Ahad, 27 Mei 2012

BERKELAH TEPI BENDANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila dibagitau nak baut berkelah hari ni. Hepi benar. Bukannya nak pi pantai mana2 pun. Nak makan tengahari tepi bendang saja.Masakan simple2. Tok akan buat la gulai sikit, ikan kering, sambal dan ulam2 kampung. Kami hampar tikar mengkuang  tepi bendang. Bawa periuk nasi, periuk gulai dan pinggan, makan ramai2.Ditiup angin sepoi2 laju ja makan. Pas makan baring di situ denga tiupan angin boleh terus terlelap

Selasa, 22 Mei 2012

PETI NYANYI @ GRAMAPHONE

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Peti nyanyi dulu besar dan berat. buat dari komponen besi.Guna piring hitam besar untuk dengar lagu. Nak mula kena pulas encho macam cerita Anak ku Sazali masa P Ramlee pasang kat Zaiton. Tok wan aku ada satu. Sempat juga dengar piring hitam tu. Akhirnya aku nampak serombong peti nyanyi yang besat tu dijadikan sarang tempat ayam mengerm telor. Sayanggggg. Lepas zaman tu ada juga peti nyanyi yang kecik2 sikit. Kemudian baru ada ada tape recorder yang guna dua tape. Satu kosong dan satu lagi untuk gulung tape yang berpusing tu. Kalau ada tape recorder hebatlah sebab boleh rakam orang cakap. Pasang balik dan gelak ramai2.

Ahad, 20 Mei 2012

KACANG PUTEH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada keling jual kacang kat stesesn bas lama tu. Dia akan junjung meja berkaki empat di mana ada petak2 beberapa jenis kacang. Laungan dia " kacang puteh, kacang puteh". Lepas tu dia turunkan meja yang dijunjung bila ada orang minta nak beli. Dia bubuhlah dalam kelongsong kertas surat khabar. Ada kacang kuda, kacang sepat, kacang tanah goreng dan  macam2 lagi. 

Khamis, 17 Mei 2012

REMPIT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bukanlah perkara baru. dulu pun ada ada generasi rempit ni. Selalaunya hari jumaat iaitu bila ramai2 konvoi nak pergi tempat picnic  itu ada juga yang merempit dengan honda cc 70 saja. Kalau malam tu kat keliling bulatan wan jah. Pusing keliling bulatan tu saja. Tapi bising sangat dengan ekzos yang telah diubahsuai. Ada dengar cerita depa letak syilling 50 sen di bulatan tu.  Siapa boleh ambik duit sambil korner baring dikira pemenang. Ramai juga yang cium tar kat situ kerana tak dapat kawal motor. Bila polis datang berselerak lari.

Rabu, 16 Mei 2012

GAMBAQ LAMA ALOR STAR

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak sangat gambar berselerak dalam facebook Gambaq lama Alor Star. Bagi mudah layan nostalgia lama kat alor star aku cuba buat klip untuknya. Moga mudah untuk dikongsi

Khamis, 10 Mei 2012

KELING BOTOL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Botol! botol! botol! botol. Laungan orang india yang datang nak beli botol. Orang kampung panggil orang India sebagai Keling. Keling botol naik basikal keliling kampung untuk beli botol2. Masa tu tak de la yang nak beli surat khabar lama atau besi buruk. Emak2 pun gempar anak2 jangan emrayau rata2. Jumpa keling botol nanti kena kerat kepala. Botol yang putih cerah ada harga sikit. Botol yang warna kurang sikit harganya. Jual juga tin minyak nyior atau minyak tanah. Masa tu boleh juga nak beli barang yang murah2 macam coklat ka bawa botol pi tukar ngan barang di kedai Tok Ah tok Ee,

Isnin, 7 Mei 2012

RADIO MALAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Radio telah mengalami evolusi yang pantas. Dulu mulanya radio pakai beteri ketul besar sebesar kotak kasut. Pakai plug cucuk ke bateri. Bila dah nak abis bawalah jemur kat panas matahari. Bolehlah pakai lagi. Masa ni dipanggil radio  Malaya kerana singapura masih dalam malaya. Antara rancangan menarik satu rancangan oleh Radio singapura. Lupa rancangan tu tapi ingat di host oleh Jah lelawati. Lainnya rancangan langsung ulasan bola sepak. Khusuk semua pasang telinga. mana ada tv masa tu. Kadang2 curi dengar siaran propaganda Parti Komunis Malaya. Lepas tu baru datang bateri lampu picit. Jemur juga bila bateri dah nak lemah. Ada beteri cap badak, everyday pun dah ada masa tu. Radio pun mula datang dengan saiz yang agak kecil dari dulu.

Sabtu, 5 Mei 2012

BOLA KERTAS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sejenis mainan kreatif budak dulu2. Nak beli mainan mungkin tak mampu. Jadi cipta sendirila. Guna kottak rokok atau kulit buku lama2. Potong kertas ukuran dua kali 4 inci. Lipat tengah2. Buat 11  keping. siap tulis nombor, konon2 nombor jersey pemain la. Buat dua set guna kertas berlainan. Bola dibuat dari kertas pembalut dalam kotak rokok. Susun pemain2 tu atas lantai atau meja tulis, Tekan kertas yang dekat dengan bola sehingga cubaan ke gol. Otak budak dulu jalan taklah mengharap game  yang dibeli dari kedai saja

Khamis, 3 Mei 2012

SARAPAN PAGI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mana ada kedai kopi untuk sarapan pagi di kampung dulu. Nak sarapan kena buat sendiri. Tidak pun tunggu mamak jual roti. Tak kiralah Keling Hamid Burut ka keling jab ka. Tu pun lewat sikit baru sampai sebab depa mai jalan kaki dari Simpang Kuala sambil junjung bakul roti. Jadi kaum ibu kena sedia sendiri nak makan awalnya. Menu ikut la. Cucuk kodok ka, cucuk udang ka, pekga nyiok ka, Tidak pun sedia kuih petang sebelumnya seperti lopis, bengkang, lengat pisang. Nak berat sikit pulut ikan kering atau nasi lemak. Nak makan roti canai pun kena buat sendiri. Tak tertelan nak makan roti canai kat kedai kerana masa tu yang buat roti canai orang India mana ada orang melayu buat roti canai masa tu

Isnin, 30 April 2012

TITI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sungai merentasi kampung aku. Ada 4  titi utama. Dulu semua kayu atau buluh. kini dah ditkar kepada titi batu. Titi tok mat bilal, titi dekat rumah aku, titi jasin dan titi pak lang md khir. Masa mula nak buat titi macam2 cerita. Orang tua2 menakutkan budak-budak supaya jangan melilau sorang tengah hari nanti cina kerat kepala untuk ditanam bawa titi tu. Apa lagi tak merentikla budak2 kat tempat buat titi tu. Kat titi dekat rumah aku tu ada bangsal tempat pak long tuhid tinggal. Dia jadi macam jaga lah pada barang2 kontraktor. Kami rajin juga melangut kat bangsal dia. Dengar dia bercerita sebab dia duduk sorang diri saja.

TERBEY

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lastik tu kita budak kampung panggil terbey, Kita buat sendiri dengan batang jambu yang ada shape Y tu,  Pelapiknya sama ada pelidah kasut kulit atau kulit bola yang dah rosak  Getah dari tayar dalam basikal.Banyak guna lastik masa tu. Tentulah yang pentingnya untuk lastik burung. Lainnya untuk lastik buah-buah seperti setol,pauh, mempelam yang tinggi-tinggi. Ada juga untuk lawan lastik tin susu. Hebatnya lastik akan digantung di leher keliling kampung. Dalam poket berat dengan batu2 yang nak dijadikan peluru.

HALAU BURUNG TIAK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim padi masak setahun sekali telah tiba. Petani sudah berkira-kira untung yang bakal diperolehi hasil padi. Burung tiak, punai dan chok padi mula la banyak menyerang tanaman padi. Tok aku akan pasang tin2 kosong minyak tanah dan minyak kelapa di tengah bendang dan disambung dengan tali hingga ka pelantaq rumah. Orang-orang dengan baju kurung lusuh pun banyak dipasang. Kami akan duduk di pelantaq dan sesekali menarik tali. Bisinglah bunyi tin tu dan burung2 pun terbang lari bercempera.

Khamis, 26 April 2012

STADIUM TOK MAT SEMBILAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kali ini aku nak cerita tempat wajib kami berkumpul waktu petang untuk bermain bola. Sebidang tanah yang tak sama. Beralun tinggi rendah. Di tengah2 ada pokok Kote Mamak yang besar. Ada juga beberapa kubang bekas kerbau berkubang. Padang tu tak ikut ukuran sebenar padang bola pun. Bagi menggelak rumah Pak Long Choh Tongkang dan rumah Pak Ngah Kadir, tiang gol dipacak mengiring. Dekat rumah pak ngah kadir ada pokok Halban, Garisan padang pun tak ada. Bola keluar pakai sama2 setuju saja, Tak penah ada pengadil. Masa main sesekali bola tertendang tinggi kenalah buah kote mamak, jatuh dan kutip makan. Sesekali bola tertendang kena para dapur pak long choh. Berderang bunyi benda jatuh. Mulalah ingat2kan supaya lebih hati2 sepak bola. Sabar betul pak long choh tak pernah tinggi suara atau tunjuk muka marah pun.Suasana main riuh rendah tak kira umor. Tua muda join sekali. Tak penah nak gaduh atau masam muka. 

Rabu, 18 April 2012

JOM PI KL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Selain keretapi, bas ekspresslah transport.Naik kapal terbang tak bau la masa tu.. Ada 3 saja syarikat yang sedia servis bas ke KL.MARA EKSPRESS, berpusat di stesen bas mara. KOTA EKSPRESS berpusat di Kota Sarang Semut dan ambik penumpang dekat stesen Bas Mara. TUNJANG EKSPRESS berpusat di Jitra dan ambik penumpang di Alor Star. Kalau musim raya berebutlah booking tiket. Kalau tak dapat alamat balik KL tumpang Lori Surat khabar utusan atau lori sayur atau berdiri naik keretapi. Rasa2 dah tak ada bas ekspress kota dengan tunjang ekspress ni.

ALOR STAR ERA 80 AN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Di upload oleh Creeman dalam facebooknya. Dikongsi untuk kenangan dulu-dulu.Kelihatan masjid Zaher dan valai Besar, Beberapa tempat yang pernah ditulis dalam catatanku dulu. Stesen basa Kubang Pasu, Gunung dan Langgar transport. Stesen keretapi Tanjung Bendahara Alor Star, Tempat darai dan pondon berkumpul waktu malam menanti customer, Hotel Samila yang kira hebat masa tu dan banyak tempat lain di era tu.