Orangnya agak gelap. Dia masuk ke kampung-kampung dengan berjalan kaki. Di tangan kanan ada sebuah raga berisi minyak angin. Di tangan kiri dipegangnya loceng yang dihayun. Bila dia lalu memang bisinglah bunyi goncangan locengnya. Itulah Tok Wang Loceng. Sangat popular satu ketika dulu dan boleh dikatakan semua rumah orang kampung ada simpan minyak angin tok awang loceng. Kadang-kadang orang minta dia bersilat sebelum membeli minyak angin tu. Suasana menarik dan unik di kampung masa itu.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Sabtu, 16 April 2011
Khamis, 7 April 2011
Jamong dan Pelita
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lampu picit adalah alat penting yang boleh dikatakan semua orang ada pada masa tu. Pak long ad ayam tua masa tu ada lampu picit yang dimodified sambung dua lampu picit pakai 6 bateri. Terang betul. Elektrik mana ada sehingga tahun 1975 Selain itu pergerakkan waktu malam menggunakan jamong dan pelita yang dimasukkan dalam bekas tin minyak kelapa (masa tu ada tin sedang minyak kelapa). Jamong dibuat dengan daun kelapa atau kain yang diikat dikayu dan dicelup dengan minyak tanah. Pak lang kancil selalu berjalan bawa pelita yang diletakkan dalam tin minyak kelapa.
SURAU KAMPUNG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Waktu Maghrib dan Isya adalah masa orang kampungku berkumpul masa malamnya. Di sini lepas maghrib kalau takda bacaan yassin atau kuliah agama, mereka akan berbaring dan berborak-borak sementara menunggu waktu Isya.. Di sinilah banyak cerita dan senda gurau berlaku. Mesra dan meriah. Orang tua-tua dulu kalau waktu maghrib akan "hambat" anak-anak pergi surau. Lepas maaghrib baru balik makaan maalam dan pergi pula untuk sembanhyang Isya. Selalunya lepas waktu maaghrib, kami budak-budak akan duduk berbaris kat tangga surau berborak sebab tak join borak ngan orang tua-tua. Nak merayaau sangaat pun tak boleh.Kampung masih gelap kerana belum ada letrik. Sekarang aku tengak ibu-bapa di kampungku tak kisahpun nak "hambat" anak-anak ke surau waktu maghrib dan Isya.

Langgan:
Catatan (Atom)