Pak Long Derani ada sangkut saudara mara dengan keluarga aku. Watak unik juga di kampung masa tu. Selalunya awal pagi dia datang borak rumah aku. lepas kena kopi secawan dia balik. Dia kemudian berbasikal ke Simpang kuala untuk membeli keperluan harian keluarga. Di Simpang kuala kita boleh jumpa dia di kedai kopi cina. Memang ramai pengunjung melayu masa tu. Mereka akan minum kopi dalam cawan 888 dan terus berborak. Boleh kata ketagih kopi juga kerana setiap hari mesti pergi ke kedai kopi tersebut. Pak Long Derani juga kadang2 datang juga rumah aku waktu malam untuk berborak.Kampung Keriang Pulau terletak 3 km ke bandar Alor Star. Kampung tradisional yang unik dengan ragam dan cerita penduduknya. Masyarakat bersatu padu dengan sejarah perkembangannya yang sangat indah dan mungkin membawa makna mendalam bagi anak jati kampung ini.
Isnin, 12 September 2011
Pak Long Derani
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Long Derani ada sangkut saudara mara dengan keluarga aku. Watak unik juga di kampung masa tu. Selalunya awal pagi dia datang borak rumah aku. lepas kena kopi secawan dia balik. Dia kemudian berbasikal ke Simpang kuala untuk membeli keperluan harian keluarga. Di Simpang kuala kita boleh jumpa dia di kedai kopi cina. Memang ramai pengunjung melayu masa tu. Mereka akan minum kopi dalam cawan 888 dan terus berborak. Boleh kata ketagih kopi juga kerana setiap hari mesti pergi ke kedai kopi tersebut. Pak Long Derani juga kadang2 datang juga rumah aku waktu malam untuk berborak.
Pak Long Derani ada sangkut saudara mara dengan keluarga aku. Watak unik juga di kampung masa tu. Selalunya awal pagi dia datang borak rumah aku. lepas kena kopi secawan dia balik. Dia kemudian berbasikal ke Simpang kuala untuk membeli keperluan harian keluarga. Di Simpang kuala kita boleh jumpa dia di kedai kopi cina. Memang ramai pengunjung melayu masa tu. Mereka akan minum kopi dalam cawan 888 dan terus berborak. Boleh kata ketagih kopi juga kerana setiap hari mesti pergi ke kedai kopi tersebut. Pak Long Derani juga kadang2 datang juga rumah aku waktu malam untuk berborak.KETUPAT RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada 4 jenis ketupat raya di kampungku. Ada ketupat pulut daun palas, ketupat palas pulut hitam, Ketupat pulut daun ibus dan ketupat nasi. Ketupat pulut daun palas dah jadi kemestian. Ketupat pulut hitam rumah-rumah tyertentu saja buat. Chu Lat selalu buat. Aku paling suka ketupat pulut daun ibus yang tok aku buat. Cara balutannya 4 segi tidak 3 segi seperti ketupat pulut biasa.Kkalau aku nak makan ketupat daun ibus, aku minta chu Lat buat. Hari raya mesti dia simpan kat aku. Cara orang tua-tua pastikan ketupat tahan lama ialah dengan mengantungkannya.

Jumaat, 19 Ogos 2011
GENG RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Menjelang raya masa kanak-kanak dulu kami sudah membentuk geng untuk pergi beraya. Ada geng lelaki dan geng perempuan. Ahli geng ni tak boleh terlalu ramai. Takut tuan2 rumah tak layan.
Seorang ketua akan muncul. Ketua berhak terima atau tolak sesiapa saja dari jadi ahlinya. Strategi diatur rumah siapa jadi tumpuan dan rumah mana nak elak. Rumah tumpuan dapat duit rayalah. Masa tu 5 sen atau 10 sen saja. Kalau dapat 20 sen kira hebatlah. Pagi raya dengan pakaian segak bergeraklah dari satu rumah ke satu rumah. Pungut duit raya. Dapat duit raya habis beli mercun atau ais krim batang atau cawan. Tau-tau saja tokeh ais krim. Berkumpul penuh keliling order ais krim. Kira hebatlah sebab beli duit sendiri.
Selasa, 16 Ogos 2011
MERCUN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Raya datang lagi. Tak meriah raya tanpa bunyi mercun. Masa dulu ada beberapa jenis mercun. Tapi bunyi sangat kuat. Mercun kecil kami panggil mercun lada. Satu papan ada 20 biji. Ada yang berani pegang masa main.tunjuk terra. Kebas gak jari. Keduanya mercun bunga, 20 biji sepapan. Bunyinya kuat, Kalau kena tangan kebas bukan main2 sakit. Ketiganya mercun bom. Ini besar. Lebih kurang besar 2 jari. Bunyinya kuat. Kanak-kanak kecik main bunga api yang pemegangnya besi.
Raya datang lagi. Tak meriah raya tanpa bunyi mercun. Masa dulu ada beberapa jenis mercun. Tapi bunyi sangat kuat. Mercun kecil kami panggil mercun lada. Satu papan ada 20 biji. Ada yang berani pegang masa main.tunjuk terra. Kebas gak jari. Keduanya mercun bunga, 20 biji sepapan. Bunyinya kuat, Kalau kena tangan kebas bukan main2 sakit. Ketiganya mercun bom. Ini besar. Lebih kurang besar 2 jari. Bunyinya kuat. Kanak-kanak kecik main bunga api yang pemegangnya besi.PENGANTIN BERPERAHU
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Abang Cha memang menggunakan perahu untuk mencari rezeki. Bila tiba masa untuk berkahwin dia bagi idea nak belarak dengan perahu. Tak pernah dibuat orang sebelum tu.ni. Hari kenduri meriah.Ramai orang kampung berbaris sepanjang sungai untuk majlis tu. Perahu dihias dengan bunga-bunga dan hiasan indah.Pengantin disambut dengan gendang. Bertambahlah meriah.
Abang Cha memang menggunakan perahu untuk mencari rezeki. Bila tiba masa untuk berkahwin dia bagi idea nak belarak dengan perahu. Tak pernah dibuat orang sebelum tu.ni. Hari kenduri meriah.Ramai orang kampung berbaris sepanjang sungai untuk majlis tu. Perahu dihias dengan bunga-bunga dan hiasan indah.Pengantin disambut dengan gendang. Bertambahlah meriah.KELAS DEWASA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu ketika dulu ada kelas dewasa untuk orang tua2 di kampung aku. Sekitatar awal tahun 60an. Kelas tu diadakan di tingkat bawah madrasah. Kelas tu macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Penuntutnya semua perempuan separuh umur dan tua. Antara pelajar masa tu mak njang mah, mak cik aishah, kak azizah, chu lat, siah pak ali dan ramai lagi. Kelas tu memang lah tak serius. Ada yang bawa anak kecik dan cucu. Tambahan pula ada antara pelajar kaki latah. Semakin riuh rendahlah. Fokus ajaran cikgu ialah untuk membolehkan mak cik2 ni membaca. Sukatannya macam darjah satu. Mengeja, membatang dan membaca..
Memanglah lucu tengak orang tua belajar membaca. Apa yang patut dipuji ialah semangat untuk mendapat ilmu yang tinggi di kalangan warga tua.

Khamis, 11 Ogos 2011
PELITA MENJELANG RAYA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
dulu buat pelita ngan botol liminate
cari kepala tiup basikal masuk tali guni rendam dalam botol kira jadilah
atau tin-tin cara yang sama
meriam buluh pun riuh rendah la masa nie
tak pasti lak
pesta pelita malam raya ni ada ke tak
ramai dah tukar ke lampu letrik
dan lampu kilp klap
nampak meriah bila semua rumah buat camtu
Pemuda2 lak pakat pasang sepanjang jalan masuk ke kampung
diketuai oleh syid tok bilal and familidulu buat pelita ngan botol liminate
cari kepala tiup basikal masuk tali guni rendam dalam botol kira jadilah
atau tin-tin cara yang sama
meriam buluh pun riuh rendah la masa nie
tak pasti lak
pesta pelita malam raya ni ada ke tak
ramai dah tukar ke lampu letrik
dan lampu kilp klap
Ahad, 7 Ogos 2011
TARRAWIH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bulan puasa disambut meriah di kampung
Surau yang agak lenggang sebelum ini akan mula penuh dengan jamaah
Kanak-kanak pun memilih tarrawih sebagai cara berkumpul malam
Sesekali dengarlah hilai kanak-kanak berjenaka
Marah juga orang tua-tua kerana tak khusuk sembahyang
Yang faham buat tak kisah saja
cuma ditegur2, nama pun budak-budak
Moreh sangat ditunggu-tunggu
Menurut mak aku tahun ini belum ada satu moreh lagi
Jamaahnya ramai mencecah 200 orang
Mungkin semua ambil sikap tunggu dan lihat
Bila sesuai nanti adalah moreh tu

BIJI JANGGUS
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Buah janggus rasanya pedaq
Makan banyak tak selesa
Apa yang menjadi tumpuan ialah bijinyaBijinya dikumpul
Cari tin minyak kelapa untuk dibuat alas bakar
Beberapa batu diatur letak kayu kering di bawahnya
letak tin atas batu2 tu
letak biji jangus di atas tin
dan api dinyalakan sambil biji janggus dikacau-kacau
Biji janggus akan mengeluarkan minyak dan silap2 api akan naik ke atas tin
dan membakar biji2 janggus
Kena cepat2 pukul ngan kertas atau sabut supaya biji tidak hanggus
Bila dah sejuk baru biji diketuk untuk dapat isi di dalam
rasanya enak lemak
Tak sama dengan yang dijual sekarang
Sabtu, 16 Julai 2011
Mainan Kumbang rumah
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bunyi kumbang yang meresik dengan bunyi kepak yang dikibas2 memang mengasyikkan. Port mendapatkan
kumbang yang popular ialah kat galang geta lantai rumah mak njang Mah. Berbekal botol, penutup botol dan sebilah kayu. Cara menangkap kumbang ini ialah meletakkan mulut botol kat lubang di mana dijangka kumbang ni berada. Kayu diketuk kat galang geta lantai rumah. Kumbang akan keluar dan jatuh dalam botol. Tutup mulut botol. Cari lagi seberapa banyak yang boleh. Lepas tu baru proses peringkat kedua, Cari tin,getah dan perca kain nipis. Botol berisi kumbang ditunggang untuk diperangkap dalam kain perca. Kain perca akan dilekap ke bahagian atas tin dan getah diletak untuk mengetatkan kain pada tin.Maka mulalah berbunyi kumbang-kumbang tu. Bila nampak dia diam, ketuk tin lagi, sambunglah lagi bunyinya. Anak-anak sekarang mungkin tak pernah dengar mainan macam tu.

Sabtu, 9 Julai 2011
Rokok daun
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu orang kampung buat sendiri saja rokok daun. Sekarang tinggal beberapa orang saja yang buat termasuk chu ariff. Pucuk daun nipah dipotong kemudian ditakok berselang-selang untuk dapatkan batang daun, Menggunakan gigi selaput kulit daun pucuk nipah. Daun pucuk nipah dijemur beberapa hari hingga ia bergulung,
Selepas tu barulah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Memang menjadi adat daun rokok dan tembakau diedarkan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Rabu, 6 Julai 2011
MAJLIS BERKHATAN
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu berkhatan buat di rumah. Aku berkhatan 3 orang termasuk sepupu aku dan adik aku. Kami buat di rumah tok wan. Sebelum berkhatan macam2 ceritalah orang tua-tua buat nak mengusik kita. Naik seram. Tiba harinya tok mudim pun datang. Mulalah timbullah rasa cuak. Kami diarak untuk mandi lama-lama kat sungai supaya badan sejuk taklah sakit nanti. Seminggu sebelum tu pun kami dinasihatkan supaya jangan buas sangat nanti banyak turun darah. Tiba saatnya kami disuruh duduk atas batang pisang. Bermulalah acara yang menyeramkan. Selepas selesai semua kenduri dihidangkan. Bermulalah pantang larang untuk kami. Kami tak boleh makan benda goreng. Hanya makan ikan kering tanpa kuah. Bila tidur orang tua2 jaga, takut tidur buas. Ada juga yang buat pasung dengan batang nipah diikat kaki supaya tidur tidak buas. Saat yang menyakitkan ialah bila nak buka balutan luka berkhatan yang dibalut dengan kertas layang-layang. Perit..Kumudian dituamkan dengan air daun inai dan lain2 ramuan. Selang beberapa hari baru dibenar bergerak bebas. Mulalah berjalan dengan memegang tengah-tengah kain ke hadapan. Nakalnya budak-budak lain ialah mengipaskan hidung dan buat muka busuk. Perlilah kononnya tu. Ada pantang lagi, Tak boleh langkah kulit kerang. Heran juga aku. Tapi masa dulu orang suka buang kulit kerang ke tanah supaya tidak lecah.

UM here i come
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku dapat tawaran sebagai guru pendidikan jasmani sekolah menengah di maktab perguruan Temengong Ibrahim, Johor Bharu. Aku pergi seorang diri dengan keretapi. Sebulan lepas tu aku dapat tawaran Universiti Malaya. Bermulalah hidup aku sebagai mahasiswa. Aku tak punyai motor. Untuk ke kuliah aku kena jalan kakilah.. Kadang2 sehari 3@4 kali berulang aliksebab masa kuliah tak menentu. Hidup aku sebagai mahasiswa sangat indah sebab aku sentiasa sibukkkan diriku dengan sukan universiti dan persatuan. Tak sempat nak rasa boring. Penah satu malam aku duduk tepi tasik universiti dengan Yusuf kawan sejak sekolah rendah. kami merenung balik nasib kami. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah kami berdua saja berjaya lanjut pelajaran ke universiti malaya masa tu. Yusuf budak pandai, sedangkan aku dari sekolah rendah hingga menengah hanya pelajar sederhana. Tambahan pula masa aku banyak dihabiskan dengan sukan sepanjang tahun. Bertuah sungguh nasib baik aku kira diri aku ni..
Isnin, 4 Julai 2011
LUMBA KUDA
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu kat Alor Merah dekat mentaloon ada padang lumba kuda.Setahun sekali semua kuda dari tempat2 lain dibawa untuk berlumba. Aku rasa lumba ni ada kaitan dengan judi ekor masa tu.. Aku selalu bonceng basikal tok wan aku . Bawa payung kerana panas. Sukalah tengak kuda berlumba masa tu.. Penah sekali kerana penat bonceng kaki aku terapit kat spork basikal.. Marahlah tok wan aku...parutnya masih ada kat tumit. Sebab tu masa sekolah rendah pergi sekolah pakai seliper saja. Bila sekolah menengah susahlah nak cari kasut. Tumitsebelah tu jadi besar. Lama gak baru boleh sesuai diri.
Ahad, 26 Jun 2011
TENAGA UPAH
Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tenaga upah masa itu ada berbagai cara, Cara upah wang, Berderau dan ambil tenaga luar. Tenaga luar dari Pattani, Kelantan atau Perak. Tok Wan aku memang mempunyai sawah yang banyak, jadi dia upah tenaga dari kelantan dan Pattani. Kumpulan ini datang dalam kumpulan 4 hingga 10 orang. Mereka akan tinggal bersama tuan rumah. Makan minum ditanggung oleh tuan rumah. Habis tugas mereka akan dibayar upah.

Langgan:
Catatan (Atom)