Selasa, 31 Julai 2012

BUKU KAJI CUACA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila sampai ke sekolah rendah tugas rutin pertama ialah melengkapkan buku kaji cuaca. Ada beberapa ruang yang mesti diisi. Antaranya cuaca panas atau hujan atau redup.Dilambangkan dengan lukisan. Kalau hari tu panas lukis gambar matahari. Kalau hujan lukis rintik2 hujan. Lepas tu dongak tengak jenis awan. Adakah awan larat, awan sisik. Baca bacaan suhu mengikut darjah farenheit untuk dicatat, Seminggu sekali buat bacaan taburan hujan mengikut alat tadahan air hujan yang disediakan di kawasan lapang.

Rabu, 25 Julai 2012

AIS KRIM TIKAM

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Baa masuk kampung. Goncang loceng sepanjang jalan. Sampai satu sudut dia berhenti.Kuat lagi goncangan loceng ais krim dia. Budak-budak meluru datang. Bukan kerana nak beli ais krim tapi nak cuba nasib kot2 tikam dapat banyak. Boleh bagi kat kawan2. Sekeping papan macam roulett dilekatkan di tong ais krim. Di sebelah bawah ada tertera bilangan yang mungkin dapat kalau nasib baik. Ada besi spring dibenarkan tarik dan guli akan keluar dan melalui celah2 paku dan jatuhkan ke bilangan yang boleh dapat. Apa kata pun 1 mesti dapat. Rasa tak rugilah kerana kalau nasib baik dapat lebih belanja kawan2.

Jumaat, 20 Julai 2012

ROJAK PAK TEH CHIN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mula2 dijual naik basikal keliling kawasan. Lepas tu dia buka gerai kecik kat rumah dia. Dia jual rojak. Campur timun , sengkuang dan nanas. Sengkuang buh kuah rojak, laksa. Yang popular ais kepal la. Lapik dengan daun pisang. Peminat dia ramai budak2 la yang berkumpul dan makan kat situ.

Isnin, 16 Julai 2012

BERTIH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bertih digunakan sebagai alat perubatan masa dulu-dulu. Dukun minta 7 butir bertih. Padi biasa  dituai dan akan digoreng dengan api yang panas dalam kuali.Kulitnya kan tertanggal dan keluarlah isinya. Macam popcorn. Rasanya tawar. Nak sedap makan dengan misan nipah.

Rabu, 11 Julai 2012

10 EKOR 10 SEN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu, ikan temenong atau ikan kembong dapat dinaikkan dengan banyak sehingga tiada harga. Ikan dijual ikut ekor saja. Bayangkan  10 ekor baru sepuluh sen. Satu raga baru dua ringgit. Mewah hingga orang tak lalu makan. Beli pun untuk buat ikan kering saja.

Isnin, 9 Julai 2012

LORI TERUBUK TERBALIK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu terubuk tak ada harga macam sekarang. Tak jadi rebutan pun kerana harganya murah dan orang tak suka makan kerana tulangnya banyak. Ada satu kisah diceritakan orang dulu-dulu. Dekat selekoh depan masjid Tandop tu selalu ada kemalangan. Ada orang kata selekoh tu berhantu. Satu masa tu lori membawa ikan terubukterbalik. Ikan berselerak kat jalan dan diambil orang ramai untuk makan. Tanya orang2 tua2 tentu masih ingat kisah tu.