Isnin, 19 September 2011

Salasilah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bagi anak cucu / cicit Tok Mala dan Tok Aroff yang berminat untuk mendapat salinan salasilah yang dipapar di blog ini boleh muat turun.
Sila klik di sini         http://www.mediafire.com/?3z0h2zppgliy74a
Saya juga cuba membuat dalam bentuk rajah. Bagi yang berminat,
Sila  klik di sini      http://www.mediafire.com/?sr1zv1w3o471iki

SALASILAH ASAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Naskah asal salasilah ini ditulis dalam tulisan jawi. Ianya tidak tersusun melainkan dalam bulatan-bulatan kecil untuk menceritakannya. Naskah asal ada dalam simpanan Hj. Md Hasbullah Batu 2 dalam lampiran kertas yang besar. Salinan salasilah ini saya perolehi dari abang Md. Hasbullah pada tahun 1986. Ada saya simpan dalam "frame" di rumah emak saya, tapi baru-baru ini dipinjam oleh Abang Halim. Dipercayai naskah ini ditulis oleh Nik Wan atau diamanahkan kepadanya. Dipercayai juga naskah ini diserahkan kepada Nik Adam kerana beliau seorang sahaja dari ahli keluarganya yang keluar dari Pattani supaya hubungan kekeluargaan tidak putus. Dipercayai salasilah ini ditulis sekurang-kurangnya oleh 3 orang iaitu Nik Wan, Nik Adam dan Wan Hamid atau anaknya Wan Yusuff berdasarkan tulisan dan mata  pen berbeza yang digunakan.

Ahad, 18 September 2011

SALASILAH HAJI AROFF DAN WAN MALA BINTI NIK ADAM

Daripada bahasa raja-raja di negeri Pagar Ruyong tanah jawa dan keturunan daripada datuk di negeri Pattani Pacaduyung menjadi raja di dalam negeri Liburi. Ayah  anak raja Pagar Ruyong dua. Seorang bernama Raden Adis dan Raden  Ados panglima laut. Asal anak raja Pagar Ruyong tujuh orang anak lelaki.
Inilah salasilah yang ditaruh bagi anak cucu boleh tahu asal keturunan bagi tok nenek kita dan segala ibu- bapa di sebelah negeri Pattani.
Perjodohan Mekong keluarga nama Nik Jusof itu perjodohan Raja Lankir dan Raja Siburi. Pertamanya nama nenek kita Nik Teh. Anak Nik Teh itu dua orang seorang nama Mekun Ku Li dan seorang lagi nama Nik Man dan Nik Man itu ada kuburnya di negeri ini tempat kampungnya Kampong Langgar dan sok pihak Nik.
Anak Mekun Ku  Li dan Nik Teh Nir ada anaknya bernama Nik Ku Li dan Nik Birtan – dan Nik Teh itu tidak diketahui akan kuburnya dalam Negeri Jening – bapanya Nik Man itu boleh jadi wali. Dan Nik Man itu anaknya lima orang lelaki seorang perempuan namanya Nik Yam dan anak yang tua sekali nama Nik Teh (L) dan Nik Mat dan Nik Hem dan Nik Dek dan Nik Wan – dan Nik Teh itu ada seorang anak lelaki nama Nik Soh dan Nik Mat itu ada seorang anak lelaki nama Nik Adam - Nik Dek itu tidak ada anak – dan anak Wan itu ada seorang anak nama Nik Lah dan Nik Hem itu ada anak lelaki dua orang nama Nik Mat dan Nik Soh di kampong juga,
Nik Man Kuburnya di sini Kampung Masjidnya. Nik Hem itu tempat duduknya Negeri Jening Kampung Cuku.
Dan Nik Mat itu ada anak perempuan tiga orang – salah dari tiga ada anak nama Shir. Anak Nik Mat kuburnya ada duduk berlabau daie – ibunya Nik Tam yang sudah diubat berlindung dan Nik Man itu ada bersamanya. Ibu Nik Adam bernama Sir Sahari. Tempat ibu bapanya di negeri Lankir di Kampar Risak Tamagin. 
Kepada Sannah tahun seribu tiga ratus lima- Haji Wan ada keluar negeri Siburi Wakatabah. Nik Adam ibnu Al- Marhum Nik Man boleh aku simpan taruh selama-lamanya. Di sini nama Nik dipanggil Wan takut jadi rahsia. Dan anak Adam itu pada negeri Kedah lima orang lelaki dan dua perempuan. Anak yang tua nama Ahmad dan ke 2 nama Hamid itu haji ketiga dua lelaki nama Hassan kabir Hussin, keempat nama Ibrahim dan perempuan itu Ishah ke 5. Inilah titik bagi anak boleh dibubuh laki-laki buat ini bagi anaknya:-
        Nik Abd. Hamid bin Nik Adam bin Nik Mat bin Nik Man bin Nik Teh  yang berasal daripada Raden Adis atau Raden Ados iaitu anak Raja Pagar Ruyong negeri jawa yang dilantik menjadi raja Negeri Siburi Pattani iaitu yang bernama Raden Adis dan Raden ada yang tersebut itu.
Anak perempuan Nik Adam yang kedua dan tidak disebut dalam salasilah ini ialah Wan Mala. Anak bongsu Nik Adam  Hasil perkahwinan Wan Mala dengan Aroff bin Shafie(haji) berasal dari Lepai, Hutan Kampong. Kuburnya di Tandop dan kubur Wan Mala di Lepai. Dikurniakan 6 orang anak. Sulung Haji Shafie, Kedua Harun, ketiga Haji Mustaffa, keempat Che Bashah, kelima Md. Noor dan keenam Rokiah.
Inilah titik bagi anak boleh dibubuh laki-laki buat ini bagi anaknya:-

Sabtu, 17 September 2011

MAIN GASING

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim gasing tiba, semua budak-budak kampung mesti miliki satu gasing sekurang-kurangnya. Gasing sebelah utara tak sama seperti yang dimainkan di Pantai Timur.. Ia dibuat dari kayu halban, jambu atau kayu baru. Ada saiz kecil adal saiz besar. Mula main gasing ada dua cara. Satu dengan cara ambil "jit" iaitu masing-masing cuma mainkan gasing dan disambut dengan tangan. Mereka yang lambat akan dikira kalah dan kena meletakkan gasingnya ke dalam bulatan untuk di "pangkah". Satu cara lagi ialah dengan membuat garisan berbentuk " i " besar dan siapa yang dapat membuat tanda hampir dengan garisan dikira menang. Main gasing boleh ambil masa yang lama selagi masih ada gasing yang berpusing dan keluar dari garisan. Kalau gasing berpusing dan jatuh dalam garsan dikira "mati" . Kenalah letak di dalam garisan untuk di pangkah oleh pemain yang masih hidup.

Rabu, 14 September 2011

KICAUAN BURUNG-BURUNG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ke mana hilang kicauan burung-burung dulu. Masa abah aku buat nira banyak burung merbah dan burung punai. Bising kat hutan nipah tu. Burung murai berkicau riuh kat Aloq Pak Long Pie. Burung gut-gut kat pengkalan tok Aroff. Burung Gembala Kerbau kat sawah dan kat kilang bihun kepala batas. Kini semua hilang dek pembangunan. Anak-anak kecil tak kenal lagi burung-burung ini.

SIPUT KEMUDI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu siput kemudi boleh didapati dengan banyak dari ban sungai. Ada masa2nya samap lebih satu guni baja. Siput ni mudah dicari sebab dia duduk berpasangan. Tak termakan la pula kerana jumlahnya banyak.Hari ini siput2 itu tak ditemui lagi di ban2 itu. Hilang begitu saja seperti hilangnya ikan tembekung di sungai-sungai kampungku. Kalau memancing di sungai masa tu sakit hati bukan main kerana ikan tembekong itu saja yang makan umpan. Bukan boleh makan pun ikan tu.

CHAN PAK YA GUSI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pagi kelmarin 14/9/2011 Atan Minah Usop call aku beritahu berita kematian. Dia maklumkan Chan Pak Ya Gusi sudah kembali ke rah matullah. Memang dia dah lama sakit. Masa kecik dan remaja memanglah dia selalu datang ke rumahku. Lepas kawin dia bawa lori. Al Fatihah

Isnin, 12 September 2011

Pak Long Derani

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Long Derani ada sangkut saudara mara dengan keluarga aku. Watak unik juga di kampung masa tu. Selalunya awal pagi dia datang borak rumah aku. lepas kena kopi secawan dia balik. Dia kemudian berbasikal ke Simpang kuala untuk membeli keperluan harian keluarga. Di Simpang kuala kita boleh jumpa dia di kedai kopi cina. Memang ramai pengunjung melayu masa tu. Mereka akan minum kopi dalam cawan 888 dan terus berborak. Boleh kata ketagih kopi juga kerana setiap hari mesti pergi ke kedai kopi tersebut. Pak Long Derani juga kadang2  datang juga rumah aku waktu malam untuk berborak.

KETUPAT RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 4 jenis ketupat raya di kampungku. Ada ketupat pulut daun palas, ketupat palas pulut hitam, Ketupat pulut daun ibus dan ketupat nasi.  Ketupat pulut daun palas dah jadi kemestian. Ketupat pulut hitam rumah-rumah tyertentu saja buat. Chu Lat selalu buat. Aku paling suka ketupat pulut daun ibus yang tok aku buat. Cara balutannya 4 segi  tidak 3 segi seperti ketupat pulut biasa.Kkalau aku nak makan ketupat daun ibus, aku minta chu Lat buat. Hari raya mesti dia simpan kat aku. Cara orang tua-tua pastikan ketupat tahan lama ialah dengan mengantungkannya.

Jumaat, 19 Ogos 2011

GENG RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Menjelang raya masa kanak-kanak dulu kami sudah membentuk geng untuk pergi beraya. Ada geng lelaki dan geng perempuan. Ahli geng ni tak boleh terlalu ramai. Takut tuan2 rumah tak layan.
Seorang ketua akan muncul. Ketua berhak terima atau tolak sesiapa saja dari jadi ahlinya. Strategi diatur rumah siapa jadi tumpuan dan rumah mana nak elak. Rumah tumpuan dapat duit rayalah. Masa tu 5 sen atau 10 sen  saja. Kalau dapat 20 sen kira hebatlah. Pagi raya dengan pakaian segak bergeraklah dari satu rumah ke satu rumah. Pungut duit raya. Dapat duit raya habis beli mercun atau ais krim batang atau cawan. Tau-tau saja tokeh ais krim. Berkumpul penuh keliling order ais krim. Kira hebatlah sebab beli duit sendiri.

Selasa, 16 Ogos 2011

MERCUN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Raya datang lagi. Tak meriah raya tanpa bunyi mercun. Masa dulu ada beberapa jenis mercun. Tapi bunyi sangat kuat. Mercun kecil kami panggil mercun lada. Satu papan ada 20 biji. Ada yang berani pegang masa main.tunjuk terra. Kebas gak jari. Keduanya mercun bunga, 20 biji sepapan. Bunyinya kuat, Kalau kena tangan kebas bukan main2 sakit. Ketiganya mercun bom. Ini besar. Lebih kurang besar 2 jari. Bunyinya kuat. Kanak-kanak kecik main bunga api yang pemegangnya besi.

PENGANTIN BERPERAHU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Abang Cha memang menggunakan perahu untuk mencari rezeki. Bila tiba masa untuk berkahwin dia bagi idea nak belarak dengan perahu. Tak pernah dibuat orang sebelum tu.ni. Hari kenduri meriah.Ramai orang kampung berbaris sepanjang sungai untuk majlis tu. Perahu dihias dengan bunga-bunga dan hiasan indah.Pengantin disambut dengan gendang. Bertambahlah meriah.

KELAS DEWASA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu ada kelas dewasa untuk orang tua2 di kampung aku. Sekitatar awal tahun 60an. Kelas tu diadakan di tingkat bawah madrasah. Kelas tu macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Penuntutnya semua perempuan separuh umur dan tua. Antara pelajar masa tu mak njang mah, mak cik aishah, kak azizah, chu lat, siah pak ali dan ramai lagi. Kelas tu memang lah tak serius. Ada yang bawa anak kecik dan cucu. Tambahan pula ada antara pelajar kaki latah. Semakin riuh rendahlah. Fokus ajaran cikgu ialah untuk membolehkan mak cik2 ni membaca. Sukatannya macam darjah satu. Mengeja, membatang dan membaca..
Memanglah lucu tengak orang tua belajar membaca. Apa yang patut dipuji ialah semangat untuk mendapat ilmu yang tinggi di kalangan warga tua.

Khamis, 11 Ogos 2011

PELITA MENJELANG RAYA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tradisi dulu2 pasang pelita minyak tanah keliling rumah
nampak meriah bila semua rumah buat camtu
Pemuda2 lak pakat pasang sepanjang jalan masuk ke kampung
diketuai oleh syid tok bilal and famili
dulu buat pelita ngan botol liminate
cari kepala tiup basikal masuk tali guni rendam dalam botol kira jadilah
atau tin-tin cara yang sama
meriam buluh pun riuh rendah la masa nie
tak pasti lak
pesta pelita malam raya ni ada ke tak
ramai dah tukar ke lampu letrik
dan lampu kilp klap

Ahad, 7 Ogos 2011

TARRAWIH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bulan puasa disambut meriah di kampung
Surau yang agak lenggang sebelum ini akan mula penuh dengan jamaah
Kanak-kanak pun memilih tarrawih sebagai cara berkumpul malam
Sesekali dengarlah hilai kanak-kanak berjenaka
Marah juga orang tua-tua kerana tak khusuk sembahyang
Yang faham buat tak kisah saja
cuma ditegur2, nama pun budak-budak
Moreh sangat ditunggu-tunggu
Menurut mak aku tahun ini belum ada satu moreh lagi
Jamaahnya ramai mencecah 200 orang
Mungkin semua ambil sikap tunggu dan lihat
Bila sesuai nanti adalah moreh tu