Sabtu, 14 Mei 2011

Menangkul

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Bila musim hujan lebat. Ikan di sungai jadi banyak. Di titi dekat rumah aku akan dipasang tangkul besar. Banyak tangkapan ikan haruan, puyu sepat, keli boleh didapati. Allahyarham Abang Usop anak mak njang mah rajin menangkul kat situ, Kami pula ramai2 berkumpul macam pesta. satu lagi port menangkul yang popular dekat kona masjid tandop. Kat situ memang ramai orang pasang tangkoi. Macam pesta pulak bila musim hujan.

Ahad, 8 Mei 2011

Sotong kering

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Tok E bapa tok ndak Yet pemilik kedai yang aku tahu di kampung tu selain kedai Ah Chang. Isteri tok e nama tok Ah. Dia garang sikit. Aku masih ingat harga gula masa tu lima belas sen sekati. Begitu juga harga seekor sotong kering antarea 15 hingga 25 sen ikut saiz.  Kalau ada duit sikit belilah seekor sotong kering buat ratah. Sambil berjalan balik ratah ekor dan kemudian isinya. Murahnya masa tu.

Pak itam Kabu

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Pak Itam Kabu itulah gelaran kepada bekas penolong guru besar aku zaman sekolah rendah dulu. Sebut saja nama pak itam kabu semua murid-murid takut. Orangnya garang.Suaranya kuat. Selalu jalan dengan pembaris panjang. Kalau pelajar buat salah dia rembaat dengan pembaris panjang tu. Sekarang tak pernah nampak dah pembaris panjang masa tu. Pernah sekali kami main guli bawah bangunan sekolah dirampusnya. aku dengar dia ambil bagi kat cucu dia. Di hujung kerjayanya kaki pak itam kabu kena potong kerana kencing manis. Dia datang ke sekolah dengan tongkat dua. garangnya tetap sama. Kadang-kadang dia rembat dengan kaki kayu tu.Itulah guru zaman dulu. Tak timbul masalah disiplin. Mak bapak pun tak der nak datang serang cikgu pun.

Jumaat, 6 Mei 2011

Pelompat Ikan.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku tak pernah nampak lagi pelompat ikan ini. Tok Wan aku ada buat satu dulu. Letak kat alor pak long pie. Caranya belat buluh dipacak sepanjang alur dan lebih kurang 4 kaki dari tu ke atas di letak macam para untuk menangkap ikan. Tumpuan utama ialah ikan haruan. Ikan haruan yang rasa tersekat akan melompat ke dalam pelompat ini. Kalau hari hujan lagilah banyak dapat hasil.Disebelah bawah belat buluh tu diletakkan bubu untuk tangkap ikan puyu. Kalau nak tau huraian jelas tentang taut dan pelompat boleh lihat blog kampung halamanku yang aku pautkan di blog ini. Tapi pelompat yang diceritakan tak sama sebab tu cara korek lubang tanah. Memang ada juga cara tu tapi kurang berkesan. nanti aku tanya orang tua-tua mungkin cara tok wan aku guna tu ada nama khasnya.

Tahan Taut

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Taut adalah satu cara memancing akan masa dulu. Buluh diraut rapi.. Dihujung akan diletak benang dan diikat dengan mata kail.  Ditengah batang buluh tu disimpul dawai. Apabila taut tidak digunakan, mata kail akan dicakuk pada dawai ini dan menjadikan buluh itu bongkok. aku buat banyak taut masa tu. Umpannya umpan cacing. Mana tau jijik masa tu. Budak kampung. Sebelah senja taut akan dipasang sekeliling batas bendang. Esok pagi pergi tengak hasilnya. yang tak best tu bila taut dimakan ular. Kenalah hempas2 ular tu bagi keluar.

Buah nipah..

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Aku kerap pergi ke pasar tikam batu walaupun jaraknya agak jauh dari sungai petani setiap hari jumaat. Selain ikannya fresh dari kota kuala muda, pasar ni banyak menjual hasil kampung. Aku akan beli pucuk janggus bila saja aku pergi. Lain daripada tu macam-macam hasil kampung ada. Pagi tadi aku jumpa orang jual buah nipah yang telah dikopek. Ada nira aku beli la. Rasa buah nipah ni sedap. Memang masa kecik2 aku rajin juga kopek buah nipah. Ada cara nak tau buah ni sesuai atau tidak. Guna golok ketok hingga keluar sebiji buah dari tandannya. Belah tengak isi. Kalau sesuai baru potong. Kalau keras sangat makna dah tua, tak sedap. Selepas potong tangkalnya hempoklah buah itu kat tanah. Berderailah keluar dari batangnya. Guna golok kopeklah isinya. Berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan sambil kopek buah nipah. Selain tu tak pernah miss pasar ni ada buah sawa@buah ciku, buah konen, buah macang, sekali tu ada buah setol sesat. Masa tu anak buah aku tengah mengidam cari buah setoi. Lega dia dapat aku beli kat tikam batu hantar balik ke alor star.

URTV

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Majalah hiburan popular masa dulu ialah URTV. Keluar 2 kali sebulan. Macam2 cerita artis ada kat situ. Ada satu ruangan yang menarik minat ramai remaja masa itu. Aku lupa tajuk column tu. Tapi cerita cinta bersiri. Tak salah aku heronya Amir dan heroinya Asmidar.  Salah satu cerita yang aku masih ingat ialah Amir bawa Asmidar ke klinik kerana demam. Dia bersandar kat bahu Amir. Seorang mak cik tu bertanya Asmidar. " anak ni dah berapa bulan". Terus Asmidar duduk tegak. Kalau aku tak beli URTV, aku akan ke rumah pak long drani. Kak Som tak penah miss membelinya.

Selasa, 3 Mei 2011

GUSTI

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Gusti zaman hitam putih ditunggu oleh peminatnya. Rumah aku menjadi tumpuan setiap kali ada gusti. Abah aku memang minat gusti. Walaupun rumah mereka ada TV tapi menonton ramai-ramai sambil bersorak riuh menjadikan mereka puas. Mak aku akan membuat kopi untuk tetamu. Bila bermula gusti riuh rendah dengan sokongan dan gelak tawa. Hiburan orang kampung masa tu