Ahad, 18 November 2012

LOTENG

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Rumah dulu ada loteng. Nak naik guna tangga. lepas naik tangga diangkat. Seingat aku tok wan aku tidor atas loteng. Mungkin lebih privacy. Tak ada sapa tak ganggu. Loteng ni separuh saja. Selalunya antara 2 bumbung perak. Muat untuk satu atau dua tilam saja.

Ahad, 11 November 2012

NASIB KAU LA AYAM JANTAN

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila tiba musim main timang bulu ayam, Nasib ayam jantan macam tak selamat saja. Ekornya yang panjang berjuntai menjadi sasaran budak2 kampung. kepong ayam jantan dan nanti menjerit la ayam itu bila ekornya dicabut. Getah dalam basikal digunting bulat dan disusun beberapa lapis. Dicucuk paku di tengah2. Bulu ayam akan diikat keliling paku dengan getah.  Boleh main timang kira sapa banyak di menang. Boleh juga main secara bulatan macam sepak raga dengan kawan2. Main sepak2. Dibuat satu garis dan duk belakang garis. Sorang akan baling dan sorang lagi akan cuba menyepak sejauh yang boleh. Diberi 3 kali peluang untuk menyepak.

Khamis, 1 November 2012

EMPING

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Padi pulut akan diketam tangkainya. dikumpul dalam bakul. Berkumpul ramai2 malamnya dibangsal untuk tumbuk dengan alu atau pakai lesong kaki. Dua atau tiga orang akan tumbuk denga alu. Satu pegang alu satu tangan lagi pegang buluh untuk alih2 padi yang ditumbuk. Kerja ni ada seninya kalau tidak akan berlaga alu dengan buluh tu. Emping yang siap boleh makan gitu saja. Nak sedap lagi goreng dengan cabai masuk udang kering atau ikan haruan kering atau ikan talang tumbuk sekali.. Boleh juga makan dengan misan nira yang digaul dengan kelapa. Tentu kau orang tak dapat merasai hebatnya. sebab sekarang dah tak ada macam tu....