Rabu, 9 November 2011

TELUR KURA-KURA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Masa kecik aku pernah ikut pak cik noor aku pi cari telur kura-kura. Kami pi cari dekat jerat cina. Kura-kura suka mengorek lubang untuk bertelur di busut-busut kubur Cina. Bila dapat balik direbus. Aku pun dah lupa rasanya macam mana . Macam telur penyu la kot.

TIKAR MENGKUANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu2 mana ada karpet. Tikar getah pun jarang2 nampak.  Jadi orang dulu-dulu menganyam tikar mengkuang sendiri. Ada beberapa tempat untuk ambil mengkuang. Dekat jerat Cina, dekat bendang chut dan dekat padang tok mat sembilan. Sekarang semua dah tak da kot. Pembangunan. Mengkuang diambil dilayor dengan api dan dibuang duri direndam dalam telaga untuk satu tempoh. Diraut guna pisau khas supaya ikut saiz yang dikehendaki. Dijemur untuk sekian lama ditumbuk dengan alu barulah dianyam. Aku tengak di satu sudut rumah tok aku tu bertimbun tikar yang dah siap dianyam. Akan digunakan untuk majlis kenduri dan yang dah buruk akan diguna untuk jemur padi.

Ahad, 6 November 2011

GUNTING RAMBUT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada dua orang tukang gunting rambut masa aku budak2 dulu. Pak Lang Napiah dengan Pak Ya panjang.Tak da pun kedai tetap. Selalunya pergi rumah depa tau mereka datang ke rumah bila dijemput. Kerapnya kat Pak lang Napiah la. Kadang2 tengek kat tunggul pokok nyior atau atas belantar basikal tua atau kerusi. masa tu tak pandai komplen banyak. Bila abah bawa  ikut saja tak berani nak demand macam budak2 la nak style itu dan ini.  Selalunya jadi fesyen tudung periuk la. Siapla seminggu kena perli ngan kawan2. Bila besar sikit dan sekolah menengah baru pi kedai india kat Tandop atau Kedai Regal kat simpang Kuala. Kalau nak raya dengan nak buka sekolah que la. mamak siap pasang siaran radio dia dengan lagu dia. Kuat la tu. Sama kuat sembang2 dia dengan kawan2 tukang gunting dia. Tapi itu uniknya sampai sekarang aku suka gunting kat kedai india.

Sabtu, 5 November 2011

KAPAL HAJI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim haji dulu menggunakan kapal laut. Ambil masa 3 bulan pi dan balik 3 bulan. Siapa yang terpilih ke mekah
kena buat persediaan awal. antaranya tong sara. Dalamnya akan diisi dapur, kuali, periuk, pinggan, beras dan keperluan masak.Dulu2 atas kapal jamaah masak sendiri. Antara kapal laut tu namanya Malaysia Raya. Dalam kapal yang banyak tingkat tu ada dinamakan kampung ikut nama buah. Kampung durian, rambutan dan sebagainya. Saya sempat naik kapal tu masa tok wan balik dari mekah. Memang besar. Mengikut cerita tok wan atas kapal ada banyak masa untuk belajar ilmu agama. Bila balik dari mekah masa tu mesti beli kot. Segaklah jamaah kita balik dengan kot dan songkok masa tu.

Rabu, 2 November 2011

MAIN JENGKEK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 2 jenis jengkek. Satu jengkek biasa dan satu lagi jengkek kapal terbang. Jengkek biasa ialah mengunakan  garisan kotak dari 6 atau 9 kotak. selalunya 6 saja. Jengkek kapal terbang macam bentuk kapal terbang. "Gunung" selalunya dari tembikar digunakan untuk permainan ini. Gunung akan dibaling mulai kotak 1 dan ditendang perlahan-lahan  dari satu kotak ke satu kotak dengan cara menjengkek dengan satu kaki dan pastikan kaki kena pada gunung setiap kali jengkek ke kotak baru. Bila sampai ke kotak ke 5 baru boleh letak kedua-dua kaki atas gunung. Lepas kotak ke 6 ditolak keluar dengan kaki hingga keluar garisan dan dipijak lagi. Baru mula kotak kedua dan seterusnya sehingga abis ke enam-enam kotak tu. Kalau gunung semasa ditendang ke kotak-kotak itu terkena garisan dikira "mati". Selepas tu masuk peringkat kedua. Mata dipejam dan pandang ke atas dan melangkah dengan 2 kaki dari satu kotak ke satu kotak dengan menyebut "adaka" iaitu tanda tak pijak garisan. Kalau pijak garisan dikira mati. Jengkek kapal terbang dimain hampir sama.

Ahad, 30 Oktober 2011

MAINAN KITA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Mainan budak-budak dulu lebih kreatif dari budak sekarang. Mainan lebih kepada fizikal, mental dan emosi. Maini membentuk budaya bersosial dan berdasarkan pada bahan kitar semula atau alam semula jadi. Mainan sekarang lebih kepada individualistik.
1. Mainan kong basikal. Alatannya kong basikal dan sebatang kayu diletak di tengah2 rim kong basikal dan digolek ke sana -sini.
2. Mainan kereta tin 1.  Alatannya buluh dan tin susu. Buluh di belah separuh dan tin diletak di tengah2 menjadi roda kereta ditolak ke sana sini.
3. Mainan kereta tin 2,  Alatannya kayu atau buluh,  tali dan 2 tin susu. Buluh diletak di tengah2 lubung tin susu. Tali diikat di hujung kiri kanan ting menjadi stering untuk belok kanan atau kiri.
4. Mainan anak patung. Buat dari sapu tangan dan kalau nak besar buat dengan kain batik.
5. Mainan guli dari buah gorah.
6. Mainan guli kaca. Buat bulatan pakat sorang berapa biji. Kemudian tuju kalau keluar jadi milik kita, kalau sangkut kira "bom". abis giliran. Ada juga main tuju guli ular. lukis garisan dan tentukan mana kepalanya. Atur guli atas garisan. Tuju kira kena  di mana-mana guli boleh ambil hingga ekornya. Kalau kena kepala, dapat banyak lah
7. Mainan sampan dari sabut kelapa atau seludang kelapa. Hanyut kat sungai atau bendang.
8.Mainan helikopter dari biji getah. Guna bilah ais cream untuk buat kipas
9. Mainan tudung minet. Ketuk bagi leper. lepas tu tebuk 2 lubang dan letak tali gasing. Tarik laju2 letak kat tangan kawan. Kena marahlah pas tu.
10. Mainan tiket bas. Kutip tiket bas dan main sin  kong
11.Mainan tauk urat. Satu garis panjang dibuat. Cari objek yang kita panggil "gunung". selalunya pecahan tembikar atau perewel basikal. Itu ada yang sampai bersarang kat kepala kalau tak berhati-hati. Pemenang dikira siapa dekat dengan urat. lebih dari urat dikiran "bom". Terkeluar dari mainan. Taruhan boleh jadi tiket, tudung minet, tiket, getah, guli.
12. Mainan tuju tin. Tin disusuun macam piramid dan dituju denga bola serolat.
13.Mainan kereta dari kulit limau. Cucuk lidi dan buat tayar dari buah limau juga
14. Main tuju para. Dua bilah ranting kayu direggangkan dengan getah. Letak getah atasnya dan pemain ambil giliran lastik dengan "ibu". Bila getah jatuh dari para kira miliknya. Main sampai habis getah jatuh ke tanah.
          Banyak lagilah mainan budak kampung dulu. Tentu budak laa gelak kalau kita tunjuk kat depa mainan camtu. Mesti depa kata tak tamadun.

LATAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Latah sudah menjadi budaya melayu. Nak dikatak satu penyakit rasanya bukan. Mungkin satu fenomena kebiasaan. Latah di kalangan perempuan terutamanya terjadi pada golongan tua. Namun golongan muda pun ada juga. Latah memnjadi satu hiburan tak langsung masyarakat kampung. Kalau ada majlis seprtri kenduri dengarlah sana-sini orang latah. Kaki mengusik pun ramai. Selalunya orang latah akan mengulang perkataan yang dikatakan kepadanya atau menjawab apa sajaa ditanya orang dalam keadaan terkejut. lebih parah kalau latah sampai lupa diri. Benda-benda tajam kena letak jauh-jauh nanti dia lupa terus dibelasahnya. Mak Njang Mah, Tok Halus pak ya gusi,, Tok Chik, Mak Ngah Esah pak ngah kadir dan beberpa lagi memang kaki latah. Kadang2 perkataan mencarut pun keluar juga. Kalau mula latah kadang2 sampai naik penat diusik kawan2.

Sabtu, 29 Oktober 2011

BELAJAR NAIK BASIKAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Kanak-kanak dulu mana ada basikal mini atau basikal kecik pada peringkat awal belajar naik basikal. Nak naik basikal kena belajar naik basikal orang dewasa. Selalunya basikal yang ada galang besi di tengah-tengah. Masa tu kalau ada basikal Releigh kira hebal laa. Paling banyak basikal tua iaitu yang digunakan kebanyakkan orang kampung untuk mengangkut padi.. Bayangkanlah galang tengah adalah penghalang. Mula belajar mestilah kepit tangan kanan kat galang dan tangan kiri memegang handle. Mana nak boleh terus naik atas sit basikal. Tak sampai kaki. Mula belajar mestilah ada orang ajar. Tolong pegang kat belakang. Kadang-kadang mula dari atas titi. lajulah turun. Silap2 langgar abis pagar duri. Bab luka kat lutut atau siku dah jadi biasa masa tu.Dah cekap baru naik sendiri. kalau dah mula naik tu kira hebatlah. Gila round satu kampung bangga dah boleh naik basikal.

Khamis, 27 Oktober 2011

ATUR SEMAI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Musim menanam dah tiba.. Air sudah penuh di sawah.. Sehari sebelum menanam, Anak semai yang ditanam di petak khas akan dicabut. Samai yang dicabut akan disepak2 dengan kaki supaya tanggal selutnya dan seterusnya akan diikat dengan tali kulit daun bemban. Semai akan diangkut dengan cara dikandar atau dimuatkan dalam anok. Aku ikut juga naik anok. Tok Wan aku tuntun kerbau dan aku akan letaklah 2 ketul satu tempat untuk ditanam esoknya. Esok masa menanamnya beberapa orang yang kurang cekap menanam akan ambil bahagian atur semai.Aku tak lepas peluang ini sebab boleh main2 di sawah tanpa kena marah dengan abah aku kerana tolong tok wan aku atur semai.. Tugas kami ialah bertanggungjawab kepada bebarapa orang yang menanam padi ni antara 4 hingga 5 orang satu kumpulan. Tugas kami hulur semai bila penanam tu dah habis semai yang dihulurkan. Bila habis semai ditangan tu yang seronok tu berlari untuk dapat anak semai yang diatur. Nak dengar gossip memang la banyak. kita budak2 dengar saja tak leh nak campur la. Ada beberapa lelaki pun terra menanam ni. Macam Abang Jan maliah Non. Penanam padi lak macam kak siah bang man, kak azizah, chu lat, kak maliah. toh pandak ariff,, Kak doyah bang cha. Kadang ramai sungguh. Ada cara upah dan cara berderau.

Isnin, 24 Oktober 2011

JERAMI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jerami padi kini terus dibakar selepas musim padi. Orang yang buat sawah dulu mesti ada kerbau untuk bantu di sawah. Ada yang lebih dari 2 ekor. Jerami jadi makanan kerbau. selepas musim padi. Diangkut jerami dengan anok untuk disimpan sebagai bekalan makanan kerbau. Selalunya ada satu bangsal khas untuk simpan jerami. Jerami akan disimpan sampai ke aras bumbung bangsal. Itu stok makanan kerbau untuk setahun. Kena hati-hati ambil jerami yang disimpan dibangsal. Ular sendok pun suka duduk tempat macam ni.

KEMARAU PANJANG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pernah sekali dulu, masa padi ditanam setahun sekali terjadi kemarau panjang. Tanah habis merekah. kalau silap jalan dibendang boleh terperosok kaki dalam rekahan lubang2 tanah tu. Orang kampung mula beriktiar. Setiap petang berkumpul di satu kawasan lapang kat bawah pokok pauh dekat bendang tok hussien. Bersahut-sahutan la buayi tetuang atau serombong dari tanduk kerbau. Ramailah orang berkumpul untuk berdoa dan sembahyang hajat supaya turun hujan supaya padi boleh diusahakan. Bertih juga disediakan untuk alas mulut. Begitulah usahanya sehingga hujan dirahmati semula.

BATU TIMBUL DI KAMPUNG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu kampung ku heboh pasal batu timbul. Ada hamba allah ni bawa balik batu timbul ke kampung. jadi benda pelik la. Ramai orang luar datang berkunjung kerana percaya baru tu ada azimatnya. Jalan masuk ke kampung aku yang kecil tu jadi sesak kereta keluar masuk. Orang kampung aku tak kisah pun nak pergi, orang luar yang banyak datang. Dikorek telaga lagi untuk letak batu dalamnya. Ceduk la air yang kononnya tu ada azimat. Berpeluang la orang kampung nak berniaga, buka parking kereta. Dari duit derma orang ramai yang datang tu sampai pemilik batu tu dapat pergi kat mekah.

GURAU CARA DULU

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Det pak yob memeng penakut. Tau sangat kalau dia balik sembahyang dari surau dia akan menyanyi kuat-kuat. Nak maklum kat orang dia tak takut la atau nak berani kan diri. Satu malam adik aku rahim berselimut putih kat pokok nangka kat pondok aku tunggu dia balik dari surau. macam biasa la dia akan menyanyi kuat-kuat. Sampai saja dekat terus saja adik aku goyang pokok nangka. Apa lagi menjerit lari lintang pukang la.Esoknya dia demam. Kesian dia. Lama2 kami ceritalah kisah sbenarnya. Apa lagi berjela la maki dia. Ha hahahhahaha.

Jumaat, 21 Oktober 2011

IKAN TEMBERAIS, ULAT BULUH DAN ANAK-ANAK

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Blog cikgu Li mehat ada menceritakan tentang ikan temberais ni. Saja nak kongsi cerita. Kami mengail kat alor pak long pie. Caranya mungkin sama saja. Tali batang pisang yang halus digunakan. Kena ada seni nak dapat tali yang halus tu. Umpannya ialah ulat buluh. Anak buluh yang mati dan mulai reput akan ada ulat halus warna kuning dalamnya. Ulat tu akan digentel hingga mati dan diikat dihujung tali. Batang kail guna lidi atau anak-anak buluh. Mengail ikan ni tak boleh kasar kerana dia akan gigit ulat yang menjadi umpan. Kalau lelaki akan guna baju yang dikembangkan dengan tangan kiri kerana tangan kanan untuk kail ikan. Bagi perempuan pulak dikembangkan kain batik untuk kumpul ikan yang dikail. Ikan ini sedap digoreng dengan kunyit. Lain pada tu ada juga kita sauk anak-anak ikan haruan guna kain nipis kat bendang-bandang. Buat goreng sedap.

SENAPANG BULUH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Senapang buluh atau dipanggil juga senapang pok kami guna main perang-perang. Bahan yang diperlukan cuma buluh sebesar ibu jari kaki, kertas atau buah cenerai sebagai peluru. Buluh dipotong dan dibuat satu alu untuk menembak peluru. Kalau ada buah cenerai guna dia. Kalau kena memang pedih. Mail chu Lat sampai cemey mata kena peluru cenerai. Kalau tidak pun guna kertas surat khabar yang direndam, ketuk masuk lubang dan tolong dengan pantas dengan alunya. Bunyi boleh tahan dan sakit pun boleh tahan kalau kena.