Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Acara sukan dulu lebih banyak bersifat kumpulan. Sekarang banyak individu. Banyak2 pun 4 orang. Acara dulu ada yang antara 8 hingga 12 orang satu kumpulan. Acara individu ada lari 50 meter untuk darjah 1-3. Lari 75 meter untuk darjah 4-6. Acara kumpulan ada lari galah panjang, Lari dalam guni berganti-ganti, Baling bola dalam timba. Lari kaki gergasi, Berjalan dengan buluh sigai atau kayu yag dipaku pelapeknya. Kemuncaknya lawan tarik tali la.
Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Isnin, 26 Mac 2012
Sabtu, 24 Mac 2012
BALAI KENDURI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Orang sekarang dah tak buat balai untuk orang makan masa kenduri. Dulu, seminggu sebelum kenduri orang dah sibuk buat balai. Potong pokok kelapa buat pelapek atau batang pinang buat tiang. Ada yang cari buluh untuk buat tempat sandar di keliling balai, Batang ibus ditumbuk dibuat tali sebagai ikatan buluh2 tu.Ada tangga. Lantai disusun papan. Masa budak2 seronok lari atas balai sebab berbunyi. Nanti dengarlah orang tua2 marah. Malam kumpul ramai2 tidur atas balai. Cari pokok kelapa mana yang sesuai untuk panjat dan ikat loud speaker macam serombong tu.Hari kenduri bersiang daging atas balai. Pekena pulut ikan kering lepas tu. Tetamu datang bersila atas balai. Makanan dihidang dalam talam. Lepas kenduri balai akan dibiar sehingga seminggu baru akan diruntuhkan.

Rabu, 21 Mac 2012
SUASANA PANGGUNG EMPIRE
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Di sini tempat tayangan filem2 hindustan. Kadang2 satu filem boleh bertahan di panggung ni sampai 2 bulan. Sambutan hebat. Ada orang tengak sesuatu filem 3 @ 4 kali. Suasana hari sabtu cukup happening. Ramai orang beratur dan merebut2 nak beli tiket. Ular Air iaitu penjual tiket secara gelap pun berkeliaran. Di sebelah kanan panggung ada Laman penjual ubat berbangsa Siam. Antara dialog dia" Cacing lambu(rambu) tak kira sapa. Tunku Laman (merujuk Tuanku Abdul Rahaman PM masa tu) pun dia kolek (korek). Ke tengah sikit ada Ba Cina ni jual air batu macam2 perisa yang dibubuh dengan ice dalam flask air. Ke kiri ada mamak Bersin jual mee tonggek. Tak der meja. Order makan, pandai2lah bertenggek makan. Dipanggil mamak Bersin kerana setiap kali dia goreng mesti orang bersin. Mungkin bau cabai yang digunakan tu. Di depannya kedai seberang ada jual Laksa dan bihun sup. Tumpang kedai Cina. Sebelah tu pekan Rabu tempat kunjungan orang luar yang datang ke Alor Star untuk dapatkan dodol dan Kueh Karas dan kueh2 tradisional.

Isnin, 19 Mac 2012
KUGIRAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kugiran memang hiburan hebat masa tu. Kenduri kat kampung aku ada sekali tu panggil kugiran main. Kenduri rumah Harun posmen. Kumpulan tu nama Express 5. Muzik intro dia bunyi keretapi. Gamatlah kampung malam tu. Tu lah kali pertama dan terakhir kenduri main kugiran. entah mengapa. Mungkin orang-orang tua kampung tak boleh terima masa tu

Isnin, 12 Mac 2012
PEKAN SIMPANG KUALA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Simpang trafic light sekarang ni menghala ke Alor Mengkudu di situ ada deretan kedai berbumbung atap senurop. Di situ ada orang jual ikan dan sayur-sayuran waktu pagi. Agak sibuk juga. Sebelah petang ada jual mee roda tiga. Tak salah aku mamak tu nama Ghani atau pembantu dia tu yang nama Ghani. Satu kerusi panjang diletakkan untuk duduk sambil order makan. Memang laku betul mee dia. Pembantu dia tu masih kecil . Tak salah aku di peringkat awal sekolah menengah. Memang lama aku tengak dia kerja dengan sabar. walaupun aku nampak kadang2 dia kena marah dengan tokeh dia. Tak menjawab pun. Tak lama dulu aku nampak pembantu dia ni. Dah jual sendiri mee tu. Tentu dia dapat resepi dari tokeh dia tu. Itulah berkat sabar.

Ahad, 11 Mac 2012
BAS NOMBOR..... 516
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Perkhidmatan bas dulu dikendalikan syarikat tertentu. Alor Star- Butterworth (kiata orang utara panggil Bagan) oleh UTC, Alor Star - Changloon oleh Kubang Pasu Transport. Alor Star -Kuala kedah oleh Kuala Kedah Transport.. Ke Sungai Tiang oleh MARA. Alor Star- Kuala Nerang oleh langgar transport. Kemudia barulah ada Bas bandaran yang beroperasi sekitar bandar.Dari kampung aku kami guna UTC transport. Bas UTC kami kenal dengan nombor2 tertera. Ada yang aku dah lupa nombor atau mungkin aku silap sebutkan nanti. No 516 Alor Star - Bagan yang hanya berhenti di stesen2 besar saja. 517 Bagan - Bukit Mertajam. Sg Petani- Alor Star bas no 2 background warna biru. Gurun alor star no 3 warna hijau. Simpang empat- alor star no 4 background warna putih. Tokai- Alor star no 8, Pendang- Alor Star no 6. Tunggulah bas kat simpang jalan sambil gawang tangan. Kalau penuh driver akan golek tangan. Budaya masa tu. Tunggulah basa lain pula.

Jumaat, 9 Mac 2012
HANKYU JAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Supermarket pertama yang hebat kat Alor Star. Adalah dalam 4 tingkat kot. Supermarket pertama yang pakai lift. Peraq abislah orang nak naik lift.Seronok juga tengak orang tua2 naik lift kali pertama. Macam2 ragam. Budak pompuan pun kalau boleh keja kat hankyu jaya hebatlah rasa dengan uniform seragam.. Sini pulak orang berpusu-pusu naik tutun lift. Geng remaja bukan nak beli apa pun. Suka naik lift saja.

HARI SABTU
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Hari Sabtu hari yang ditunggu remaja dulu-dulu. Hari untuk keluar ke pekan Alo Star. Hari buat date. Hari tengak wayang. Hari membeli belah. Kenderaan masa tu bas sajalah. Tak banyak motor lagi. Tunggulah bas tepi jalan. Datang satu penuh. Tunggu lagi. Tempat tumpuan atau lepak ialah stesen bas. Pusing ronda keliling bandar. Hari satu juga time tengak gambar hindustan kat panggung Empire. Ular Air atau penjual tiket black market pun banyak. Alang2 yang keluar jauh2 mesti beli juga. Kata panggung Royal ada cheap mantenee iaitu tayangan murah. selalunya gambar2 lama. Tu pun kena beli tiket kat Ular Air. Hari Sabtu sesak bandar. dengan orang mundar mandir. Time nak mengorat pun masa ni juga.Ramai juga yang dapat pasangan dan terus kawin.

Khamis, 8 Mac 2012
HALAU NYAMUK
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Nyamuk akan keluar waktu senja hingga ka awal pagi. Sabut atau longgokan sampah akan dibakar di bawah rumah supaya asap naik sampai ke atas rumah. Dulu-dulu rumah bertiang dan jarang rumah lantai simen. Mungkin kerana kerap banjir. Satu cara lagi ialah dibakar jamong yang dibuat dari daun kelapa, Daun kelapa kering diberkas dengan kemas dan dibakar ujungnya. Abah selalu bakar jamong dibawa keliling rumah. Bukan setakat nyamuk, seisi rumah pun lari keluar rumah kerana bau asapnya. Malam tu tidur nyenyak tanpa degungan nyanyian nyamuk di telinga.

Isnin, 5 Mac 2012
KASUT TEMPURUNG
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kasut yang digunakan dari tempurung dipilih dari tempurung jantan. Tempurung jantan ialah sebelah dari tempurung ada lubang atau mata. Tali dimasukkan di lubang tu agak paras dada. Bahagian bawah diikat kayu supaya ia tidak terkeluar. Nak berjalan kenalah tanpa pakai kasut kerana kita kena gunakan ibu jari kaki untuk mengepit tali dan terus melangkah. Kalau masa tanah becak masa sesuai guna kasut tempurung. Sekolah masa dulu pernah ada cara ini pada hari sukan sekolah.

KAKI BULUH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Berjalan guna kaki buluh memang menyeronokkan. Apa yang perlu ialah dua batang buluh. Buluh sebesar pergelanggan tangan dari jenis buluh duri sangat sesuai. Buluh akan dipotong lebih kurang 8 kaki atau lebih. Ranting akan dibuang kecuali sekaki di bahagian bawah yang dikenali sebagai sigai yang digunakan sebagai tempat letak kaki. Cara main ialah satu kaki akan diletak atas sigai dan diikuti kaki satu lagi.Kadang2 kami guna perdu kelapa untuk mula naik. Lepas dah naik kita perlu melangkah dengan hati2 dan perlu pandai imbang badan supaya tidak jatuh. Langkah lebih besar boleh dilakukan apabila kita sudah mahir gunakannya.

Ahad, 26 Februari 2012
Kampung Keriang Pulau Memori
Setiap minggu cikgu kelas sekolah rendah aku adakan pertandingan kasut bersih dan cantik. Hadiahnya cumalah pensil, pembaris atau pemadam. Tapi kesannya hebat. Memang jaga sungguh. Duk pun jauh2 dengan kawan takut terpijak. Kapur jangan cakaplah. Putih kalau diketuk berdebu putihlah kapur. Masa tu kapur pakai kapur berbuku. Mana ada kapur cair lagi. Ada sorang budak perempuan tu aku ingat lagi nama dia Sabariah batu 2.. Aku selalu kalah dengan dia. Aku rasa kasut dia dibubuh nila kot sebab nampak kebiru2an. Kesannya, aku cukup jaga kasut ke sekolah walaupun dah sampai tingkatan 6. Ada juga kawan yang jeles. Saja2 lalu buat2 tak nampak pijak kat ujung kasut.Aku tau depa cuma nak mengusik. Kena duk jauhlah selalu dengan kawan2 macam tu. Lepas tu gelak pulak ramai2. Tu yang buat sakit hati tu.
KASUT RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kasut raya mahu serba baru. Bila dah sekolah menengah dah tak mahu pakai kasut sepatu. Nampak skema sangat. Abah aku belilah sandal selang. Itu aku rasa macam hebat sangat. Malu saja takut kawan2 kata dah besar pun nak pakai kasut raya lagi. Aku pi tukar beli kasut selipar jepun yang tebal tapaknya. Memang trend masa tu gitu. Memanglah abah aku marah. Tak terkata apa dia. Ada juga keluarga yang beli kasut sekolah dan baju sekolah sebagai kelengkapan raya. Jimat, sebab lepas raya boleh pakai pi sekolah. Pak Long Pie beli kasut sekolah plastic kat anak2 dia untuk raya. Tak payah boh kapur. Lap saja dan ak perlu basuh. Pakai saja budak masa itu. Kalau nak bantahpun dalam senyap saja.
PEREWEN MATI
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu ada trend naik basikal pakai perewen mati. Aku tak tau bahasa saintifik dia. Pokoknya ia perlu untuk letak rantai untuk mengerakkan basikal ke hadapan. Guna perewen mati ni membuatkan kayuhan basikal jadi laju. Bila kayuh tak boleh berhenti atau rehat kayuh kerana padel kayuh akan terus berpusing. Kalau terus kayuh basikal jadi laju. Kalau tahan pedal boleh buat perewen mati tu terlucut. Kena berhenti pusing masukkan baliklah. Perewen mati ni lebeh kecil dari perewen biasa. Ada juga penunggang terus buang brek. Nak berhenti pakai brek kaki yang ditahan di tayar depan. Berasaplah kasut dengan debu tanah.

Rabu, 22 Februari 2012
MAK NDAK MINAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mak ndak minah pak ndak arip meninggal kelmarin pada usia 84 tahun. semakin kuranglah orang2 tua kat kampung aku. Mak Ndak yang jalannya dah bongkok masih kuat bekerja. Memang dia banyak membantu sawah mak aku.Selain tu teman borak dan memang selalu datang berembang ngan keluarga aku. Kadang2 datang bermalam teman mak aku. Kali terakhir aku jumpa dia, ada aku sembang tentang moyang aku. Banyak juga dia cerita. Aku tak catat masa tu kerana tiada sedia alat tulis. Aku cadang lepas ni aku nak duk amik semua maklumat lain. Tapi dah terlambat. Al Fatihah

Langgan:
Catatan (Atom)