Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila dibagitau nak baut berkelah hari ni. Hepi benar. Bukannya nak pi pantai mana2 pun. Nak makan tengahari tepi bendang saja.Masakan simple2. Tok akan buat la gulai sikit, ikan kering, sambal dan ulam2 kampung. Kami hampar tikar mengkuang tepi bendang. Bawa periuk nasi, periuk gulai dan pinggan, makan ramai2.Ditiup angin sepoi2 laju ja makan. Pas makan baring di situ denga tiupan angin boleh terus terlelap
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Ahad, 27 Mei 2012
Selasa, 22 Mei 2012
PETI NYANYI @ GRAMAPHONE
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Peti nyanyi dulu besar dan berat. buat dari komponen besi.Guna piring hitam besar untuk dengar lagu. Nak mula kena pulas encho macam cerita Anak ku Sazali masa P Ramlee pasang kat Zaiton. Tok wan aku ada satu. Sempat juga dengar piring hitam tu. Akhirnya aku nampak serombong peti nyanyi yang besat tu dijadikan sarang tempat ayam mengerm telor. Sayanggggg. Lepas zaman tu ada juga peti nyanyi yang kecik2 sikit. Kemudian baru ada ada tape recorder yang guna dua tape. Satu kosong dan satu lagi untuk gulung tape yang berpusing tu. Kalau ada tape recorder hebatlah sebab boleh rakam orang cakap. Pasang balik dan gelak ramai2.

Ahad, 20 Mei 2012
KACANG PUTEH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada keling jual kacang kat stesesn bas lama tu. Dia akan junjung meja berkaki empat di mana ada petak2 beberapa jenis kacang. Laungan dia " kacang puteh, kacang puteh". Lepas tu dia turunkan meja yang dijunjung bila ada orang minta nak beli. Dia bubuhlah dalam kelongsong kertas surat khabar. Ada kacang kuda, kacang sepat, kacang tanah goreng dan macam2 lagi.

Khamis, 17 Mei 2012
REMPIT
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bukanlah perkara baru. dulu pun ada ada generasi rempit ni. Selalaunya hari jumaat iaitu bila ramai2 konvoi nak pergi tempat picnic itu ada juga yang merempit dengan honda cc 70 saja. Kalau malam tu kat keliling bulatan wan jah. Pusing keliling bulatan tu saja. Tapi bising sangat dengan ekzos yang telah diubahsuai. Ada dengar cerita depa letak syilling 50 sen di bulatan tu. Siapa boleh ambik duit sambil korner baring dikira pemenang. Ramai juga yang cium tar kat situ kerana tak dapat kawal motor. Bila polis datang berselerak lari.

Rabu, 16 Mei 2012
GAMBAQ LAMA ALOR STAR
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak sangat gambar berselerak dalam facebook Gambaq lama Alor Star. Bagi mudah layan nostalgia lama kat alor star aku cuba buat klip untuknya. Moga mudah untuk dikongsi
Khamis, 10 Mei 2012
KELING BOTOL
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Botol! botol! botol! botol. Laungan orang india yang datang nak beli botol. Orang kampung panggil orang India sebagai Keling. Keling botol naik basikal keliling kampung untuk beli botol2. Masa tu tak de la yang nak beli surat khabar lama atau besi buruk. Emak2 pun gempar anak2 jangan emrayau rata2. Jumpa keling botol nanti kena kerat kepala. Botol yang putih cerah ada harga sikit. Botol yang warna kurang sikit harganya. Jual juga tin minyak nyior atau minyak tanah. Masa tu boleh juga nak beli barang yang murah2 macam coklat ka bawa botol pi tukar ngan barang di kedai Tok Ah tok Ee,

Isnin, 7 Mei 2012
RADIO MALAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Radio telah mengalami evolusi yang pantas. Dulu mulanya radio pakai beteri ketul besar sebesar kotak kasut. Pakai plug cucuk ke bateri. Bila dah nak abis bawalah jemur kat panas matahari. Bolehlah pakai lagi. Masa ni dipanggil radio Malaya kerana singapura masih dalam malaya. Antara rancangan menarik satu rancangan oleh Radio singapura. Lupa rancangan tu tapi ingat di host oleh Jah lelawati. Lainnya rancangan langsung ulasan bola sepak. Khusuk semua pasang telinga. mana ada tv masa tu. Kadang2 curi dengar siaran propaganda Parti Komunis Malaya. Lepas tu baru datang bateri lampu picit. Jemur juga bila bateri dah nak lemah. Ada beteri cap badak, everyday pun dah ada masa tu. Radio pun mula datang dengan saiz yang agak kecil dari dulu.

Sabtu, 5 Mei 2012
BOLA KERTAS
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sejenis mainan kreatif budak dulu2. Nak beli mainan mungkin tak mampu. Jadi cipta sendirila. Guna kottak rokok atau kulit buku lama2. Potong kertas ukuran dua kali 4 inci. Lipat tengah2. Buat 11 keping. siap tulis nombor, konon2 nombor jersey pemain la. Buat dua set guna kertas berlainan. Bola dibuat dari kertas pembalut dalam kotak rokok. Susun pemain2 tu atas lantai atau meja tulis, Tekan kertas yang dekat dengan bola sehingga cubaan ke gol. Otak budak dulu jalan taklah mengharap game yang dibeli dari kedai saja

Khamis, 3 Mei 2012
SARAPAN PAGI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mana ada kedai kopi untuk sarapan pagi di kampung dulu. Nak sarapan kena buat sendiri. Tidak pun tunggu mamak jual roti. Tak kiralah Keling Hamid Burut ka keling jab ka. Tu pun lewat sikit baru sampai sebab depa mai jalan kaki dari Simpang Kuala sambil junjung bakul roti. Jadi kaum ibu kena sedia sendiri nak makan awalnya. Menu ikut la. Cucuk kodok ka, cucuk udang ka, pekga nyiok ka, Tidak pun sedia kuih petang sebelumnya seperti lopis, bengkang, lengat pisang. Nak berat sikit pulut ikan kering atau nasi lemak. Nak makan roti canai pun kena buat sendiri. Tak tertelan nak makan roti canai kat kedai kerana masa tu yang buat roti canai orang India mana ada orang melayu buat roti canai masa tu

Langgan:
Catatan (Atom)