampu picit. Jemur juga bila bateri dah nak lemah. Ada beteri cap badak, everyday pun dah ada masa tu. Radio pun mula datang dengan saiz yang agak kecil dari dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan