Khamis, 27 Disember 2012

BAS SEKOLAH

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Dulu ada bas khas untuk budak sekolah. Bas cuma bawa budak sekolah. Tiket separuh harga, Naik bas biasa pun boleh. Guna tiket yang sama,Boleh beli tiket bulanan.  Lagi la murah. Bestnya hari jumaat sabtu boleh guna tiket tu. Boleh pi bandar alor star. Meriahlah

Isnin, 24 Disember 2012

MAIN HUJAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila hujan turun. Masa riang kanak. Berlari ramai2 dalam hujan dengan tawa riang. Main kejar2.Mak bapak sergah sekali sekali. Tapi tak kisah sangat. Dah sejuk mengigil baru masuk mandi.
Tak demam pun. La ni bila hujan turun mak bapak sergah. Masuk rumah kena hujan nanti demam, Dah hilang fenomena main hujan ni.

Khamis, 20 Disember 2012

KEDAI RUNCIT

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ada beberapa kedai runcit di kampungku. Ada kedai pak long pie, pak ndak yet, ah Chang, kedai hj saad.. Budak-budak kalau  disuruh beli barang akan menuju ke kedai hj. saad. Selepas membeli barang yang disuruh mak, hj saad bagi upah sebiji gula2. Itu yang suka tuuuu..