Ahad, 7 Ogos 2011

BIJI JANGGUS

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dekat telaga rumah tok wan aku ada 2 pokok janggus
Buah janggus rasanya pedaq
Makan banyak tak selesa
Apa yang menjadi tumpuan ialah bijinya
Bijinya dikumpul
Cari tin minyak kelapa untuk dibuat alas bakar
Beberapa batu diatur letak kayu kering di bawahnya
letak tin atas batu2 tu
letak biji jangus di atas tin
dan api dinyalakan sambil biji janggus dikacau-kacau
Biji janggus akan mengeluarkan minyak dan silap2 api akan naik ke atas tin
dan membakar biji2 janggus
Kena cepat2 pukul ngan kertas atau sabut supaya biji tidak hanggus
Bila dah sejuk baru biji diketuk untuk dapat isi di dalam
rasanya enak lemak
Tak sama dengan yang dijual sekarang

Sabtu, 16 Julai 2011

Mainan Kumbang rumah

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bunyi kumbang yang meresik dengan bunyi kepak yang dikibas2 memang mengasyikkan. Port mendapatkan
kumbang yang popular ialah kat galang geta lantai rumah mak njang Mah. Berbekal botol, penutup botol dan sebilah kayu. Cara menangkap kumbang ini ialah meletakkan mulut botol kat lubang di mana dijangka kumbang ni berada. Kayu diketuk kat galang geta lantai rumah. Kumbang akan keluar dan jatuh dalam botol. Tutup mulut botol. Cari lagi seberapa banyak yang boleh. Lepas tu baru proses peringkat kedua, Cari  tin,getah  dan perca kain nipis. Botol berisi kumbang ditunggang untuk diperangkap dalam kain perca. Kain perca akan dilekap ke bahagian atas tin dan getah diletak untuk mengetatkan kain pada tin.Maka mulalah berbunyi kumbang-kumbang tu. Bila nampak dia diam, ketuk tin lagi, sambunglah lagi bunyinya. Anak-anak sekarang mungkin tak pernah dengar mainan macam tu.

Sabtu, 9 Julai 2011

Rokok daun

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu orang kampung buat sendiri saja rokok daun. Sekarang tinggal beberapa orang saja yang buat termasuk chu ariff. Pucuk daun nipah dipotong kemudian ditakok berselang-selang untuk dapatkan batang daun, Menggunakan gigi selaput kulit daun pucuk nipah. Daun pucuk nipah dijemur beberapa hari hingga ia bergulung,
Selepas tu barulah dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Memang menjadi adat daun rokok dan tembakau diedarkan kepada tetamu yang datang ke rumah.

Rabu, 6 Julai 2011

MAJLIS BERKHATAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu-dulu berkhatan buat di rumah. Aku berkhatan 3 orang termasuk sepupu aku dan adik aku. Kami buat di rumah tok wan. Sebelum berkhatan macam2 ceritalah orang tua-tua buat nak mengusik kita. Naik seram. Tiba harinya tok mudim pun datang. Mulalah timbullah rasa cuak. Kami diarak untuk mandi lama-lama kat sungai supaya badan sejuk taklah sakit nanti. Seminggu sebelum tu pun kami dinasihatkan supaya jangan buas sangat nanti banyak turun darah. Tiba saatnya kami disuruh duduk atas batang pisang. Bermulalah acara yang menyeramkan. Selepas selesai semua kenduri dihidangkan. Bermulalah pantang larang untuk kami. Kami tak boleh makan benda goreng. Hanya makan ikan kering tanpa kuah. Bila tidur orang tua2 jaga, takut tidur buas. Ada juga yang buat pasung dengan batang nipah diikat kaki supaya tidur tidak buas. Saat yang menyakitkan ialah bila nak buka balutan luka berkhatan yang dibalut dengan kertas layang-layang. Perit..Kumudian dituamkan dengan air daun inai dan lain2 ramuan. Selang beberapa hari baru dibenar bergerak bebas. Mulalah berjalan dengan memegang tengah-tengah kain ke hadapan. Nakalnya budak-budak lain ialah mengipaskan hidung dan buat muka busuk. Perlilah kononnya tu. Ada pantang lagi, Tak boleh langkah kulit kerang. Heran juga aku. Tapi masa dulu orang suka buang kulit kerang ke tanah supaya tidak lecah.

UM here i come

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku dapat tawaran sebagai guru pendidikan jasmani sekolah menengah di maktab perguruan Temengong Ibrahim, Johor Bharu. Aku pergi seorang diri dengan keretapi. Sebulan lepas tu aku dapat tawaran Universiti Malaya. Bermulalah hidup aku sebagai mahasiswa. Aku tak punyai motor. Untuk ke kuliah aku kena jalan kakilah.. Kadang2 sehari 3@4 kali berulang aliksebab masa kuliah tak menentu. Hidup aku sebagai mahasiswa sangat indah sebab aku sentiasa sibukkkan diriku dengan sukan universiti dan persatuan. Tak sempat nak rasa boring. Penah satu malam aku duduk tepi tasik universiti dengan Yusuf kawan sejak sekolah rendah. kami merenung balik nasib kami. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah kami berdua saja berjaya lanjut pelajaran ke universiti malaya masa tu. Yusuf budak pandai, sedangkan aku dari sekolah rendah hingga menengah hanya pelajar sederhana. Tambahan pula masa aku banyak dihabiskan dengan sukan sepanjang tahun. Bertuah sungguh nasib baik aku kira diri aku ni..

Isnin, 4 Julai 2011

LUMBA KUDA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu masa dulu kat Alor Merah dekat mentaloon ada padang lumba kuda.Setahun sekali semua kuda dari tempat2 lain dibawa untuk berlumba. Aku rasa lumba ni ada kaitan dengan judi ekor masa tu.. Aku selalu bonceng basikal tok wan aku . Bawa payung kerana panas. Sukalah tengak kuda berlumba masa tu.. Penah sekali kerana penat bonceng kaki aku terapit kat spork basikal.. Marahlah tok wan aku...parutnya masih ada kat tumit. Sebab tu masa sekolah rendah pergi sekolah pakai seliper saja. Bila sekolah menengah susahlah nak cari kasut. Tumitsebelah tu jadi besar. Lama gak baru boleh sesuai diri.

Ahad, 26 Jun 2011

TENAGA UPAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tenaga upah masa itu ada berbagai cara, Cara upah wang, Berderau dan ambil tenaga luar. Tenaga luar dari Pattani, Kelantan atau Perak. Tok Wan aku memang mempunyai sawah yang banyak, jadi dia upah tenaga dari kelantan dan Pattani. Kumpulan ini datang dalam kumpulan 4 hingga 10 orang. Mereka akan tinggal bersama tuan rumah. Makan minum ditanggung oleh tuan rumah. Habis tugas mereka akan dibayar upah.

SERUNAI BATANG PADI.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pada musim padi dipotong, batang padi akan dipotong untuk dibuat serunai. Batang dari perdu yang besar-besar dipilih. Batang padi dipenyek hingga pecah kepada beberapa bahagian, Temucut boleh digunakan untuk keluarkan selaput puteh dalam batang padi. Jadilah serunai. Daun kelapa hijau digunakan untuk membuat serombang. Seamakin panjang serobong semakin sedap bunyinya.

Laga temucut

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Satu permainan tanpa modal budak-budak zaman dulu. Kalau pakai seluar panjang siaplah sangkut kat seluar. Cara nak keluarkan guna pisau untuk lurutkn. Sakit juga hati masa aktif sukan dulu. Stokin panjang aku kena temucut. Seharian buangnya.Baagi laga ini  setiap pemain memilih temucut dan dilagakan. Seorang pusing kanan seorang pusing kiri. Temucut sapa putus dikira kalah. Laga biji getah satu lagi. Pakat ramai-ramai masuk kebun getah kat depan batas. Cari sebanyak biji getah untuk dilagakan. Cari yang tulang tunjol keluar. Kecik pun tak pa. Seharianlah tak balik rumaah cari gu laga biji getah.

ANAK-ANAK KITA

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Jaga anak-anak kita

Sabtu, 25 Jun 2011

MEMILIH HALUAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
     Aku menyambung tingkatan 6 di  Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Di sinilah kecelaruan dalam memilih kerjaya.. Ramai kawanku memilih keITM masa tu. Tapi aku nekad mahu jadi anak pertama kampungku menjejak kaki ke Universiti. Sambil itu aku dapat tawaran kerja sebagai kerni Lembaga padi.Aku tolak. Cabaran hebatku ialah bila aku dapat temuduga Inspektor polis. Aku memang minat kerana sejak di form 2 aku adalah anggota polis kadet yang aktif. Aku nekad juga nak ke Universiti. Kawan-kawanku yang pergi temuduga semuanya dapat.Dan aku sudah tidak ada  pilhan selain memenuhi impianku.

MURID NAKAL

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak\
Mungkin kerana aku budak aktif. Suka berlari dan sebagainya aku dianggpa murid nakal.
Entahlah, mungkin aku betul-betul nakal. Di belakang sekolah aku ada bukit dan  ada pokok pisang. Pernah sekali akumain baling2 buah pisang muda. Habis bajuku kena getah pisang. Balik aku kena marah abis.
Pernah juga diadakan silap mata oleh Ali Bakar. Berkumpullah kami di kantin. Abah aku selalu datng ke padang bola sekolah aku untuk latihan atau persiapan padang untuk perlawanan. Aku akan lari keluar kelas untuk bersama abah aku di padang. Apabila abah aku memilih untuk pencen awal, kad 001 diisi untuk diserahkan pada sekolah baru aku. Di bahagian kelakuan tertera  NAKAL dengan warna merah. Sampai hati cikgu tu tulis macam tukat aku. Bila bertukar ke sekolah Kebangsaan Tandop, abah aku mengistiharkan kad 001 aku tak sempat ambik. Tentulah abah aku malu nak tunjuk. Kalaulah dapat semula kad itu akan ku framekan sebagai kenangan indah aku.

SEKOLAH PERTAMAKU ...

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Sekolah pertamaku ialah Sek.Kebangsaan Umum Batu Gajah,Perak Abah aku seorang tentera masa tu,Aku masih ingat sekolah aku dekat pejabat pos. Aku sampai berpindah di Kg. Bukit Bendera mlam itu dan esoknya aku didaftar di sekolah baru itu. Bila waktu balik sekolah aku, lama sangat aku tunggu abah, aku mula buka langkah. Aku ikut sorang budak india dari belakang. Aku ingat lalu bawah pokok asam besar, kuil hindu.. Budak india itu sampai rumahnya. Aku terus saja berjalan. Aku nampak rel keretapi. Aku dah dapat clue. Aku ikut rel keretapi. Clue seterusnya rumah aku dekat masjid. Akhirnya aku sampai ke rumah. Mak aku terkejut. Abah aku dah ke sekolah untuk jemput aku. Aku makan nasi selamba saja masa abah aku balik. Panik tak terkata apa abah aku. Lalu dia berpesan lain kali tunggu sampai dia datang.Aku angguk.Manalah aku tahu masa tu aku baru 6 tahun lebih.

KAWAN KARIB KE SEKOLAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku bersekolah menengah di Mergong, Alor Star. Kira-kira 10 km dari rumah. Kenderaan masa itu hanyalah basikal. Aku dapat kawan karib namanya Khalid. Setiap hari dialah lebih awql menunggu aku atas titi dekat kampongku.Dia tinggal di Tandop. Begitulah pergi-balik kami berdua. Sepanjang perjalanan kami bercerita.Lebih banyak Khalid suka main drum. So dia pukullah handle basikal dias ambil memyanyi. Masa form 3 Khalid kandas LCE.  Sebab dia aktif sukan dia diterima menggulang form 3.Aku masih ada kawan. Aku dah di form 4.Dia gagal juga LCE. Masa form 5, aku terpaksa berkayuh seorang. Sunyi rasanya.

Jumaat, 3 Jun 2011

BUAH KERIANG DOT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Lama sudah aku tak menulis. Aku tak sihat. Hari tu adik ku bawa buah keriang dot. Pokok pak long pie berbuah lebat. Nikmatnya dapat makan. Anak2 aku pun suka