Padi dipukul dalam tong padi. Jerami diletak kiri kanan tong. Satu tong kalau kena cara boleh dapat 2 guni sekali. Tak semua padi terlerai dari tangkai yang dipukul. Lepas itu adalah geng perempuan ketuk padi yang baki2 tu. Alatan dibawa ialah bakul, plastik baja untuk alas jerami yang dipukul, kayu dalam 2 kaki. Jerami akan diketuk dan terlerailah padi yang masih ada. Dapat tak banyak. Tapi berkat rajin mereka dapat juga seguni dua buat dimakan atau dijual. Memang orang tua2 dulu tak mau duk saja. Ada saja kerja nak dibuat.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Sabtu, 23 Jun 2012
KETUK PADI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Padi dipukul dalam tong padi. Jerami diletak kiri kanan tong. Satu tong kalau kena cara boleh dapat 2 guni sekali. Tak semua padi terlerai dari tangkai yang dipukul. Lepas itu adalah geng perempuan ketuk padi yang baki2 tu. Alatan dibawa ialah bakul, plastik baja untuk alas jerami yang dipukul, kayu dalam 2 kaki. Jerami akan diketuk dan terlerailah padi yang masih ada. Dapat tak banyak. Tapi berkat rajin mereka dapat juga seguni dua buat dimakan atau dijual. Memang orang tua2 dulu tak mau duk saja. Ada saja kerja nak dibuat.
Padi dipukul dalam tong padi. Jerami diletak kiri kanan tong. Satu tong kalau kena cara boleh dapat 2 guni sekali. Tak semua padi terlerai dari tangkai yang dipukul. Lepas itu adalah geng perempuan ketuk padi yang baki2 tu. Alatan dibawa ialah bakul, plastik baja untuk alas jerami yang dipukul, kayu dalam 2 kaki. Jerami akan diketuk dan terlerailah padi yang masih ada. Dapat tak banyak. Tapi berkat rajin mereka dapat juga seguni dua buat dimakan atau dijual. Memang orang tua2 dulu tak mau duk saja. Ada saja kerja nak dibuat.
Rabu, 20 Jun 2012
KAPUR TULIS
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Papan hitam atau hijau guna kapur tulis. Ada yang warna putih ada warna-warna. Edaran kapur tulis adalah terhad. Tiap kali ketua kelas boleh ambil 2 batang saja kat pejabat. Habis pi ambil 2 batang lagi kat office boy. Kalau cikgu tak ada ambil peluang berlagak jadi cikgu tulis kat papan hitam.

Jumaat, 15 Jun 2012
TIN MILO
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tin MILO kosong banyak gunanya zaman budak-budak. Buat simpan guli dan usung sana-sini bawa pi main. Kalau nak buh kat poket penuh la.Sesekali goncang. Merancang bunyi. Suka bukan main. Habis musim guli simpan tin dan bila tiba musim orang main lain bawa keluar pula. Heran ya macam mana musim bermain budak2 dulu macam pusingan. Lepas jemu main ni seminggu dua, tukar mainan lain. Mahu budak la usung tin MILO kosong sana sini. Tentu malukan.
Tin MILO kosong banyak gunanya zaman budak-budak. Buat simpan guli dan usung sana-sini bawa pi main. Kalau nak buh kat poket penuh la.Sesekali goncang. Merancang bunyi. Suka bukan main. Habis musim guli simpan tin dan bila tiba musim orang main lain bawa keluar pula. Heran ya macam mana musim bermain budak2 dulu macam pusingan. Lepas jemu main ni seminggu dua, tukar mainan lain. Mahu budak la usung tin MILO kosong sana sini. Tentu malukan.Selasa, 12 Jun 2012
PAK NJANG DARUS AND HIS TYPEWRITER
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini cerita pak njang aku. Dia keja RIMV (sekarang JPJ). Dia buat kerja sampai malam.Masa tu kan banyak nak urus dengan JPJ pakai borang tu ini. Nak kena taip pulak. Aku tengak ramai orang datang minta tolong dia taip kat rumah dia belakang Panggung De Luxe tu. Macam ofis la rumah dia waktu malam. Ramai tunggu kat ruang tamu tunggu giliran. Dia memamg cekap menaip. Sambil borak mata layan tetamu tangan terus taip. Kalau musim raya Cina banyaklah dapat buah limau, kuih bakul dan kueh sepit.

Sabtu, 9 Jun 2012
IKAN NAIK DARAT
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jalan masuk ke kampung aku kiri kanan adalah sawah. Bila padi sudah ditanam banyak ikan darat. Bestnya selepas hujan lebat. Ikan akan melompat batas jalan. Bila tak lepas terkodek2 lah kat atas batas. Banyak ikan haruan dan ikan puyu. Bila lalu jalan waktu tu seronoklah tangkap ikan yang terkodek2 atas batas jalan.

Selasa, 5 Jun 2012
PANGGUNG SKY
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Panggung yang tiketnya paling murah kat alor star. Belakang 40 sen depan 25 sen. Terletak dekat panggung Rex. Ada satu lagi panggung wayang dalam ini. Tayang gambar Cina saja. Di kelilingi tembok ada ada kedai dan pusat mainan dalam tu. Ada mainan bola patung kayu, billiard, dan mainan ala pesta cuba dapatkan rokok dengan machine. Ada satu kedai jahit populat kat situ. Tak lupa nama diaSingapore Tailor. Tempat tempat seluar panjang. Panggung ni tayang gambar lama2. Cerita cowboy dan cerita2 spy. Dinding panggung ni tiga suku saja. Bahagian atas terbuka. Tak la panas sangat.

KC 4415
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Abah aku ada lori. Sebijik macam nie. Inilah punca rezeki kami sekeluarga. Pagi abah pi, petang atau kadang2 malam baru balik. Ada port untuk cari sewa. Kat market pas tu pindah kat pekan melayu, kat kilang ice kat pekan Cina.Ada juga trip jauh sampai ke Tampin atau Pahang bawa barang pindah. Aku kalau cuti2 suka juga ikut. Ini peluang mnakan angin jauh-jauh. Kusyen panjang plastik buat lapik duduk. Duduk sajalah. Mana berani tertidur sebab tak ada pintu. Kadang2 curi2 juga bawa keliling rumah. Bila rosak teruk lama juga tersadai bawah rumah. Akhirnya jual juga kat keling botoi.

Ahad, 3 Jun 2012
SIANG BAWANG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tradisi masyarakat kampung masa kenduri kahwin masih ada di kampung2. Ianya berlaku sehari sebelum majlis kenduri. Awal pagi kaum hawa dah berkumpul di rumah kenduri. Bawa pisau untuk kerja persiapan untuk masak esok hari. Termasuklah kupas bawang besar, bawang merah, bawah putih. Ada juga satu pihak lagi akan membersihkan ayam untuk digoreng. Pihak lelaki pula akan sibuk mendiri khemah dan angkat pinggan mangkok dari stor. Makan pagi seperti roti canai dan roti benggali dan kuieh disediakan oleh tuan rumah. Dalam pukul 11 pagi nasi disediakan simple2 saja. Asam pedas dengan cabai tumbuk dan ulam2 dan ikan tamban kering .dah menyelerakan.

Ahad, 27 Mei 2012
BERKELAH TEPI BENDANG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila dibagitau nak baut berkelah hari ni. Hepi benar. Bukannya nak pi pantai mana2 pun. Nak makan tengahari tepi bendang saja.Masakan simple2. Tok akan buat la gulai sikit, ikan kering, sambal dan ulam2 kampung. Kami hampar tikar mengkuang tepi bendang. Bawa periuk nasi, periuk gulai dan pinggan, makan ramai2.Ditiup angin sepoi2 laju ja makan. Pas makan baring di situ denga tiupan angin boleh terus terlelap

Selasa, 22 Mei 2012
PETI NYANYI @ GRAMAPHONE
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Peti nyanyi dulu besar dan berat. buat dari komponen besi.Guna piring hitam besar untuk dengar lagu. Nak mula kena pulas encho macam cerita Anak ku Sazali masa P Ramlee pasang kat Zaiton. Tok wan aku ada satu. Sempat juga dengar piring hitam tu. Akhirnya aku nampak serombong peti nyanyi yang besat tu dijadikan sarang tempat ayam mengerm telor. Sayanggggg. Lepas zaman tu ada juga peti nyanyi yang kecik2 sikit. Kemudian baru ada ada tape recorder yang guna dua tape. Satu kosong dan satu lagi untuk gulung tape yang berpusing tu. Kalau ada tape recorder hebatlah sebab boleh rakam orang cakap. Pasang balik dan gelak ramai2.

Ahad, 20 Mei 2012
KACANG PUTEH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada keling jual kacang kat stesesn bas lama tu. Dia akan junjung meja berkaki empat di mana ada petak2 beberapa jenis kacang. Laungan dia " kacang puteh, kacang puteh". Lepas tu dia turunkan meja yang dijunjung bila ada orang minta nak beli. Dia bubuhlah dalam kelongsong kertas surat khabar. Ada kacang kuda, kacang sepat, kacang tanah goreng dan macam2 lagi.
Khamis, 17 Mei 2012
REMPIT
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bukanlah perkara baru. dulu pun ada ada generasi rempit ni. Selalaunya hari jumaat iaitu bila ramai2 konvoi nak pergi tempat picnic itu ada juga yang merempit dengan honda cc 70 saja. Kalau malam tu kat keliling bulatan wan jah. Pusing keliling bulatan tu saja. Tapi bising sangat dengan ekzos yang telah diubahsuai. Ada dengar cerita depa letak syilling 50 sen di bulatan tu. Siapa boleh ambik duit sambil korner baring dikira pemenang. Ramai juga yang cium tar kat situ kerana tak dapat kawal motor. Bila polis datang berselerak lari.

Rabu, 16 Mei 2012
GAMBAQ LAMA ALOR STAR
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak sangat gambar berselerak dalam facebook Gambaq lama Alor Star. Bagi mudah layan nostalgia lama kat alor star aku cuba buat klip untuknya. Moga mudah untuk dikongsi
Khamis, 10 Mei 2012
KELING BOTOL
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Botol! botol! botol! botol. Laungan orang india yang datang nak beli botol. Orang kampung panggil orang India sebagai Keling. Keling botol naik basikal keliling kampung untuk beli botol2. Masa tu tak de la yang nak beli surat khabar lama atau besi buruk. Emak2 pun gempar anak2 jangan emrayau rata2. Jumpa keling botol nanti kena kerat kepala. Botol yang putih cerah ada harga sikit. Botol yang warna kurang sikit harganya. Jual juga tin minyak nyior atau minyak tanah. Masa tu boleh juga nak beli barang yang murah2 macam coklat ka bawa botol pi tukar ngan barang di kedai Tok Ah tok Ee,

Isnin, 7 Mei 2012
RADIO MALAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Radio telah mengalami evolusi yang pantas. Dulu mulanya radio pakai beteri ketul besar sebesar kotak kasut. Pakai plug cucuk ke bateri. Bila dah nak abis bawalah jemur kat panas matahari. Bolehlah pakai lagi. Masa ni dipanggil radio Malaya kerana singapura masih dalam malaya. Antara rancangan menarik satu rancangan oleh Radio singapura. Lupa rancangan tu tapi ingat di host oleh Jah lelawati. Lainnya rancangan langsung ulasan bola sepak. Khusuk semua pasang telinga. mana ada tv masa tu. Kadang2 curi dengar siaran propaganda Parti Komunis Malaya. Lepas tu baru datang bateri lampu picit. Jemur juga bila bateri dah nak lemah. Ada beteri cap badak, everyday pun dah ada masa tu. Radio pun mula datang dengan saiz yang agak kecil dari dulu.

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)