Ahad, 26 Februari 2012

Kampung Keriang Pulau Memori

Setiap minggu cikgu kelas sekolah rendah aku adakan pertandingan kasut bersih dan cantik. Hadiahnya cumalah pensil, pembaris atau pemadam. Tapi kesannya hebat. Memang jaga sungguh. Duk pun jauh2 dengan kawan takut terpijak. Kapur jangan cakaplah. Putih kalau diketuk berdebu putihlah kapur. Masa tu kapur pakai kapur berbuku. Mana ada kapur cair lagi. Ada sorang budak perempuan tu aku ingat lagi nama dia Sabariah batu 2.. Aku selalu kalah dengan dia. Aku rasa kasut dia dibubuh nila kot sebab nampak kebiru2an. Kesannya, aku cukup jaga kasut ke sekolah walaupun dah sampai tingkatan 6. Ada juga kawan yang jeles. Saja2 lalu buat2 tak nampak pijak kat ujung kasut.Aku tau depa cuma nak mengusik. Kena duk jauhlah selalu dengan kawan2 macam tu. Lepas tu gelak pulak ramai2. Tu yang buat sakit hati tu.

KASUT RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak

Kasut raya mahu serba baru. Bila dah sekolah menengah dah tak mahu pakai kasut sepatu. Nampak skema sangat. Abah aku belilah sandal selang. Itu aku rasa macam hebat sangat. Malu saja takut kawan2 kata dah besar pun nak pakai kasut raya lagi. Aku pi tukar beli kasut selipar jepun yang tebal tapaknya. Memang trend masa tu gitu. Memanglah abah aku marah. Tak terkata apa dia. Ada juga keluarga yang beli kasut sekolah dan baju sekolah sebagai kelengkapan raya. Jimat, sebab lepas raya boleh pakai pi sekolah. Pak Long Pie beli kasut sekolah plastic kat anak2 dia untuk raya. Tak payah boh kapur. Lap saja dan ak perlu basuh. Pakai saja budak masa itu. Kalau nak bantahpun dalam senyap saja.

PEREWEN MATI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak

Satu masa dulu ada trend naik basikal pakai perewen mati. Aku tak tau bahasa saintifik dia. Pokoknya ia perlu untuk letak rantai untuk mengerakkan basikal ke hadapan. Guna perewen mati ni membuatkan kayuhan basikal jadi laju. Bila kayuh tak boleh berhenti atau rehat kayuh kerana padel kayuh akan terus berpusing. Kalau terus kayuh basikal jadi laju. Kalau tahan pedal boleh buat perewen mati tu terlucut. Kena berhenti pusing masukkan baliklah. Perewen mati ni lebeh kecil dari perewen biasa. Ada  juga penunggang terus buang brek. Nak berhenti pakai brek kaki yang ditahan di tayar depan. Berasaplah kasut dengan debu tanah.

Rabu, 22 Februari 2012

MAK NDAK MINAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mak ndak minah pak ndak arip meninggal kelmarin pada usia 84 tahun. semakin kuranglah orang2 tua kat kampung aku. Mak Ndak yang jalannya dah bongkok masih kuat bekerja. Memang dia banyak membantu sawah mak aku.Selain tu teman borak dan memang selalu datang berembang ngan keluarga aku. Kadang2 datang bermalam teman mak aku. Kali terakhir aku jumpa dia, ada aku sembang tentang moyang aku. Banyak juga dia cerita. Aku tak catat masa tu kerana tiada sedia alat tulis. Aku cadang lepas ni aku nak duk amik semua maklumat lain. Tapi dah terlambat. Al Fatihah

Khamis, 16 Februari 2012

CUCI DAKI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak cara jaga kesihatan masa dulu. Kalau badan berdaki mereka guna sintok untuk gosok badan. Lain dari tu guna juagak sabut kelapa. Masa kecik-kecik selalu kena ugut. Kalau main kotor abah nakgosok dengan sabut kelapa. Memang dia buat pun. Sakit pun turun jugak bendang main selut.

Isnin, 6 Februari 2012

KERETA PERTAMA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak

Seingat aku kereta pertama milik orang kampung aku ialah oleh Hj. Saad  Ayam Tua. Dia dikira orang berada juga. Selain dari sawah dia juga membuka sebuah kedai runcit. Kereta pertama itu tak salah aku morris minor yang signal dia keluar dari sebelah pintu. Lepas tu dia tukar pakai kereta Hillman. Besarlah sikit. Memang bergaya la. Kami budak2 sangat suka ikut belakang bila dia lalu.
Kadang2 kejar laju2 dengan basikal. Aku pernah sekali tumpang kereta dia dengan abah aku pi ambil tok wan aku balik Mekah. Aku masih tak lupa tangan aku terkapit kat pintu kereta tu. Maklumlah mana pernah naik kereta. Sakitnya tak terkata hingga pecah kedarah. Tapi tahan sajalah sampai ke Penang takut kena marah…

PAGAR BULUH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak

Masa itu kawasan kampung ditanda dengan pagar yang dibuat dari kawad duri atau batang buluh. Di tempat tertentu dibuat pintu masuk. Siang ianya dibuka. Malam ditutup. Apa yang menarik pintu dibuat dari buluh yang diletak secara melintang. 3 atau 4 batang buluh disurung dan ditarik sebagai pintu. Tidak guna kunci pun. Mungkin sebagai syarat saja bahawa ini kawasan kampung aku. Sesiapa masuk tanpa niat yang baik boleh dibelasah. Rumah Tok wan aku ada dua pintu utama. Satu untuk ke sawah dan satu pintu utama untuk keluar ke rumah2 jiran.

KAWAQ

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Istilah utara yang membawa erti pencuri. Kawaq masa tu tidak merompak. Mereka hanya mencuri tanpa diketahui  empunyanya. Antara barang yang dicuri ialah padi, ayam, itik,  kerbau (lembu tak ada yang bela masa tu), kambing, basikal (moto cuma rumah Saad Odli). Apa yang heran tu masuk dalam reban curi ayam tapi ayam tak bunyi. Tiba2 cerah satu reban. Ada juga orang nampak kawaq letak padi tengah belakang dan merangkak. Tak ada kawalan Rukun tetangga masa tu. Masing2 buat tanggungjawab sendiri. Aku tengak Tok wan aku dalam pukul 3 pagi akan bawa tongkat satu dan round kawasan dia. Aku pernah tanya Tok wan penah jumpa tak. Dia jawab pernah. Tapi dia buat perjanjian lisan dengan kawaq tu bahawa tidak mengusik kampung laman dia. Aku tanya Tok wan kenal tak. Dia jawab kenal. Bila tanya sapa. Dia sengih saja……

ORANG LUAR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak

Penerimaan terhadap orang luar adalah hubungan sosial yang sejagat.Ramai jugak orang muda dari tempat lain yang menumpang dengan saudara2 mereka di kampung tu. Mereka diterima bergaul dan jadi kawan2 rapat dengan semua orang. Zaman tu Hamzah anak pak lang aku dari Lepai duk dengan tok wan aku.  Pak Razak Spg empat Tasek dan Pie Telok Bagan duk rumah aku. Saad tikus dari Sg. Tiang duk dengan Pak long drani, Rahim dua ketul duk dengan Ya itik. Hasan dan Hussin (kembar) dari Lepai duk dengan Pak su Md. Zain. Mie dok dengan saad tok Siak. Yeh dan det Tok Noor  Bukit Tembaga duk dengan pak Yob. Jalil duk rumah siah tok bilal. Bahar dari Taiping duk rumah Tok Teh BangCha. Din sg. Tiang ada duk dengan chu ariff. Ada juga sorang duk tumpang rumah Din Siam. Aku tengak depa ni pandai bawa diri dan menyesuaikan diri dan bermain bersama2 remaja kampung. Walaupun pada masa itu keluarga yang ditumpangi bukanlah dari kumpulan berada tapi rezeki tuhan tetap ada untuk semua.

Sabtu, 4 Februari 2012

HANTU ...DI MANA-MANA HANTU...

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Cerita pasal hantu pada zaman kanak-kanak sangatlah menakutkan. Orang tua rajin bercerita hantu kepada anak-anak dengan tujuan supaya tidak keluar rumah pada waktu malam. Banyak juga cerita-cerita hantu yang dijumpai di kampung kami. Cerita Man dondoi pi beli mee kat bini jumpa hantu lari lintang pukang. Bila balik serah tali yang diguna untuk bungkus mee tapi bungkusan mee dah jatuh entah di mana (masa tu mana ada plastik lagi, diikat dengan tali batang pisang atau tali jerami). Cerita Pak Ali menarik padi dengan anok balik tengah malam lalu jumpa hantu tinggi galah dan kepala besar tong bersandar kat pokok kelapa rumah mak njang mah. Pak Ali demam seminggu. Lekatlah gelar Pak Ali tong-tong. Cerita sapa entah jumpa hantu berguling-guling kat jalan dekat kubur lama tepi rumah Maddan. Cerita hantu perempuan berbaju putih berdiri kat titi rumah tok bilal. Cerita hantu kat pokok nyior tiga. Cerita pak lang md noh jumpa orang berserban hijau kat alor pie. Keadaan kampung yang belum terima bekalan elektrik lagi masa tu tentu saja kampung sangat gelap dan menakutkan. Masa tu tak timbul anak-anak muda keluar rumah waktu malam sebab takut hantu. Bagus juga macam tu .....