Setiap minggu cikgu kelas sekolah rendah aku adakan pertandingan kasut bersih dan cantik. Hadiahnya cumalah pensil, pembaris atau pemadam. Tapi kesannya hebat. Memang jaga sungguh. Duk pun jauh2 dengan kawan takut terpijak. Kapur jangan cakaplah. Putih kalau diketuk berdebu putihlah kapur. Masa tu kapur pakai kapur berbuku. Mana ada kapur cair lagi. Ada sorang budak perempuan tu aku ingat lagi nama dia Sabariah batu 2.. Aku selalu kalah dengan dia. Aku rasa kasut dia dibubuh nila kot sebab nampak kebiru2an. Kesannya, aku cukup jaga kasut ke sekolah walaupun dah sampai tingkatan 6. Ada juga kawan yang jeles. Saja2 lalu buat2 tak nampak pijak kat ujung kasut.Aku tau depa cuma nak mengusik. Kena duk jauhlah selalu dengan kawan2 macam tu. Lepas tu gelak pulak ramai2. Tu yang buat sakit hati tu.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Ahad, 26 Februari 2012
KASUT RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kasut raya mahu serba baru. Bila dah sekolah menengah dah tak mahu pakai kasut sepatu. Nampak skema sangat. Abah aku belilah sandal selang. Itu aku rasa macam hebat sangat. Malu saja takut kawan2 kata dah besar pun nak pakai kasut raya lagi. Aku pi tukar beli kasut selipar jepun yang tebal tapaknya. Memang trend masa tu gitu. Memanglah abah aku marah. Tak terkata apa dia. Ada juga keluarga yang beli kasut sekolah dan baju sekolah sebagai kelengkapan raya. Jimat, sebab lepas raya boleh pakai pi sekolah. Pak Long Pie beli kasut sekolah plastic kat anak2 dia untuk raya. Tak payah boh kapur. Lap saja dan ak perlu basuh. Pakai saja budak masa itu. Kalau nak bantahpun dalam senyap saja.
PEREWEN MATI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu ada trend naik basikal pakai perewen mati. Aku tak tau bahasa saintifik dia. Pokoknya ia perlu untuk letak rantai untuk mengerakkan basikal ke hadapan. Guna perewen mati ni membuatkan kayuhan basikal jadi laju. Bila kayuh tak boleh berhenti atau rehat kayuh kerana padel kayuh akan terus berpusing. Kalau terus kayuh basikal jadi laju. Kalau tahan pedal boleh buat perewen mati tu terlucut. Kena berhenti pusing masukkan baliklah. Perewen mati ni lebeh kecil dari perewen biasa. Ada juga penunggang terus buang brek. Nak berhenti pakai brek kaki yang ditahan di tayar depan. Berasaplah kasut dengan debu tanah.

Rabu, 22 Februari 2012
MAK NDAK MINAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mak ndak minah pak ndak arip meninggal kelmarin pada usia 84 tahun. semakin kuranglah orang2 tua kat kampung aku. Mak Ndak yang jalannya dah bongkok masih kuat bekerja. Memang dia banyak membantu sawah mak aku.Selain tu teman borak dan memang selalu datang berembang ngan keluarga aku. Kadang2 datang bermalam teman mak aku. Kali terakhir aku jumpa dia, ada aku sembang tentang moyang aku. Banyak juga dia cerita. Aku tak catat masa tu kerana tiada sedia alat tulis. Aku cadang lepas ni aku nak duk amik semua maklumat lain. Tapi dah terlambat. Al Fatihah

Khamis, 16 Februari 2012
CUCI DAKI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Banyak cara jaga kesihatan masa dulu. Kalau badan berdaki mereka guna sintok untuk gosok badan. Lain dari tu guna juagak sabut kelapa. Masa kecik-kecik selalu kena ugut. Kalau main kotor abah nakgosok dengan sabut kelapa. Memang dia buat pun. Sakit pun turun jugak bendang main selut.

Isnin, 6 Februari 2012
KERETA PERTAMA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Seingat aku kereta pertama milik orang kampung aku ialah oleh Hj. Saad Ayam Tua. Dia dikira orang berada juga. Selain dari sawah dia juga membuka sebuah kedai runcit. Kereta pertama itu tak salah aku morris minor yang signal dia keluar dari sebelah pintu. Lepas tu dia tukar pakai kereta Hillman. Besarlah sikit. Memang bergaya la. Kami budak2 sangat suka ikut belakang bila dia lalu.
Seingat aku kereta pertama milik orang kampung aku ialah oleh Hj. Saad Ayam Tua. Dia dikira orang berada juga. Selain dari sawah dia juga membuka sebuah kedai runcit. Kereta pertama itu tak salah aku morris minor yang signal dia keluar dari sebelah pintu. Lepas tu dia tukar pakai kereta Hillman. Besarlah sikit. Memang bergaya la. Kami budak2 sangat suka ikut belakang bila dia lalu.Kadang2 kejar laju2 dengan basikal. Aku pernah sekali tumpang kereta dia dengan abah aku pi ambil tok wan aku balik Mekah. Aku masih tak lupa tangan aku terkapit kat pintu kereta tu. Maklumlah mana pernah naik kereta. Sakitnya tak terkata hingga pecah kedarah. Tapi tahan sajalah sampai ke Penang takut kena marah…
PAGAR BULUH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa itu kawasan kampung ditanda dengan pagar yang dibuat dari kawad duri atau batang buluh. Di tempat tertentu dibuat pintu masuk. Siang ianya dibuka. Malam ditutup. Apa yang menarik pintu dibuat dari buluh yang diletak secara melintang. 3 atau 4 batang buluh disurung dan ditarik sebagai pintu. Tidak guna kunci pun. Mungkin sebagai syarat saja bahawa ini kawasan kampung aku. Sesiapa masuk tanpa niat yang baik boleh dibelasah. Rumah Tok wan aku ada dua pintu utama. Satu untuk ke sawah dan satu pintu utama untuk keluar ke rumah2 jiran.
Masa itu kawasan kampung ditanda dengan pagar yang dibuat dari kawad duri atau batang buluh. Di tempat tertentu dibuat pintu masuk. Siang ianya dibuka. Malam ditutup. Apa yang menarik pintu dibuat dari buluh yang diletak secara melintang. 3 atau 4 batang buluh disurung dan ditarik sebagai pintu. Tidak guna kunci pun. Mungkin sebagai syarat saja bahawa ini kawasan kampung aku. Sesiapa masuk tanpa niat yang baik boleh dibelasah. Rumah Tok wan aku ada dua pintu utama. Satu untuk ke sawah dan satu pintu utama untuk keluar ke rumah2 jiran.KAWAQ
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Istilah utara yang membawa erti pencuri. Kawaq masa tu tidak merompak. Mereka hanya mencuri tanpa diketahui empunyanya. Antara barang yang dicuri ialah padi, ayam, itik, kerbau (lembu tak ada yang bela masa tu), kambing, basikal (moto cuma rumah Saad Odli). Apa yang heran tu masuk dalam reban curi ayam tapi ayam tak bunyi. Tiba2 cerah satu reban. Ada juga orang nampak kawaq letak padi tengah belakang dan merangkak. Tak ada kawalan Rukun tetangga masa tu. Masing2 buat tanggungjawab sendiri. Aku tengak Tok wan aku dalam pukul 3 pagi akan bawa tongkat satu dan round kawasan dia. Aku pernah tanya Tok wan penah jumpa tak. Dia jawab pernah. Tapi dia buat perjanjian lisan dengan kawaq tu bahawa tidak mengusik kampung laman dia. Aku tanya Tok wan kenal tak. Dia jawab kenal. Bila tanya sapa. Dia sengih saja……

ORANG LUAR
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Penerimaan terhadap orang luar adalah hubungan sosial yang sejagat.Ramai jugak orang muda dari tempat lain yang menumpang dengan saudara2 mereka di kampung tu. Mereka diterima bergaul dan jadi kawan2 rapat dengan semua orang. Zaman tu Hamzah anak pak lang aku dari Lepai duk dengan tok wan aku. Pak Razak Spg empat Tasek dan Pie Telok Bagan duk rumah aku. Saad tikus dari Sg. Tiang duk dengan Pak long drani, Rahim dua ketul duk dengan Ya itik. Hasan dan Hussin (kembar) dari Lepai duk dengan Pak su Md. Zain. Mie dok dengan saad tok Siak. Yeh dan det Tok Noor Bukit Tembaga duk dengan pak Yob. Jalil duk rumah siah tok bilal. Bahar dari Taiping duk rumah Tok Teh BangCha. Din sg. Tiang ada duk dengan chu ariff. Ada juga sorang duk tumpang rumah Din Siam. Aku tengak depa ni pandai bawa diri dan menyesuaikan diri dan bermain bersama2 remaja kampung. Walaupun pada masa itu keluarga yang ditumpangi bukanlah dari kumpulan berada tapi rezeki tuhan tetap ada untuk semua.
Sabtu, 4 Februari 2012
HANTU ...DI MANA-MANA HANTU...
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Cerita pasal hantu pada zaman kanak-kanak sangatlah menakutkan. Orang tua rajin bercerita hantu kepada anak-anak dengan tujuan supaya tidak keluar rumah pada waktu malam. Banyak juga cerita-cerita hantu yang dijumpai di kampung kami. Cerita Man dondoi pi beli mee kat bini jumpa hantu lari lintang pukang. Bila balik serah tali yang diguna untuk bungkus mee tapi bungkusan mee dah jatuh entah di mana (masa tu mana ada plastik lagi, diikat dengan tali batang pisang atau tali jerami). Cerita Pak Ali menarik padi dengan anok balik tengah malam lalu jumpa hantu tinggi galah dan kepala besar tong bersandar kat pokok kelapa rumah mak njang mah. Pak Ali demam seminggu. Lekatlah gelar Pak Ali tong-tong. Cerita sapa entah jumpa hantu berguling-guling kat jalan dekat kubur lama tepi rumah Maddan. Cerita hantu perempuan berbaju putih berdiri kat titi rumah tok bilal. Cerita hantu kat pokok nyior tiga. Cerita pak lang md noh jumpa orang berserban hijau kat alor pie. Keadaan kampung yang belum terima bekalan elektrik lagi masa tu tentu saja kampung sangat gelap dan menakutkan. Masa tu tak timbul anak-anak muda keluar rumah waktu malam sebab takut hantu. Bagus juga macam tu .....

Sabtu, 28 Januari 2012
Bubur asyura
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masak bubur asyura adalah antara upacara sosial penting di kampung masa dulu. Bila tiba hari yang ditentukan berpakatlah mereka membawa apa saja bahan yang boleh dibuat bubur. Bangsal rumah tok wan aku antara pot untuk masak. Semua berkumpul di situ.Perempuan bersiang bahan. Lelaki nyalakan api dan sediakan kawah. Bahan-bahan dikacau dengan pengayuh perahu. Bila masak kami tadahkan tempurung yang telah dicuci bahagian dalamnya atau daun pisang. Daun kelapa,daun nipah atau kulit siput panjang digunakan sebagai camca. Ramai2 berjamu selera dan kemudiannya diagihkan kepada semua yang datang bergotong royong.

Rabu, 25 Januari 2012
APA HEBATNYA ....................
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang selalu bertanya," apa hebat sangat kampung hang tu.....". Memanglah aku kena kata hebat sebab itu kampung aku. Antaranya.
Nama kampung aku kg. Keriang Pulau bukan Pulau Keriang. Maknanya taklah dikelilingi laut. Cuma kelilingnya dulu2 dengan pokok keriang.
Jalan masuk ke kampung tu satu2 jalan lebuh raya yang dibuka untuk masuk tanpa tol
Satu masa dulu dikenali juga dengan nama Kg Batu Timbul bila orang luar tertipu dengan keujudan batu timbul.
Dulu dikatakan ada ramai juga pekebun sayur bangsa cina di kampung itu tapi akhirnya semua berpindah keluar dengan tipu helah orang kampung yang memaksa secara halus supaya keluar
Ada satu jerat Cina di situ dari zaman entah bila.Sekarang sudah tidak aktif.
Dari cerita2 kampung aku dimulakan oleh moyang aku Tok Saman yang berasal dari Mata Ayer, Perlis yang berpindah semasa Perang Bisik dan meneroka rimba di situ sehingga menjadi kampung dan sawah.
Lebih hebatnya di situlah aku belajar tentang kehidupan budak kampung
Orang selalu bertanya," apa hebat sangat kampung hang tu.....". Memanglah aku kena kata hebat sebab itu kampung aku. Antaranya.Nama kampung aku kg. Keriang Pulau bukan Pulau Keriang. Maknanya taklah dikelilingi laut. Cuma kelilingnya dulu2 dengan pokok keriang.
Jalan masuk ke kampung tu satu2 jalan lebuh raya yang dibuka untuk masuk tanpa tol
Satu masa dulu dikenali juga dengan nama Kg Batu Timbul bila orang luar tertipu dengan keujudan batu timbul.
Dulu dikatakan ada ramai juga pekebun sayur bangsa cina di kampung itu tapi akhirnya semua berpindah keluar dengan tipu helah orang kampung yang memaksa secara halus supaya keluar
Ada satu jerat Cina di situ dari zaman entah bila.Sekarang sudah tidak aktif.
Dari cerita2 kampung aku dimulakan oleh moyang aku Tok Saman yang berasal dari Mata Ayer, Perlis yang berpindah semasa Perang Bisik dan meneroka rimba di situ sehingga menjadi kampung dan sawah.
Lebih hebatnya di situlah aku belajar tentang kehidupan budak kampung
Khamis, 19 Januari 2012
QARI DAN QARIAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ustaz Nayan ialah guru Quran yang mengajar di madrasah kampung. Kebolehan istemewa ustaz nayan ialah kemampuan dia mengajar membaca quran untuk qari dan qariah yang ingin menyertai pertandingan membaca Quran. Ramai yang telah berjaya peringkat daerah dan negeri. Pelajar2nya datang dari kampung2 sekitarnya. Antara pelajarnya Nab Hussien dan Ramli Man Siah dari kampung aku. Zainab Ahmad (kawin dengan kawan aku cikgu Basiron) dan Abdul Shukur dari Telok Bagan. Mansor Ahmad dari Tok Seron (sekarang pensyarah IPTB). Selepas ustaz abis mengajar kami, dia memberi tumpuan kepada qari dan qariah ini dari segi bacaan, tajuid dan lagu. Masa itu aku lihat qari dan qariah ini gigih datang belajar walaupun masih kanak-kanak sekolah rendah dan jauh dari kampung aku.

Isnin, 16 Januari 2012
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Anak dara jangan duk dibendul tangga nanti tak dapat jodoh. Jangan duk atas bantal nanti naik bisul Jangan jahit butang baju di badan nanti susah bersalin. Logiknya: Nanti tercucuk badan baru tau .
Masa kecik-kecik kita selalu diingatkan tentang pantang larang. Bila saja kita melakukan sesuatu yang pada pandangan orang tua yang tidak sesuai, maka kita diingatkan tentang pangang larang.
Anak dara jangan menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua
Logiknya: Bila leka menyanyi nasi nanti hangit. Masa tu mana ada dapur nasi elektrik. Lagipun kalau leka menyanyi kuat-kuat tentu tak manis orang luar dengar. Tambah pulak kaalu ada orang nak datang meminang. Masa tu mana masyarakat mana boleh terima itu. Kalau lebih2 dia kata jangan duk “hewan” sangat.
Logiknya: Takut kain yang dipakai terselak ditiup angin.
Logiknya: Bantalkan untuk letak kepala waktu tidur. Tak eloklah diletak punggung kat situ.
Jangan bersiul waktu malam nanti ular masuk rumah.
Logiknya: Waktu malam orang nak solat dan baca Quran.
Jangan langkah kulit kerang lepas berkhatan nanti bentan.
Logiknya: Tak galak kita jalan jauh-jauh takut luka tak baik. Rumah dulu-dulu banyak ditabur kulit kerang dan kepah untuk elak lecah. Maknanya susah nak jalan jauh-jauh kerana mesti terlangkah kulit kerang.
Jangan lambung bayi waktu senja nanti disampuk setan.
Logiknya: Waktu senja cahaya samar-samar takut bila lambung bayi tak nampak masa nak sambut. Takuttak Nampak terus jatuh nanti.
Jangan gigit kain nanti gigi luruh.
Logiknya: Masa budak kitakan suka gigit ujung kain. Nanti koyaklah kain tu kalau selalu digigit.
Begitulah cara orang tua-tua kita dulu mendidik anak cucu. Halus tapi cara mengawal dengan sopan.
Sekarang tak dengar lagi pantang larang itu disebut lagi. Kalau disebutpun budak-budak sekarang gelak saja. Tentu depa kata tak logik.
Khamis, 12 Januari 2012
LIGAN PUYUH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ligan bahasa utara membawa maksud kejar. Satu hari lepas hujan kami ramai2 pakat nak pi ligan puyuh kat bendang. Caranya ialah dengan membuat bising hingga puyuh terkejut dan mulalah kejar.
Puyuh tak terbang jauh. Bila dia mendarat dia akan cuba menyembunyikan kepalanya dalam rumput dan nampak punggungnya saja. Masa tu lah kita cekup dia. seronok gak ikut ligan puyuh dengan berlari2 dalam sawah yang dah mula ditakung air tu, Sekarang orang dah ternak puyuh buat bisnes.

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)