Isnin, 31 Mac 2014

BUNGKUS KUAH DALAM TIN SUSU

Dulu2 sebelum plastic digunakan untuk bungkus the atau kuah, tin susu pekat digunakan. Aku rak penah beli sebab tak cukup modal. Masa balik sekolah kawan aku rajin beli. Kedai makanan mamak sepanjang jalan panggung Royal menghala ke pejabat pos. Order masak itam daging. Siap boh dalam tin susu pekat yang dah habis dan dibersihkan. Tin itu diikat 4 penjuru dan diikat tangkal untuk dipegang Gantung kat handle basikal bawa balik makan tentu sedap.

Sabtu, 29 Mac 2014

MAINAN MASA BORING DALAM KELAS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak tau nak bagi nama apa mainan ni. selalunya masa boring2 dalam kelas.  Guna buku kosong atau kertas. Pensil atau pen.Pekan ujung pensil dam dia meluncur ats kertas dan tinggal tanda. Dari hujung tanda letek pencil dan tekan lagi. Sambung lagi sampai penuh contengan di kertas tu.

Khamis, 20 Mac 2014

KE MANA NAK PI DENGAN BAS2 DULU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pusat utama station bas masa tu ialah setesen utc dan stesen bas mara. Dari alor star nak pi ke penang mesti naik bas UTC. Nombor 2 bas sg. petani, no 3 bas gurun, no 6 ke pendang, 516 ke penang. Bas lain kalau tahan berhentilah. Tapi bas 516 hanya berhenti di gurun dan sg. petani sahaja. Dari alor star nak pi ke jitra, changloon dan kodiang naik bas kubang pasu. nak pi langgar, pokok sena dan kuala nerang naik bas langgar. Nak pi sg.korok naik bas Gunong. Nak pi telok kecai dan kuala Kedah naik bas Kuala Kedah transport. Ke sungai tiang, kuboq panjang dan lubuk merbau naik bas MARA.Pi yan pun naik bas Mara. Lepas tu baru ada bas bandaran warna kuning untuk jalan dekat2 Bandar ke tongkang yard, telok wan jah, kampong Berjaya.

Rabu, 19 Mac 2014

BELACAN SUNCAI ACHEH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mak aku asal orang sungai Acheh. Sejak kecil mak aku dibela oleh Tok Na yang juga asal sg.Acheh tapi menetap di bt 1 alor star. Apa yang istemewa Sg. Acheh Nibong tebal, Penang ni ialah belacan tumbuknya, Masa tu tok na aku jadi pengedarny. Bertong2 dibawa balik untuk dijual. Harga masa tu tak silap aku yang besar 2 ringgit, kecik seringgit. Boleh bayar bulan2, Cukup laku sebab lazatnya,.Masa cuti sekolah pernah juga aku jalan2 sg acheh dengan pak su jab aku. Tengak orang jemur udang yang nak buat belacan sepanjang jalan. Sekarang pun kalau aku singgah sg. acheh aku cuba cari belacan tumbuk. Kadang2 kalau musim udang naik tu dapat la 5 atau 6 buku sebab tokeh dah tempah..

AIS JAGUNG AH LEONG BATU 2

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ah leong tu pak depa. La ni anak2 dia terus niaga di situ. Air jagung ah leong memang popular. dari dulu sampai sekarang rasa sama saja. Selain tu kedai ni jaul ais ketul bantal/ kalau hari raya pi awal2 beli taku habis. aos kacamg dia pun ok juga.