Khamis, 27 Disember 2012

BAS SEKOLAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu ada bas khas untuk budak sekolah. Bas cuma bawa budak sekolah. Tiket separuh harga, Naik bas biasa pun boleh. Guna tiket yang sama,Boleh beli tiket bulanan.  Lagi la murah. Bestnya hari jumaat sabtu boleh guna tiket tu. Boleh pi bandar alor star. Meriahlah

Isnin, 24 Disember 2012

MAIN HUJAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila hujan turun. Masa riang kanak. Berlari ramai2 dalam hujan dengan tawa riang. Main kejar2.Mak bapak sergah sekali sekali. Tapi tak kisah sangat. Dah sejuk mengigil baru masuk mandi.
Tak demam pun. La ni bila hujan turun mak bapak sergah. Masuk rumah kena hujan nanti demam, Dah hilang fenomena main hujan ni.

Khamis, 20 Disember 2012

KEDAI RUNCIT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada beberapa kedai runcit di kampungku. Ada kedai pak long pie, pak ndak yet, ah Chang, kedai hj saad.. Budak-budak kalau  disuruh beli barang akan menuju ke kedai hj. saad. Selepas membeli barang yang disuruh mak, hj saad bagi upah sebiji gula2. Itu yang suka tuuuu..

Ahad, 18 November 2012

LOTENG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Rumah dulu ada loteng. Nak naik guna tangga. lepas naik tangga diangkat. Seingat aku tok wan aku tidor atas loteng. Mungkin lebih privacy. Tak ada sapa tak ganggu. Loteng ni separuh saja. Selalunya antara 2 bumbung perak. Muat untuk satu atau dua tilam saja.

Ahad, 11 November 2012

NASIB KAU LA AYAM JANTAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila tiba musim main timang bulu ayam, Nasib ayam jantan macam tak selamat saja. Ekornya yang panjang berjuntai menjadi sasaran budak2 kampung. kepong ayam jantan dan nanti menjerit la ayam itu bila ekornya dicabut. Getah dalam basikal digunting bulat dan disusun beberapa lapis. Dicucuk paku di tengah2. Bulu ayam akan diikat keliling paku dengan getah.  Boleh main timang kira sapa banyak di menang. Boleh juga main secara bulatan macam sepak raga dengan kawan2. Main sepak2. Dibuat satu garis dan duk belakang garis. Sorang akan baling dan sorang lagi akan cuba menyepak sejauh yang boleh. Diberi 3 kali peluang untuk menyepak.

Khamis, 1 November 2012

EMPING

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Padi pulut akan diketam tangkainya. dikumpul dalam bakul. Berkumpul ramai2 malamnya dibangsal untuk tumbuk dengan alu atau pakai lesong kaki. Dua atau tiga orang akan tumbuk denga alu. Satu pegang alu satu tangan lagi pegang buluh untuk alih2 padi yang ditumbuk. Kerja ni ada seninya kalau tidak akan berlaga alu dengan buluh tu. Emping yang siap boleh makan gitu saja. Nak sedap lagi goreng dengan cabai masuk udang kering atau ikan haruan kering atau ikan talang tumbuk sekali.. Boleh juga makan dengan misan nira yang digaul dengan kelapa. Tentu kau orang tak dapat merasai hebatnya. sebab sekarang dah tak ada macam tu....

Selasa, 30 Oktober 2012

KUATNYA MEROKOK ....

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu tanda seseorang itu kuat merokok ialah bilangan susunan kotak2 rokok di alang atau celah2 kayu atas pintu. Kotak2 rokok disusun macam susun bata. Banyaknya kotak yang disusun tanda memang kuatlah dia merokok. Bayangkan perokok dulu sanggup kumpul dan susun kotak2 rokok di dinding rumah sebagai lambang kehebatan merokok masa tu. Kotak tak dibuang sana-sini tapi dikumpul untuk dipamerkan. Kalau perokok tu kaki rokok tembak maka berbarislah kotak rokok tembak tu. Orang kata rokok tembak ni kurang bagus. Akan batuk2bila hisapnya. Betul kot. Rokok Gold Leaf atau  555 kira hebatlah masa tu.

Rabu, 24 Oktober 2012

PIE DADIH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pie jual dadih. Naik basikal dengan tong. Dadih dari susu kerbau. Uniknya bila jual dadih ada juga pulut panggang. Orang mesti beli dadih dan pulut panggang. Tak faham juga napa begitu. Pie akan kayuh basikal sampai ke tanjung bendahara. mesti ada pelanggan yang tunggu. Dadih dijual waktu malam sahaja. Tak faham juga napa begitu. Bila kerbau  dah kurang bisnes ni pun lupus pelan2.Isterinya mak su sekarang popular dengan kuih Bunga Pudak. kalau musim kenduri atau raya sibuk la terima tempahan.

GUNTING RAMBUT RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tak kira raya puasa ka raya haji ka. Sama saja. Mesti mau gunting rambut. Dah biasa. Masa  dulu kedai gunting depan sek men sin min jadi pilihan. Kalau ramai sangat pi kedai Regal dekat panggung de luxe. Kedai gunting india2 veteran. Ada tiga orang tukang gunting. tu pun memang tak menang tangan. Kena beratur sampai kat luar tunggu giliran. Mereka memang becok bercakap sambil tangan terus gunting. Sesekali dengar kata AMA tanda menyetujui cakap kawannya. Radio dibuka dengan kuat lagu2 Tamil. Walaupun pelanggan semua melayu. Ada depa kisah. Tapi depa tak ikut menyanyi. Tumpuan pada tugas. Di sini juga tempat baca majalah hiburan sambil menunggu giliran. Aku pi tadi senang dan cepat saja sebab tak de orang.

Selasa, 23 Oktober 2012

RUMAH KAPAL TERBANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Seingat aku rumah ini dah lama dibina. Tapi tak penah siap2. Rumah dekat Simpang kuala ni sejak tahun 70an dibina2 bertingkat2. 3 @4 tingkat. Time pi sekolah menengah memang lalu depan rumah ni. Macam ada sayap kiri kanannya. Bahagian bawahnya kecil macam badan kapal terbang.Tu kami panggil rumah kapal terbang. Sekali kami nampak dibina hampir siap. Mungkin tak puas hati kot. direbankan pulak. Bina lain. Lepas tu reban lagi. Sampai hari ni aku tengak rumah kapal terbang tu masih macam tu. tak siap2. Macam baru reban dan bina lain. Tak besar pun rumah tu, tapi macam bersayap.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PADI DAN HAMPA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Selain dari menguroi ada beberapa cara lagi nak asingkan hampa dengan padi. Satu mengguna alat seperti kotak yang besar. Di atasnya ada corong untuk dituang padi. . Dalam alat ini ada bilah2 kipas kayu yang akan dipising dengan tangan. Memerlukan lebih dari seorang untuk operasinya. Bila kipas dipusing hampa keluar dari lubang sebelah depan. Satu alat lagi bila dah moden sikit guna kipas yang besar seperti kipas siling.Alat ni lebih mudah kerana ia dikayuh seperti basikal..

Selasa, 16 Oktober 2012

PISAU DARI PAKU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini kerja bahaya. Tidak digalak buatnya. Masa tu tau time keretapi barang lalu. kira2 pukul 10 pagi. Ramai2 bergerak ke tepi landasan Kg Tok Seron. Bawa paku atau besi. Letak atas rel keretapi. Tunggu keretapi lalu. Lepas tu pun kutip paku yang sudah 
leper. Balik asah dan buat hulu. Jadilah pisau mainan.

HARI CUTI DAH TIBA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari jumaat dan sabtu cuti yang cukup bermakna masa sekolah rendah dulu. Bangun pagi mandi dan sarapan. Bersiap dengan seluar pendek dan singlet atau T shirt. Kalung lastik kat leher. Dalam poket seluar ada batu kecil sebelah dan sebelah lagi isi dengan mainan musim tu. Guli ka, getah ka, tiket bas ke, kotak rokok ka. Cari geng mula la main. Pukul 11 ramai2 pergi tepi pengkalan sungai tunggu air pasang. Mandi dan berenang sepuas2nya. Balik makan tengah hari. Keluar rumah lagi. Sambung main lagi. Petang sikit kumpul ramai2 lagi main ganas sikit macam main toi kandang atau orang panggil juga polis sentery. Petang lagi main bola. Dekat maghraib baru balik. Mandi dan pergi madrasah. Tengak pula apa main yang sesuai. main sembunyi2 ka. Balik terus tidor tak sedar diri.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KAPAL SABUT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menuai sudah habis. Air penuh ditakung sementara menunggu musim padi. Angin petang menghembus dan riak air berkocak indah. Mula bina kapal sabut dengan layar dibuat dari upeh pinang. Belakang kapal letak kayu nipis sebagai kemudi. Lumba kapal sabut dengan kawan2. Cari juga seludang kelapa untuk dilayarkan tapi tak boleh nak buat layar. Tak sama dengan kapal sabut yang bvergerak laju ditiup angin

Ahad, 7 Oktober 2012

MENGUROI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
 Bertujuan untuk mengasingkan padi yang berisi dengan hampa padi dan daun2 padi ya bercampur dengan padi. Alat bulat yang dijalin dengan buluh  diikan dengan tiga tali dan berpasi kepada tiga batang buluh atau kayu. Memerlukan 2 orang untuk menjalankan aktiviti ini. Seorang akan menceduk padi dengan tin minyak tanah dan dituang dalam alatan ini. Seorang lagi akan mengoyang alat itu supaya padi akan jatuh melalui lubang alat itu. Aktiviti ini memerlukan bantuan angin. Selalunya dibuat di tanah lapang atau di tengah bendang. Bila angin tak ada berhenti sekejab. Bila angin datang sambung kerja. Hampa akan berterbangan jauh dan tinggal padi yang bersih yang akan diisi dalam guni dan dibawa ke jelapang padi.Aktiviti yang dilakukan selepas menuai.